Saturday, April 19, 2014

Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran




Muharram
Berniat baik

Safar
Pandai mengurus diri

Rabiul Awal
Ada tuah

Rabiul Akhir
Keras hati

Jamadil Awal
Nekad

Jamadil Akhir
Adil

Rejab
Katak di bawah tempurung

Sya’aban
Tok lebai

Ramadhan
Rendah diri

Syawal
Ego

Zulkaedah
Banyak fikir

Zulhijjah
Over

Fikir-fikir kan...?


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akanmendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Jom Solat Dhuha



PROGRAM
 SOLAT SUNAT DHUHA BERJEMAAH

Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Kebangsaan Bagan Serai , Perak DR.



                Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

            Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta  mencapai objektif-objektif yang di rancang.

Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang.Semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA


Saturday, August 10, 2013

KEM BESTARI SOLAT j-QAF PENDIDIKAN KHAS ZON UTARA 2013







BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 

KEM BESTARI SOLAT j-QAF PENDIDIKAN KHAS ZON UTARA 2013
Tarikh            :      18-21 Jun 2013
Tempat          :      Pasir Salak Resort, Pasir Salak, Perak


JAWATANKUASA INDUK: 

Penasihat              :   Tuan Bong Muk Shin
                                  Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas

Pengerusi             :   Tn.Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut
                                 Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas

Tim.Pengerusi     :    En.Khairulanuar bin Suhib
                                  Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, BPKhas

Setiausaha            :   Tn.Haji Ismail bin Hashim           
                                  Ketua Unit, UPPIM, BPKhas

Penolong  Setiausaha 1    :           En.Suyuti bin Haji Mohammad (P.Pengarah)           
Penolong Setiausaha 2     :           En.Ahmad Shuhaimi bin Md.Isa (P.Pengarah)

Urusetia Kem  Bestari Solat:        En.Zasmeini bin Zaimun

JAWATANKUASA PELAKSANA:
Fasilitator    :           En.Suyuti bin Haji Mohammad (K)
                                  En. Ahmad Zailanie bin Othman

Ahli Jawatankuasa:
1.     Pendaftaran                              :           Pn.Marina binti Idris (K)
2.     Penginapan                              :           Pn. Mazidah binti Bohari (K)
3.     Keselamatan/ Kecemasan       :           Abdul Basith bin Mohamad Sharipoddin (K)
4.     Makanan                                 :           Norliza binti Ahmad Zawawi (K)
5.     Protokol/ Perasmian               :           Sakinah binti Idris (K)
6.     Kerohanian                             :           Mohamad bin Kassim (K)
7.     Aktiviti / Pengisian Kem        :           Amir Amili bin Mohd Safian (K)



         
Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon Utara 2013 
merupakan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program 
ini adalah kali ke 5 melibatkan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi SK 
Bagan Serai, Perak. Terdapat 2 orang murid sahaja yang terpilih termasuk murid SK 
Bagan Serai yang diiringi oleh Ustaz Ahmad Zailanie Bin Othman. Murid-murid yang terpilih adalah yang pandai mengurus diri. 

Kem Bestari Solat ini 
lebih memberi perhatian terhadap teori dan amali bagi perbuatan wuduk dan solat. 
Peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan daripada 54 buah sekolah yang terlibat. 
Setiap kumpulan dibimbing oleh 2 orang fasilitator. 

Sepanjang Kem Bestari Solat dijalankan, peserta -peserta telah mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan antaranya ialah LDK 1 hingga LDK 6 yang diselangseli dengan aktiviti  pengukuhan bagi menguji tahap kefahaman murid berkenaan cara berwuduk dan  perbuatan solat yang betul.

 Peserta juga dibimbing dengan mengerjakan solat 
berjemaah secara beramai-ramai. Diharapkan program Kem Bestari Solat seperti ini 
mendapat kerjasama dan dorongan  bukan sahaja daripada guru-guru malah juga 
ibubapa bagi membantu murid mendapat pengalaman yang begitu bermakna untuk 
bekalan di dunia dan di akhirat kelak.


SENARAI PENERIMA HADIAH
KEM BESTARI SOLAT j-QAF PENDIDIKAN KHAS ZON UTARA 2013 


BIL
KATEGORI
PEMENANG
1
KUMPULAN SOLAT TERBAIK
KUMPULAN 7
2
KUMPULAN WUDHUK TERBAIK
KUMPULAN 3
3
KUMPULAN JEJAK ANAK SOLEH TERBAIK
KUMPULAN 10
4
KUMPULAN PALING PROAKTIF
KUMPULAN 2



TERBAIK KESELURUHAN
PEMENANG
TEMPAT KETIGA
KUMPULAN 11
TEMPAT KEDUA
KUMPULAN 7
TEMPAT PERTAMA
KUMPULAN 3


BIL
KATEGORI
PEMENANG
1
PESERTA TERBAIK PEREMPUAN
AINI NAJIHA BT MOHD RUSHDI
SK LEKIR, PERAK
2
PESERTA TERBAIK LELAKI
MOHD IZZAT IHSAN BIN ZAINAL ABIDIN
SK ALOR PONGSU, PERAK