Saturday, November 14, 2009

AKTA PERLAKSANAAN GERKO

AKTA PELAJARAN

1) Dasar perlaksanaan:
Dalam Peraturan 2 {Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) 1997 },” kegiatan kokurikulum”dimaksudkan sebagai:

“apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan peluang untuk menambah,mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah”.

Petikan di atas menegaskan tiga ciri penting mengenai kegiatan kokurikulum iaitu:-
(a)Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang dirancang;
(b)Kegiatan kokurikulum adalah lanjutan proses pengajaran dan pembelajaran;.dan
(c)Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang memberi peluang kepada murid-murid atau pelajar-pelajar memantapi dan memperkayai pengetahuan,kemahiran dan nilai-nilai murni yang telah mereka pelajari.

2) Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan dalam Peraturan 2{Peraturan-Peraturan Pendidkan(Kurikulum Kebangsaan)1997} itu adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan seperti ditegaskan dalam Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997:-

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendiddikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk mnyampaikan pengetahuan.”

Sub peraturan 3(1) di atas menegaskan dengan jelas bahawa setiap kegiatan atau aktiviti kokurikulum mestilah:-
a) Membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya;
b) Menanam dan mempertingkatkan nilai moral;dan
c) Menyampaikan ilmu pengetahuan.

3) Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) pula menegaskan bahawa pelaksanaan Kokurikulum Kebangsaan di sekolah kebangsaan atau bantuan kerajaan adalah wajib. Dengan demikian,oleh kerana kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaanya di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan tentulah juga wajib.

4) Untuk menjelaskan kandungan atau skop kegiatan kokurikulum yang menjadi sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan itu, Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan(Persatuan Sekolah)1998 menegaskan bahawa:-

“Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut, iaitu (a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997; (b) hobi dan reaksi; (c) sukan dan permainan; (d) badan berunuform; (e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.”

5) Sehubungan dengan kewajipan perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan maka penyertaan pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah wajib.Sehubunganitu kehadiran pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikthtisas Bilangan 1/1986,KP(BS)8591/Jld.11(41) bertarikh 15 Januari 1986.

6) Berkaitan dengan penyertaan murid atau pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah ini juga,Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP (BS) 8591/ Jld.11 (29 Bertarikh 2hb.Januari 1985, menegaskan bahawa:-

“Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap murid atau pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam (badan beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan.Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.”

7)Selanjutnya dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2000, KP(BS)8591 Jld.XVI (16) bertarikh 13 Nov. 2000 dinyatakan bahawa perlaksanaan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.

8)Perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah perlu juga mengandungi elemem-elemen pembangunan kemanusiaan dan pembentukan keperibadian pelajar. Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985,KP (BS) 8591/Jld.11(29) bertarikh 2hb.Januari 1985 menegaskan bahawa:-

“Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong-royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sbagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”

9) Penglibatan dan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat umumnya dalam penganjuran dan perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah sebagai khasnya yang selaras dengan konsep”Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”adalah digalakkan.Subperkara 4.2.1(iii) dan Subperkara 5.2.3 dalam Surat Perkeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 bertarikh 2hb.Februari 1985 memperkatakan secara langsung mengenai penglibatan masyarakat dalam penglibatan kokurikulum seperti berikut:-

(a) Subperkara 4.2.1(iii):Sumbangan Material dan tenaga terhadap Bahan-Bahan Pengajaran,Kemudahan Gerak Kerja Kokurikulum dan Kebajikan Murid:

“Menggalakkan ibu bapa dan masyarakat di semua sekolah menyumbangkan material dan tenaga untuk menolong menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku-buku dan alat-alat perpustakaan,serta melengkapkan kemudahan gerak kerja kokurikulum bagi kebajikan pelajar.”

b) Subperkara 5.2.3:Membawa Kepakaran Masyarakat kepada Pelajar-Pelajar semasa Gerak Kerja Kokurikulum:
“Di samping itu masyarakat pula boleh membuat sumbangannya terhadap kemajuan murid-murid di sekolah.Masyarakat mempunyai keistimewaan dan ada kemahiran tersendiri.Kemahiran yang dimaksudkan itu meliputi kemahiran-kemahiran seperti membetulkan jaring bagi kaum nelayan,dalam membaja bagi bidang pertanian,dan juga kemahiran manipulatif dan teknikal seperti -memperbaiki radio dan televisyen.Segala kemahiran ini boleh diajarkan kepada murid.Guru besar hendaklah mengaturkan pengajaran kemahiran ini.Penyebaran kepakaran ini boleh dilakukan melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah.(Ini sejajar dengan konsep deshcooling).Walau pun begitu pihak sekolah hendaklah berpandukan kepada”SCHOOLS Regulation 1951””.

10) Kegiatan Kokurikulum sebagai sebahagian daripada proses pendidikan perlu dilaksanakan sebagai”…).” suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan ,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.””(FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN).”

PERATURAN AM YANG BERKAITAN DENGAN PELAKSANAA GERAK KERJA KOKURIKULUM DI SEKOLAH;

KEHADIRAN
• Kehadiran murid-murid untuk setiap gerak kerja mestilah ditandakan dalam buku Gerakerja Kokurikulum.
• Hanya guru kokurikulum sahaja yang dibenarkan menanda kedatangan murid-murid.
• Gunakan pen sahaja untuk menanda kedatangan murid-murid

MENJALANKAN GERAKERJA KOKURIKULUM
Setiap persatuan/ kelab permainan/badan beruniform mesti menyimpan
• Buku minit mensyuarat
• Fail untuk surat menyurat.
• Buku penyata kewangan.
• Buku Gerakerja Kokurikulum.

• Satu rancangan tahunan tentang aktiviti \ program yang akan dijalankan sepanjang tahun hendaklah dimasukkan ke dalam lampiran yang disediakan di dalam buku ini.

• Semua gerakerja yang dijalankan seperti yang ditetapkan dalam jadual gerakerja kokurikulum terlebih dahulu

• Semasa gerakerja kokurikulum dijalankan . Guru kokurikulum diwajibkan hadir bagi mengawasi perjalan gerakerja itu , murid tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang pengawasan.

• Guru kokurikulum dikehendaki mencatatkan jenis gerakerja yang dijalankan pada setiap kali perjumpaan diadakan di dalam lampiran yang disediakan di dalam buku itu.

Lawatan
1.Sebelum sesuatu lawatan dibuat , pastikan bahawa langkah-langkah berikut diambil:

I. Meminta kebenaran guru besar.
II. Dapatkan persetujuan bertulis daripada ibu bapa \ waris.
III. Isikan dengan lengkap borang permohonan pelancongan dan hantar ke pejabat sekolah 7 salinan untuk lawatan dalam negeri kedah.
IV. Rombongan lawatan mesti ditemani oleh sekurang-kurangnya 2 orang guru pengiring yang akan bertanggungjawab terhadap tatatertib dan keselamatan murid.
V. Alat pertolongan cemas hendaklah di bawa semasa lawatan.
VI. Peraturan keselamatan hendaklah diterangka kepada murid dengan teliti sebelum lawatan dibuat.
VII. Lawatan ke tepi laut, sungai atau kolam hendaklah dielakkan kerana berenang tidak dibenarkan jika tidak ada penyelamat yang bertauliah.
VIII. Laporan hendaklah difailkan selepas setiap lawatan dibuat.

Gerakerja bukan rutin
1.Sebarang gerakerja bukan ruti hanya boleh dijalankan setelah langkah-langkah berikut diambil:
I. Memohon kebenaran dari Penolong Kanan Kokurikulum.
II. Mendapat persetujuan bertulis daripada ibbapa \ waris murid.
III. Memohon kebenaran menggunakan kawaan sekolah, peralatan dan sebagainya.
2.Guru Kokurikulum berkenaan bertanggungjawab :
I. Bersama dengan murid-murid sepanjan masa gerakerja dijalankan.
II. Menjaga keselmatan murid-murid.
III. Memastikan kawasan dan peralatan dalam keadaan bersih dan baik setelah gerakerja selesai dijalankan.

TUGAS-TUGAS SEORANG GURU PERMAINAN
1. -Memajukan \ meningkatkan kemahiran dan minat murid dalam setiap permainannya.
2. -Membuat pemilihan membentuk pasukan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.
3. -Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan itu.
4. -Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan antara rumah-rumah
5. -Menganjurkan perlawanan persahabatan antara sekolah seberapa kerap yang mungkin.
6. -Menguruskan kenderaan untuk pasukan sekolah lke pertandingan luar termasuk langkah-langkah keselamatan dalam prjalanan.
7. -Menguruskan surat-menyurat termasuk mendapat keizinan ibubapa atau penjaga.
8. -Merekod dan melaaporkan keputusan-keputusan permainan yang disrtai oleh pasukan sekolah dalam pertandingan-pertandingan peringkat sekolah.
9. -Menyediakan anggaran perbelanjaan dan pengurusan prmainan itu.
10. -Memastikan murid-murid pasukan memiliki semangat kesukanan yang tinggi di samping menjunjung disiplin sekolah.
11. -Menentuka peralatan \ kemudahan \ gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan.
12. -Merancang dengan guru-guru rumah mengenai aktiviti tahunan di awal penggal.
13. -Menilai prestasi pasukannya selepas setiap permainan perlawana diadakan.
14. -Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar dari masa ke semasa.

TUGAS-TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
1. Melaksanakan keputusan-keputusan majlis sukan dan Majlis Kerja Sukan Sekolah.
2. Menyelaras semua permaina \ olahraga.
- Antara sekolah dengan MSSD dan MSSN.
- Antara semua perminan \ olahraga di sekolah.
- antara rumah-rumah.
3. Berhubung dengan pengerusi (guru besar) atau Naib Pengerusi (penolong Kanan Kokurikulum)untuk memanggil mesyuarat Majlis Sukan dan Majlis Kerja Sukan, guru-guru permainan dan jawatankuasa pelajar.
4. Menyedikan anggaran tahunan untuk perbelanjaan sukan.
5. Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga.
6. Menyelaras semua acara temasya Kejohanan Olahraga sebelum dan sehingga hari kejohanan.
7. Menguruskan tempat-tempat pertandingan (gelanggang, padang dan lain-lain) adalah dalam keadaan yang menurut peraturan sebelum apa-apa perlawanan.
8. Menyelaras dan menyemak urusan permintaan wang untuk membeli pakaian dan peralatan bagi segala jenis kegiatan permainan dan olahraga.
9. Bertanggungjawab menyimpan segala alat-alat sukan , membaiki dan memperbaharui mana-mana yang perlu dan menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemaskini.
10. Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah baik pada peringkat negeri, daerah, persahabatan dan sebagainya, mengandungi tarikh, jenis pertandingan, pasukan yang terlibat, tempat pertandingan dan keputusannya.
11. Menyimpan rekod rumah sukan murid-murid yang dikemaskini.
12. Mengatur jadual permainan dan kegiatan sukan selepas peperiksaan UPSR.
13. Penyebaran berita sukan dalam perhimpunan sekolah, surat pengumuman dan papan kenyataan sekolah.
14. Memberi dan menandatangani sijil penghargaan sekolah kepada murid-murid yang berjasa dalam bidang sukan.
15. Mengaturkan pengangkutan dan kenderaan untuk pengangkutan sekolah sekiranya perlu.
16. Menjadi ahli jawatankuasa pemilihan pengawas sekolah
17. Mencadangkan olahragawan sekolah
18. Mencadangkan langkah-langkah untuk meninggikan prestasi sukan sekolah
19. Menyelaras Ujian Tenaga Asas.
20. Setiausaha Juri Rayuan.
21. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

TUGAS GURU PERSATUAN \ KELAB DAN UNIT BERUNIFORM
1. Menyediakan peraturan \ perlembagaan persatuan kelab.
2. Mengadakan mesyuarat agung dan melantik jawatankuasa.
3. Menyediakan senarai ahli.
4. Mendaftarkan peratuannya kepada penyelaras kokurikulum (PKKK).
5. Merancang program tahunan dan kegiatan penggal, bulan dan mingguan.
6. Melaksanakan kegiatan mengikut jadual waktu yang telah disusun oleh pihak sekolah (Penyelaras Kokurikulum).
7. Mengkaji dan mengemaskinikan bilik dan peralatan persatuan.
8. Mengurus kewangan persatuan.
9. Menghubungi pihak-pihak tertentu bagi melaksanakan aktiviti sumber komuniti.
10. Mendapatkan kebenaran ibubapa \ penjaga apabila diperlukan untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.
11. Menghubungi JPN dan PPD melalui Guru Besar bagi mendapatkan nasihat \ panduan \ kebenaran.
12. Mengisi buku-buku, penyata-penyata dan lain-lain laporan yang akan disampaikan kepada guru besar.
13. Andainya terdapat sesuatu perubahan \ pindaan peraturan hendaklah dilaporkan kepada guru besar dari masa ke semasa (dengan kadar segera)
14. Adakan sistem bonus \ permataan serta pensijilan melalui satu penilaian.
15. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar.

PENTAKSIRAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

Pendahuluan
Penilaian ke atas pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum di sesebuah sekolah akan secara langsung memberi gambaran sebenar mengenai kejayaan dan keberkesanan program, kegiatan dan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah itu dalam konteks melahirkan murid-murid yang cemerlang dan seimbang seperti yang disasarkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, disamping menggambarkan kecekapan sekolah tersebut mengurus dan melaksanakan fungsi pendidikan yang menyeluruh dan berterusan dengan mematuhi sepenuhnya peruntukan-peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996.

Fokus penilaian
1. Kepentingan kokurikulum kepada murid-murid dalam bentuk pembaikan watak, nilai dan sikap; pemerolehan pembelajaran. Pengalaman dan kemahiran yang membantu membangunkan kemanusiaan, keinsanan, pandangan dunia, kehidupan kejayaan dan sebagainya; disamping pembelajaran seumur hidup.
2. Kecekapan dan keberkesanan sekolah melaksanakan fungsi pendidikan yang menyeluruh, khususnya yang berkaitan dengan aspek-aspek pembangunan kemanusiaan dan kerjaya murid-murid.
3. keberkesanan dan kesesuaian setiap program, kegiatan atau aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan sebagai program, kegiatan atau aktiviti pendidikan dengan maksud sebagai sumber pengetahuan, pengalaman dan kemahiran serta nilai-nilai murni.
Skema penilaian aktiviti kokurikulum
Aspek-aspek yang dinilai;
Prestasi murid dalam bidang kokurikulum dinilai bedasarkan aspek-aspek berikut;
1. Kehadiran
2. Pencapaian
3. Penglibatan
4. Jawatan yang disandang
Skema pemarkahan
Skema pemarkahan ini adalah asas penilaian prestasi murid dalam kegiatan kokurikulum sepanjang tahun yang berkenaan, merangkumi kegiatan dalam sekurang-kurangnya satu jenis aktiviti dalam bidang persatuan/kelab, sukan dan permainan, dan pasukan badan beruniform.
1.9) Peraturan-peraturan Umum Gerak Kerja Kokurikulum.
a) Penyertaan/keahlian:
- Tiap-tiap murid diwajibkan mengambil bahagian dalam tiga gerak kerja kokurikulum berikut:
ii) Persatuan/kelab
iii) Permainan/sukan
iiii) Badan beruniform

b) Kehadiran murid:

- Kehadiran adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Sebarang ketidakhadiran mesti disertakan dengan surat kenyataan (akuan sakit/surat daripada ibu bapa). Ketidakhadiran boleh dikenakan tindakan tatatertib. Murid yang menganggotai pasukan sekolah tidak terkecuali daripada mengikuti latihan yang telah ditetapkan.
- Guru penasihat dikehendaki mengambil tindakan ke atas ahli yang tidak hadir.

Ketidakhadiran dan tindakan disiplin:
 Kali Pertama: Nasihat.
 Kali Kedua : Amaran.
 Kali Ketiga : Denda Membina.
 Kali Keempat dan seterusnya : Panggil Ibu bapa/Penjaga.
 Kerap tidak hadir: Keahlian tidak diperakui.
c) Jadual Waktu:

- Gerak kerja Persatuan/Kelab dijalankan pada hari Rabu jam 3.00 – 4.00 petang.

- Gerak kerja Badan Beruniform dijalankan pada hari Rabu jam 4.00 hingga 5.00 petang.

- Latihan Permainan/Sukan dijalankan pada hari Rabu pada jam 5.00 hingga 6.00 petang.

d) Pakaian:
Badan Beruniform:

• Pakaian seragam badan beruniform, atau kemeja.
• T badan beruniform. Seluar trek panjang (hitam) dan kasut hitam.

Persatuan/Kelab:

• Pakaian sekolah atau kemeja.
• T sekolah, seluar panjang (gelap) atau seluar trek panjang (hitam) dan berkasut.

Sukan/Permainan:

• Kemeja: T sekolah atau kemeja.
• T khusus, seluar trek panjang dan berkasut sukan.

e) Keselamatan dan disiplin:

Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi segala peraturan sekolah dan gerak kerja kokurikulum. Setiap murid mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab, amanah, jujur, bekerjasama dan berdedikasi terhadap tugas.

f) Yuran pendaftaran:

Yuran pendaftaran badan beruniform hendaklah dibayar sendiri oleh ahli. Semua kutipan dan perbelanjaan hendaklah dicatat dalam laporan akaun, buku laporan kokurikulum.

g) AM:

Setiap ahli badan beruniform/persatuan/kelab tidak dibenarkan menukar keahliannya tanpa kebenaran daripada Guru Besar/ Penolong kanan kokurikulum/ guru penasihat.

Setiap aktiviti hendaklah dijalankan pada hari dan masa yang ditetapkan. Sekiranya perlu segala pertukaran hari dan masa hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar/ penolong kanan kokurikulum.

No comments:

Post a Comment