Monday, November 30, 2009

Senarai Nama Guru j-QAF Pendidikan Khas

Ambilan Januari 2008

01 Hazmila Bt Romli ,SK Tengku Budriah,Arau Perlis Perlis
02 Zaihasroh Bt Wahab,SK Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar Kedah.
03 Rusmawati Bt Abdullah, SK Sungai Korok Lama, Alor Setar Kedah
04 Nor Hidayah Bt Mustafa, SK Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra Kedah.
05 Nadia Afifi Bt Daud, SK Bagan Jermal, P. Pinang Pulau Pinang
06 Siti Humaira Bt Mohd Ezani, SK Alma, Bukit Mertajam,P.Pinang. Pulau Pinang
07 Siti Zaharah Bt Mat Taib, SK Tambun ,Ipoh Perak. Perak
08 Marina Bt Idris, SK Sungai Rokam, Ipoh Perak Perak
09 Nurhidayatul Akhma Bt Selaman, SK Datin Khadijah, K.Kangsar Perak. Perak
10 Nurhanim Bt Sarion SK Raja Muda, Shah Alam. Selangor
11 Rohana Bt Johan ,SK Sungai Kantan,Kajang. Selangor
12 Aznin Hamdan, SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi Selangor
13 Mursyida Bt Aleas, SK Seri Sekamat,Kajang Selangor Selangor
14 Aziani bt Ghazali SK Putrajaya Presint 9 (2) Putrajaya W.P. Putrajaya
15 Nurul Hidayat Bt Mohammad SK Undang Rembau,N. Sembilan Negeri Sembilan
16 Rusilawati Bt Musa SK. Kampong Gelam,Port Dickson N. Sembilan. Negeri Sembilan
17 Mohd Fadzil Sulaiman SK Seri Bandar, Melaka. Melaka
18 Mohd Al Ferddaus M. Saupi SK Bukit China,Melaka Melaka
19 Norhamira Bt Ibrahim Sk Tehel , Melaka Melaka
20 Maslina Md Yusuf SK Parit Sulong, Batu Pahat Johor. Johor
21 Norazira Bt Mamat SK Pasir Gudang 2, Johor. Johor
22 Nurrul Hidayah Bt Mohd Samad SK Penghulu Salleh,Batu Pahat Johor. Johor
23 Fadzlina Bt Mohd Puzi SK Tanah Putih Baru,Kuantan Pahang. Pahang
24 Miqdad Johari B Mohd Hamidim SK Sungai Karang,Kuantan Pahang Pahang
25 Isma Suhaida Isahak SK Gelugor, K. Terenganu. Terengganu
26 Siti Rubiah Bt Mat Din SK Padang Hiliran, K. Terengganu. Terengganu
27 Rabiah Bt Ab Rahman SK. Seri Kemudi,Bachok kelantan Kelantan
28 Wan Muswani Bt Wan Mustafa SK Tanjong Mas,K.Bahru Kelantan. Kelantan
29 Siti Nor Bt Abdullah SK Hamzah (1) Machang Kelantan Kelantan

Ambilan Januari 2009
j-QAF Q1.1

01 Ahmad Salman B Shamsuddin Sk Dato' Hashim 1 Kelantan (Ketua Kelas)
02 Mohamad B Kassim, Sk Seri Tunjung, 02400 Baseri Perlis
03 Wan Mohd Haikal B Wan Muda Sk Seri Iman Kg Gong Limau Chukai Kemaman Terengganu
04 Farah Najwa Bt Ishak, Sk Pendang, 06700 Pendang Kedah
05 Fakriah Bt Mohamad, Sk Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang
06 Nor Aishah Bt Abd. Khalil, SK Kampar Perak
07 Ana Haizat Bt Aliuddin SK Serdang Selangor Selangor
08 Samsiah Bt Jamaludin Sk Batu Unjur Klang Selangor
09 Mazlina Bt A.Rahman Sk Bukit Payong Terengganu
10 Normah Bt Md. Nor Sk Putrajaya Presint 8 ( 2 ) W.P. Putrajaya
11 Azira Bt Abdullah Sk Batu Berendam 2 Melaka
12 Alyani Bt Jalil Sk Tunku Mahmood Iskandar 1 Johor
13 Nurul Saadah Bt Samsuri Sk Bukit Sekilau, 25200 Kuantan Pahang
14 Rosnita Bt Osman Sk(L) Jalan Batu, Jln. Raja Laut, 50350 W.P. K. Lumpur

Ambilan Januari 2009
j-QAF Q1.2

01 Ahmad Zailanie B Othman, Sk Bagan Serai Perak ( Ketua Kelas )
02 Mohd Anuar B Alias, Sk Dato' Wan Ahmad, 01000 Kangar Perlis
03 Mohd Faiz B Mohd Shahidin SK Taman Maluri. Jln Wirawati 6 W.P. K. Lumpur
04 Sakiroh Bt Saad, Sk Hashim Awang, 13200 Kepala Batas, S.Perai Pulau Pinang
05 Norliza Bt Ahmat Zawawi Sk Seksyen 20, Shah Alam Selangor
06 Noor Elhaiyu Bt Jumali Sk Taman Dusun Nyior, Seremban Negeri Sembilan
07 Norhaida Bt Ishak Sk Tampin, Tampin Negeri Sembilan
08 Nor Hidayah Bt Alias Sk Sri Laksamana Alor Gajah Melaka
09 Sapinah Bt Kamsin Sk Taman Johor Jaya 2 Johor
10 Nurul Ashikin Bt Shaari Sk Seri Biram, 26600 Pekan Pahang
11 Rosliza Bt Che Musa Sk Tanah Merah 1 Kelantan
12 Nor Za'emah Bt Haraman Sk Seri Kota Kelantan
13 Sharifah Norma Bt Syed Mohd Zain Sk Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas Kelantan
14 Masninah Bt Naub Sk Pekan Satu, Peti Surat 81104, 87021 Wp W.P. Labuan


Ambilan Januari 2009
j-QAF Q1.3

01 Abdul Basith B Mohamad Sharipoddin, Sk Seberang Jaya, 13700 Perai,Penang (Ketua Kelas )
02 Amir Amili B Mohd Safian, Sk Long Jaafar Perak
03 Mohd Basri B Ngah Sk Seri Budiman II K. Terangganu Terengganu
04 Rosmawati Bt Seman Sk Sungai Buloh Selangor
05 Helmi Zeimi Bt Shaari Sk Taman Seri Gombak Selangor
06 Thuiyibah Bt Mohamed, Sk Kelibang, 07000 Langkawi Kedah
07 Intan Yusliza Bt Yusoff ,Sk Sungai Layar, 08000 Sungai Petani Kedah
08 Solehah Bt Mohd Zain ,Sk Bt Pekaka Kuala Ketil Kedah Kedah
09 Sakinah Bt Idris, Sk Seri Mutiara, Ipoh Perak
10 Mazidah bt Bohari, Sk Seksyen 13, Shah Alam Selangor
11 Siti Nor Masita Bt Ahmad Sk Jelai 1 ( F ), Gemas Negeri Sembilan
12 Suhaibah Bt Abdul Latif Sk Bandar Temerloh, 28000 Pahang
13 Shuhaila Bt Ab.Jawas Sk Seri Wakaf Bharu Kelantan


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

En Ahmad Shuhaimi bin Md Isa
Cawangan Program Pendidikan Khas
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Tel: 03-88849190 / Faks: 03-88886659

E-mel: shuhaimi.isa@moe.gov.my

Thursday, November 26, 2009

Peluang lepasan SPM ikuti kursus ijazah

PUTRAJAYA 24 Nov. - Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berpeluang mengikuti kursus ijazah sarjana muda pendidikan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut bertujuan memenuhi keperluan 32,000 guru j-QAF menjelang 2010 di 6,314 buah sekolah rendah di seluruh negara.

Menurutnya, pada masa ini terdapat 13,000 guru j-QAF di 4,723 buah sekolah rendah dan jumlah tersebut perlu ditambah apabila program j-QAF diperkenalkan di sekolah menengah.

''Kita sebenarnya berdepan dengan masalah kekurangan calon guru j-QAF kerana kekurangan calon guru dari aliran agama, kalau hendak tunggu yang pulang dari Mesir dan Jordan, jumlahnya tidak ramai.

''Sekarang ini kita sedang tunggu unjuran dari bahagian penyelidikan dan pembangunan kementerian untuk mengkaji jumlah guru j-QAF yang diperlukan sebelum proses pengambilan dimulakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan diploma perguruan kepada sebahagian daripada 3,259 graduan Kursus Perguruan Lepas Ijazah j-QAF dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kursus Dalam Cuti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDC SABK) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM LPBS).

Puad menambah, pihaknya menjangkakan proses pengambilan pelajar lepasan SPM dan STAM untuk memenuhi kekurangan guru j-QAF dapat dilakukan menjelang tahun depan.

''Tentang kualiti guru, kita mahu calon-calon yang bakal dilahirkan oleh IPGM benar-benar komited dengan profesion perguruan,'' katanya.

Menurutnya, syarat pengambilan guru juga akan diperketatkan dengan menilai tahap kelulusan akademik, minat, penglibatan dalam kokurikulum dan keterampilan melalui sesi temu duga yang dijalankan.

Puad berkata, bagi pengambilan guru pada Jun lalu, kementerian menerima 67,444 permohonan di seluruh negara bagi memenuhi 2,350 kekosongan.

Katanya, Kementerian Pelajaran memerlukan lebih banyak IPGM untuk menampung masalah kekurangan guru terutama guru pilihan yang bakal berkhidmat di kawasan pendalaman.

Utusan Malaysia Online: 25 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 H...




HARI Raya Aidiladha dan ibadah korban tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s.

Sayangnya, peristiwa agung ini sekadar dilihat dari sudut sejarahnya semata-mata. Sebab itulah, acap kali tibanya Aidiladha, segelintir masyarakat Islam di negara ini meletakkan perayaan ini setaraf dengan hari-hari cuti biasa. Berbeza dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang disambut selama sebulan.

Adakah ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian dan pengajaran di sebalik Aidiladha itu sudah semakin terhakis dalam masyarakat kita? Jika ya, bagaimanakah seharusnya peristiwa tersohor ini dihayati pengajarannya sesuai dengan senario kehidupan sekarang.

Mengakui keperluan mendesak bagi menyemarakkan ibadah korban, Pengetua Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Faridilatras Abd. Rahman berkata, sememangnya ibadah korban dan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s tidak dapat dipisahkan.

"Sebenarnya Allah SWT menjadikan Hari Raya Haji sebagai salah satu syiar agama-Nya. Dalam istilah syarak, hari ini yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha yang bererti perayaan penyembelihan korban.

"Oleh itu, jika kita benar-benar memahami sejarah berlakunya ibadah korban serta menghayati kisah Habil dan Qabil, maka ia akan mendidik jiwa sosial yang tinggi atau dalam erti kata lain, peka terhadap sosio-ekonomi dalam masyarakat," Ibadah korban juga dapat melatih dan mendidik individu Muslim itu untuk bersikap dermawan.

Ini kerana Islam menyuruh agar daging sembelihan korban itu disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin, di samping orang yang berkorban juga harus hukumnya memakan sebahagian kecil daripada daging tersebut.Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Islam mengambil berat masalah yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik.

"Begitu juga dengan kewajipan berzakat, disunatkan sedekah dan digalakkan penyembelihan korban, di mana menunjukkan agama Islam mengajar umatnya sentiasa menjauhi sistem ekonomi liberal yang menimbulkan jurang pemisah antara golongan miskin dan kaya.

"Sebaliknya Islam menggalakkan kesamaan ekonomi, kesamarataan kekayaan dan perkongsian kemakmuran,"

Aidiladha adalah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Tegas beliau, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama sahaja berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (riwayat Abu Daud)

Oleh itu, jelaslah bahawa perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama. Malah Rasulullah SAW juga ada menyatakan tentang kelebihan ibadat korban dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Sebenarnya kata Faridilatras, masyarakat hari ini menjadikan sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding Aidiladha kerana kurang faham akan peristiwa bersejarah melibatkan dua insan iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s yang sangat tinggi nilainya.

"Sudah lebih 1,400 tahun Nabi SAW meninggalkan kita dan sudah pastinya, ibadah hari raya kita sudah ditokok tambah dengan adat-adat dan budaya atau dikurangi beberapa perkara penting sehingga ia kini sudah menjadi lebih budaya daripada agama," jelasnya.

Di samping itu, Faridilatras berpendapat antara punca utama perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah disebabkan kurangnya kesedaran tentang kelebihan melaksanakan amalan sunat seperti ibadah korban.

"Oleh yang demikian, saya merasakan perlu penerapan di peringkat awal kanak-kanak tentang sejarah keagungan ibadah korban agar ia terus bersemadi di dalam pemikiran masyarakat," katanya.

Sebenarnya kedatangan bulan Zulhijjah tegas Faradilatras, adalah bersama kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Puasa sunat

Jadi, mestilah digunakan sebaiknya oleh umat Islam terutamanya dengan berpuasa sunat hari Arafah bagi yang tidak menunaikan haji, di samping melaungkan takbir bermula pagi sembilan Zulhijjah hingga berakhirnya hari 'tasyrik' iaitu hari ke 13 Zulhijjah.

"Islam amat menganjurkan amalan bertakbir (mengagungkan kekuasaan Allah SWT), bertahmid (memuji-muji kebesaran Allah SWT), bertasbih (menyucikan Allah SWT daripada sebarang kesyirikan) bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT," katanya.

Malah, kalimah takbir yang dilaungkan itu bukan satu kalimah yang kosong, sebaliknya ia mampu menyuntik semangat juang dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup yang sememangnya terpaksa kita hadapi sebelum diiktiraf tahap keimanan kita kepada Allah SWT.

"Kalau kita hayati maksud Hari Raya Aidiladha itu sendiri, ia membawa maksud Hari Raya Korban, maka kita disunatkan untuk melakukan ibadah korban.

"Ini bagi memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja untuk meninggikan agama serta menghilangkan rasa terlalu sayang pada harta kesenangan dunia.

"Tanpa didikan dan asuhan agama dalam hal berkorban ini, maka agak sukar bagi kita untuk melakukan pengorbanan yang lebih besar terutamanya dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini," katanya.

Menurut Faradilatras, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadat pada malam Aidiladha. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadat), maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dari mengingati Allah SWT)". (riwayat Ibnu Majah).

Amalan yang sunat dilakukan pada Hari Raya Aidiladha adalah melakukan korban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.

Jika diperhatikan kini, jumlah penyembelihan semakin bertambah setahun demi setahun. Malah trend terbaru ialah menunaikan ibadah korban dan akikah di luar Malaysia atau di negara-negara umat Islam yang lebih memerlukan seperti di Kemboja, Palestin dan sebagainya.

Dalam Islam pengagihan daging korban ke negara luar adalah diharuskan. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Dengan yang demikian makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah (yang fakir miskin). (al-Hajj: 28)

"Ayat ini menjelaskan bahawa, kita diperintah untuk mengagihkan dan memberi makan kepada fakir miskin tidak dikhususkan kepada negara-negara tertentu, selagi mana ia tidak terkeluar daripada perintah syarak.

"Di samping itu juga, Islam tidak melarang untuk membantu saudara kita yang berada dalam kesusahan," katanya.

Lebih baik lagi, jika daging korban dapat diagihkan kepada masyarakat yang lebih memerlukan seperti di negara-negara Islam lain, terutamanya kepada mereka yang ditimpa bencana gempa bumi, peperangan dan kebuluran.

"Dan inilah, salah satu hikmah pelaksanaan ibadah korban yang menjurus kepada perkongsian kemakmuran dan menjauhkan umat Islam daripada sistem ekonomi liberal.

"Masyarakat pada hari ini, sewajarnya menilai bahawa Allah SWT telah menganugerahkan rezeki yang banyak di Malaysia, sehingga daging-daging korban berlebihan, sedangkan ada negara Islam yang masyarakatnya ramai, namun daging korban tidak mencukupi," kata Faradilatras. Sewajarnyalah program korban dan akikah serta pengagihan di negara-negara umat Islam lain disokong oleh setiap individu Muslim.

Malah menurutnya lagi, Dr. Yusuf al-Qaradawi, dalam penulisannya yang bertajuk Yusuf Qardawi dan pandangannya tentang Fiqh Minoriti dan Maslahah menyatakan, "maslahah (kepentingan umum) bermaksud kepentingan, kebajikan atau apa-apa yang mendatangkan faedah kepada masyarakat".

Jadi, pengagihan korban ke luar negara seperti di Kemboja dan negara-negara Islam yang lain boleh dikategorikan sebagai maslahah ummah (kepentingan umum).

Menyentuh cara sambutan ibadah korban dahulu hingga sekarang, terang Faradilatras, amalan ibadah korban sebenarnya telah dilaksanakan sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehingga ke zaman Jahiliah.

Menyembelih korban di zaman nabi Adam a.s, adalah suatu sunat yang telah amat lama, yang dilakukan pertama kali oleh dua orang anak Adam, iaitu Qabil dan Habil atas perintah Adam a.s.

Firman Allah SWT: Dan baca oleh mu untuk mereka (terangkanlah olehmu untuk mereka) khabar berita dua orang anak Adam dengan sebenarnya, di kala anak Adam itu mempersembahkan korbannya maka Allah menerima korban salah seorang daripada keduanya termasuk menolak korban yang seorang lagi (iaitu Qabil). (al-Maidah 27)

Pada zaman Nabi Nuh a.s, sesudah terjadi taufan, Nabi Nuh a.s membuat tempat yang sengaja dan tertentu untuk meletakkan korban, yang nantinya korban tersebut dibakar.

Pada zaman Nabi Ibrahim a.s, yang mana pada mulanya beliau melakukan korban itu dengan memberi sedekah roti dan sebagainya. Menurut riwayat, beliau menyembelih anak sapi, kambing dan biri-biri.

Pada suatu ketika, Allah SWT menguji kekuatan iman Nabi Ibrahim a.s dengan memerintah kepadanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sebagai korban. Hal ini telah digambarkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran, surah ash-Shaffat, ayat 103 - 107.

Penyembelihan korban berterusan dilakukan hingga zaman Nabi Musa a.s iaitu membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada dua bahagian. Sebahagian dilepaskan sahaja dan sebahagian lagi disembelih.

Sebagai berkongsi pengalaman, beliau yang pernah menuntut di Universiti Islam Madinah menceritakan, kebanyakan orang Arab sentiasa berlumba-lumba terutamanya di dalam hal agama khususnya memperbanyakkan ibadah sedekah dan korban.

Ini kerana mereka meyakini setiap amalan baik akan diberi pahala yang setimpal.

Sewaktu membuat lawatan rasmi kerja di Kemboja pula, beliau dapati, masyarakat kemboja menanti-nanti daging korban daripada luar negara, ini adalah kerana mereka menghadapi kesempitan hidup berbanding negara-negara lain seperti Malaysia.

Oleh itu, saran Faradilatras, umat Islam Malaysia perlu bersyukur dengan nikmat kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan menyalurkan bantuan seperti melaksanakan ibadah korban.

Salam Aidil Adha 1430 H... Maaf Zahir dan Batin...





Assalamualaikum...dan Salam Aidil Adha 1430 H.

Sebelum saya meneruskan memori perjalanan hari ini,izinkan saya berkongsi kegembiraan bersama dengan 2 orang sahabat kita yang telah pun bertambah usianya pada bulan ini dan pada tahun ini.

Buat Ustazah Alyani ( 24 November 2009 ) dan Ustaz Amir Amili ( 26 November 2009) ...Happy belated Day...Semoga panjang umur murah rezeki dan diberkati ilahi dalam meniti bilahan hari yang mendatang.Insya Allah...


Opssss....Raya la pulaks....


Allahu akbar....Allahu akbar....

Allahu akbar....Allahu akbar....

La ilaha illallah wallahu akbar

Allahu Akbar walilillahil hamd....


Sedihnya kan...Raya tanpa orang tersayang dan ditempat orang.Tentu syahdu kan teringat kampung halaman.Saya Alhamdulillah...Tahun ni dapat beraya bersama keluarga tersayang.Mbe pagi raya akan balik ke Kelantan.Doakan keselamatan kami sekeluarga pergi dan balik.

Buat Ustaz Haikal dan Ustaz Anuar...Jangan sedih yer...Nanti kita raikan raya tahun ni kat bilik.Ustazah pun dengar ceritanya ramai yang tak pulang beraya kerana cuti yang pendek.Apa pun...Walau dimana kita berada dan bagaimana suasana sambutan hari raya aidil adha tahun ini...Yang pasti...Anda telah berkorban demi kesejahteraan anak-anak istimewa.Tahniah dan Syabas buat Anda.

P/s :

Kalau kat mesir dulu...mesti feeling habis pagi-pagi raya ni...Kalau tak percaya...Tanya otai kat sana...Kak Pah ke...Ustzh Sapinah,Ustzh Haida,Ustzh Masninah dll.

Kat sana seronok tengok Unta disembelih.Pengalaman yang cukup berharga.Macamana ek Unta kena sembelih...? Mesti syahdu tengok unta menyerahkan batang lehernya tanpa perlu bersusah payah untuk merebahkannya.

Sunday, November 22, 2009

Konspirasi H1N1 TERBONGKAR

Siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa H1N1 adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan 'panic situation'.Pada 25 jun 2009 lepas,Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan Virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu , penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa Virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah Universiti di Amerika dan Kanada.Dalam temuramah tersebut ada dua maklumat dan yang pertamanya membuktikan bahawa Amerika sebagai dalang Virus H1N1 adalah hampir jelas.

Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya - iya mendedahkannya?Bagaimana kerajaan Russia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah Virus H1N1 atau selsema babi.Penyakit berbahaya ini menjadi popular apabila lebih 80 orang mati di Veracruz,Mexico akhir April 2009.Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York,Kanada,New Orleans dan Israel.
Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru , ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.Tetapi pada ketika itu ,jangkitan hanya merebak dikalangan individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja dan sedikit sahaja terkena pada orang awam.Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek, ia mungkin dilihat seperti 'kejadian alam' tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Semua laporan Swine Flu diakhbar dan TV adalah tepat dan amat menyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan.Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.Perkara itu ialah...empat hari sebelum terjumpanya kes selsema babi di Mexico, Pengarah Makmal Universiti Rockefelleriaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah PerubatanAlbine.Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500.000.Beliau dipilih kerana sumbangannya dalam penerokaan denddretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunalogi dan fisiologi selular.Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam bidang bio-perubatan . Kemungkinan Steimen dan rakan rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala Swine Flu.

Dr. Raplh Steinmen dicurigai kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universit Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri mengetahui David Rockefeller adalah antara peneraju utama Perang Dunia Kedua.Steinmen juga memegang jawatan Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan Institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan Vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalma pembinaan senjata Biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata Biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Franklin D.Roosevelt.

Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai.Memang Amerika menandatanganinya tetapi membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda tanya.

Selamat Datang Sahabat2 ke IPGM IK









Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah...Akhirnya bertemu lagi kita di IPGM yang kita kasihi dan cintai ini.Nampaknya semua Pelatih j-QAF bersemangat dan bersedia untuk menempuhi interaksi terakhir sebelum Praktikum.

Oh ya...Macam-macam cerita yang kita dapat kongsi nanti.Walaupun baru seminggu tak bertemu mata,tentu macam-macam cerita yang dapat kita kongsikan bersama.Yang pasti semua bersemangat dengat tugasan yang telah disiapkan.Dengan GERKO 2 yang sarat dengan lampiran dan tak lupa juga dengan Analisa Pendidikan Khas.Ana tengok,comel-comel dan lawa-lawa belaka tugasan tersebut.Syabas sahabat-sahabatku.

Sebelum terlupa,jangan lupa prepare untuk kuliah malam sepanjang 3 hari pertama di IPGM IK.Bye2.

Friday, November 20, 2009

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut ..

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

Sumber : FWD Mail

Keputusan UPSR 2009

48,171 gred A

Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my


Jurang perbezaan antara calon luar bandar, bandar mengecil

PUTRAJAYA: Seramai 48,171 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh gred A atau cemerlang bagi semua mata pelajaran tahun ini berbanding 46,641 calon tahun lalu, meningkat 0.32 peratus.

Baki 319,336 calon memperoleh minimum gred C atau baik bagi semua mata pelajaran, manakala 3,266 lagi memperoleh gred E atau sangat lemah bagi semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pencapaian diukur berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) yang menggunakan indeks cemerlang (semua A), baik (minimum C) dan sangat lemah (semua E).

GPN adalah indeks yang digunakan bagi merumus pencapaian keseluruhan calon dalam peperiksaan serta ia dihitung berdasarkan lima gred pernyataan iaitu gred A (satu), B (dua), C (tiga) dan D (empat) dan E (lima).

"Pencapaian keseluruhan nilai GPN meningkat sebanyak satu peratus tahun ini. Cemerlang (semua A) meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding 9.19 peratus tahun lalu dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

"Pencapaian baik (minimum C) meningkat 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan 0.47 peratus, manakala pencapaian lemah (semua E) menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus dengan perbezaan 0.02 peratus," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini, semalam.

Seramai 517,908 calon berdaftar menduduki UPSR tahun ini 8 hingga 10 September lalu. Daripada jumlah itu, 510,125 adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, manakala 7,783 adalah calon sekolah swasta.

Beliau berkata, pencapaian calon luar bandar juga menunjukkan peningkatan, malah jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar kini semakin berkurangan.

"Perbezaan bilangan calon bandar dan luar bandar mendapat gred A bagi semua mata pelajaran tahun ini ialah 3.64 peratus atau 14,980 calon berbanding 4.22 peratus atau 16,241 calon tahun lalu.
"Begitu juga perbezaan nilai GPN bagi murid di kawasan bandar dan luar bandar bagi tahun ini adalah lebih kecil, iaitu 0.2 berbanding 0.22 tahun lalu," katanya.

Mengenai calon istimewa, Alimuddin berkata, 1,086 calon istimewa mengambil UPSR tahun ini, iaitu dua kali ganda berbanding tahun lalu, iaitu 664 calon.

Daripada jumlah itu, 13 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran, 11 (gred C) dan 59 (gred E).

Mengulas pencapaian keseluruhan UPSR tahun ini, Alimuddin berkata, secara keseluruhan ia menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara berada di landasan yang baik.

"UPSR diadakan bertujuan mengukur tahap penguasaan murid membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M).

"Maklumat diperoleh dijadikan petunjuk sejauh mana tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran yang ditawarkan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah," katanya.

Dari segi mata pelajaran, Bahasa Tamil menunjukkan peningkatan gred A yang tinggi, iaitu sebanyak 3.6 peratus dan Matematik yang meningkat 4.2 peratus.

Berita Harian Online: 20 November 2009

Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

* Asas Penentuan Standard Dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:

* Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:

* meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,

* meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama,

* menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif,

* meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan

* mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

* Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

* Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

* Tatasusila Profesion Keguruan

Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:

"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

* Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.


Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

KEPERLUAN

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan

Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.


Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.


Keperluan 3: Kolaborasi

Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur

Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

Thursday, November 19, 2009

Wudhuk

Perbuatan membasuh @ menyapu anggota badan tertentu dimulai dgn niat kerana Allah.

HUKUM : WAJIB apabila hdk mengerjakan solat, tawaf, meyentuh al-Quran, sujud syukur @ sujud tilawah.

Firman Allah SWT ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاَةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu hendak mendirikan solat, basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu hingga ke siku, dan sapulah sebahagian drp kepala kamu, dan basuhlah kedua kaki kamu hingga ke buku lali”. Al-Maidah : 6


ANGGOTA WUDHUK

1. Muka
2. Kedua belah tangan hingga ke siku
3. Sebahagian kepala
4. Kedua belah kaki hingga ke buku lali


RUKUN WUDHUK

1. Niat – niat berwudhuk ketika air sampai ke muka.

نَوَيْتُ رَفْعَ الحَدَثِ الأَصْغَرِ لِلّهِ تعالى

“Sahaja Aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”


2. Membasuh muka – bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu dan dari anak telinga kanan hinggga ke anak telinga kiri.
3. Membasuh tangan dari hujung jari hingga ke siku.
4. Menyapu sebahagian kepala.
5. Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib – melakukan semua rukun wudhuk mengikut susunannya.


PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK

1. Keluar sesuatu drp qubul @ dubur spt air mani, kentut, air besar @ air kecil.
2. Bersentuh kulit di antara L dan P yang bukan mahram tanpa berlapik.
3. Hilang akal kerana mabuk @ pitam @ pengsan.
4. Menyentuh kemaluan manusia dgn tapak tangan tanpa berlapik.
5. Tidur yang tidak tetap punggungnya.


PERKARA SUNAT KETIKA BERWUDHUK

1. Mulakan dgn membaca Basmalah.
2. Mengadap kiblat.
3. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan.
4. Berkumur-kumur.
5. Memasukkan air ke dlm hidung dan mengeluarkannya semula.
6. Menyapu keseluruhan kepala.
7. Membasuh kedua-dua belah telinga.
8. Mengosok celah jari tangan dan jari kaki.
9. Berturut-turut antara satu dgn lain.
10. Mengulang 3 kali setiap perbuatan.
11. Mendahulukan anggota sebelah kanan dari anggota sebelah kiri.
12. Berdoa selepas berwudhuk.


PERKARA MAKRUH KETIKA BERWUDHUK

1. Membasuh anggota wudhuk lebih dari 3 kali.
2. Mendahulukan anggota sebelah kiri dari anggota sebelah kanan.
3. Berkumur-kumur @ memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan bagi yang berpuasa.
4. Bercakap ketika berwudhuk.

Tuesday, November 17, 2009

Kertas Kerja Ihya' Ramadhan

KERTAS KERJA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1430H
SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI,
JALAN SEKOLAH, 34300 BAGAN SERAI,PERAK

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1430H ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang di rancang.

2.0 MATLAMAT
Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1430H ini dijalankan adalah untuk:
2 .1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..
2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.
3.2 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
3.5 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.6 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh :Sepanjang Bulan Ramadhan 1430H
Hari :Hari Isnin hingga Jumaat
Masa :8.00 pagi – 12.10 tengahari
Tempat :Dewan Mawar.Dataran Budi dan Bilik-bilik Khas Sk Bagan Serai,


5.0 KUMPULAN SASARAN
Program ini melibatkan semua murid Tahun 1,2,3,4,5,6, Pra Sekolah dan Pendidikan Khas

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Diantara aktiviti yang diadakan ialah :

6.1 Tadarus Al-Quran dan Solat Zohor
6.2 Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid
6.3 Tazkirah Ramadhan
6.4 Risalah Ramadhan / Syawal
6.5 Tayangan Video
6.6 Kutipan Derma / Galakan Bersedekah
6.7 Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat
6.8 Kuiz Ramadhan
6.9 Majlis Khatam Al Quran & Di Ambang Aidil Fitri 1430 H

7.0 SUMBER KEWANGAN

Berikut merupakan wang pendapatan yang diperlukan untuk program ini:

Bil. Pendapatan Jumlah
1. Wang Kebesaran Islam RM 202.80
JUMLAH RM 202.80


Berikut merupakan wang perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Bil. Perbelanjaan Kuantiti Harga Jumlah
1. Bunga telur 100 RM 01.00 RM 100.00
2. Hadiah Kuiz 30 RM 03.00 RM 090.00
3. Photostat RM 012.80
Jumlah Keseluruhan RM 202.80

8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Semua guru–guru Sekolah Kebangsaan Bagan Serai
( Rujuk lampiran )


9.0 PENUTUP

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seretusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Saturday, November 14, 2009

AKTA PERLAKSANAAN GERKO

AKTA PELAJARAN

1) Dasar perlaksanaan:
Dalam Peraturan 2 {Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) 1997 },” kegiatan kokurikulum”dimaksudkan sebagai:

“apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan peluang untuk menambah,mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah”.

Petikan di atas menegaskan tiga ciri penting mengenai kegiatan kokurikulum iaitu:-
(a)Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang dirancang;
(b)Kegiatan kokurikulum adalah lanjutan proses pengajaran dan pembelajaran;.dan
(c)Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang memberi peluang kepada murid-murid atau pelajar-pelajar memantapi dan memperkayai pengetahuan,kemahiran dan nilai-nilai murni yang telah mereka pelajari.

2) Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan dalam Peraturan 2{Peraturan-Peraturan Pendidkan(Kurikulum Kebangsaan)1997} itu adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan seperti ditegaskan dalam Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997:-

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendiddikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk mnyampaikan pengetahuan.”

Sub peraturan 3(1) di atas menegaskan dengan jelas bahawa setiap kegiatan atau aktiviti kokurikulum mestilah:-
a) Membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya;
b) Menanam dan mempertingkatkan nilai moral;dan
c) Menyampaikan ilmu pengetahuan.

3) Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) pula menegaskan bahawa pelaksanaan Kokurikulum Kebangsaan di sekolah kebangsaan atau bantuan kerajaan adalah wajib. Dengan demikian,oleh kerana kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaanya di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan tentulah juga wajib.

4) Untuk menjelaskan kandungan atau skop kegiatan kokurikulum yang menjadi sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan itu, Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan(Persatuan Sekolah)1998 menegaskan bahawa:-

“Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut, iaitu (a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997; (b) hobi dan reaksi; (c) sukan dan permainan; (d) badan berunuform; (e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.”

5) Sehubungan dengan kewajipan perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan maka penyertaan pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah wajib.Sehubunganitu kehadiran pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikthtisas Bilangan 1/1986,KP(BS)8591/Jld.11(41) bertarikh 15 Januari 1986.

6) Berkaitan dengan penyertaan murid atau pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah ini juga,Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP (BS) 8591/ Jld.11 (29 Bertarikh 2hb.Januari 1985, menegaskan bahawa:-

“Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap murid atau pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam (badan beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan.Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.”

7)Selanjutnya dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2000, KP(BS)8591 Jld.XVI (16) bertarikh 13 Nov. 2000 dinyatakan bahawa perlaksanaan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.

8)Perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah perlu juga mengandungi elemem-elemen pembangunan kemanusiaan dan pembentukan keperibadian pelajar. Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985,KP (BS) 8591/Jld.11(29) bertarikh 2hb.Januari 1985 menegaskan bahawa:-

“Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong-royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sbagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”

9) Penglibatan dan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat umumnya dalam penganjuran dan perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah sebagai khasnya yang selaras dengan konsep”Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”adalah digalakkan.Subperkara 4.2.1(iii) dan Subperkara 5.2.3 dalam Surat Perkeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 bertarikh 2hb.Februari 1985 memperkatakan secara langsung mengenai penglibatan masyarakat dalam penglibatan kokurikulum seperti berikut:-

(a) Subperkara 4.2.1(iii):Sumbangan Material dan tenaga terhadap Bahan-Bahan Pengajaran,Kemudahan Gerak Kerja Kokurikulum dan Kebajikan Murid:

“Menggalakkan ibu bapa dan masyarakat di semua sekolah menyumbangkan material dan tenaga untuk menolong menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku-buku dan alat-alat perpustakaan,serta melengkapkan kemudahan gerak kerja kokurikulum bagi kebajikan pelajar.”

b) Subperkara 5.2.3:Membawa Kepakaran Masyarakat kepada Pelajar-Pelajar semasa Gerak Kerja Kokurikulum:
“Di samping itu masyarakat pula boleh membuat sumbangannya terhadap kemajuan murid-murid di sekolah.Masyarakat mempunyai keistimewaan dan ada kemahiran tersendiri.Kemahiran yang dimaksudkan itu meliputi kemahiran-kemahiran seperti membetulkan jaring bagi kaum nelayan,dalam membaja bagi bidang pertanian,dan juga kemahiran manipulatif dan teknikal seperti -memperbaiki radio dan televisyen.Segala kemahiran ini boleh diajarkan kepada murid.Guru besar hendaklah mengaturkan pengajaran kemahiran ini.Penyebaran kepakaran ini boleh dilakukan melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah.(Ini sejajar dengan konsep deshcooling).Walau pun begitu pihak sekolah hendaklah berpandukan kepada”SCHOOLS Regulation 1951””.

10) Kegiatan Kokurikulum sebagai sebahagian daripada proses pendidikan perlu dilaksanakan sebagai”…).” suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan ,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.””(FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN).”

PERATURAN AM YANG BERKAITAN DENGAN PELAKSANAA GERAK KERJA KOKURIKULUM DI SEKOLAH;

KEHADIRAN
• Kehadiran murid-murid untuk setiap gerak kerja mestilah ditandakan dalam buku Gerakerja Kokurikulum.
• Hanya guru kokurikulum sahaja yang dibenarkan menanda kedatangan murid-murid.
• Gunakan pen sahaja untuk menanda kedatangan murid-murid

MENJALANKAN GERAKERJA KOKURIKULUM
Setiap persatuan/ kelab permainan/badan beruniform mesti menyimpan
• Buku minit mensyuarat
• Fail untuk surat menyurat.
• Buku penyata kewangan.
• Buku Gerakerja Kokurikulum.

• Satu rancangan tahunan tentang aktiviti \ program yang akan dijalankan sepanjang tahun hendaklah dimasukkan ke dalam lampiran yang disediakan di dalam buku ini.

• Semua gerakerja yang dijalankan seperti yang ditetapkan dalam jadual gerakerja kokurikulum terlebih dahulu

• Semasa gerakerja kokurikulum dijalankan . Guru kokurikulum diwajibkan hadir bagi mengawasi perjalan gerakerja itu , murid tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang pengawasan.

• Guru kokurikulum dikehendaki mencatatkan jenis gerakerja yang dijalankan pada setiap kali perjumpaan diadakan di dalam lampiran yang disediakan di dalam buku itu.

Lawatan
1.Sebelum sesuatu lawatan dibuat , pastikan bahawa langkah-langkah berikut diambil:

I. Meminta kebenaran guru besar.
II. Dapatkan persetujuan bertulis daripada ibu bapa \ waris.
III. Isikan dengan lengkap borang permohonan pelancongan dan hantar ke pejabat sekolah 7 salinan untuk lawatan dalam negeri kedah.
IV. Rombongan lawatan mesti ditemani oleh sekurang-kurangnya 2 orang guru pengiring yang akan bertanggungjawab terhadap tatatertib dan keselamatan murid.
V. Alat pertolongan cemas hendaklah di bawa semasa lawatan.
VI. Peraturan keselamatan hendaklah diterangka kepada murid dengan teliti sebelum lawatan dibuat.
VII. Lawatan ke tepi laut, sungai atau kolam hendaklah dielakkan kerana berenang tidak dibenarkan jika tidak ada penyelamat yang bertauliah.
VIII. Laporan hendaklah difailkan selepas setiap lawatan dibuat.

Gerakerja bukan rutin
1.Sebarang gerakerja bukan ruti hanya boleh dijalankan setelah langkah-langkah berikut diambil:
I. Memohon kebenaran dari Penolong Kanan Kokurikulum.
II. Mendapat persetujuan bertulis daripada ibbapa \ waris murid.
III. Memohon kebenaran menggunakan kawaan sekolah, peralatan dan sebagainya.
2.Guru Kokurikulum berkenaan bertanggungjawab :
I. Bersama dengan murid-murid sepanjan masa gerakerja dijalankan.
II. Menjaga keselmatan murid-murid.
III. Memastikan kawasan dan peralatan dalam keadaan bersih dan baik setelah gerakerja selesai dijalankan.

TUGAS-TUGAS SEORANG GURU PERMAINAN
1. -Memajukan \ meningkatkan kemahiran dan minat murid dalam setiap permainannya.
2. -Membuat pemilihan membentuk pasukan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.
3. -Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan itu.
4. -Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan antara rumah-rumah
5. -Menganjurkan perlawanan persahabatan antara sekolah seberapa kerap yang mungkin.
6. -Menguruskan kenderaan untuk pasukan sekolah lke pertandingan luar termasuk langkah-langkah keselamatan dalam prjalanan.
7. -Menguruskan surat-menyurat termasuk mendapat keizinan ibubapa atau penjaga.
8. -Merekod dan melaaporkan keputusan-keputusan permainan yang disrtai oleh pasukan sekolah dalam pertandingan-pertandingan peringkat sekolah.
9. -Menyediakan anggaran perbelanjaan dan pengurusan prmainan itu.
10. -Memastikan murid-murid pasukan memiliki semangat kesukanan yang tinggi di samping menjunjung disiplin sekolah.
11. -Menentuka peralatan \ kemudahan \ gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan.
12. -Merancang dengan guru-guru rumah mengenai aktiviti tahunan di awal penggal.
13. -Menilai prestasi pasukannya selepas setiap permainan perlawana diadakan.
14. -Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar dari masa ke semasa.

TUGAS-TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
1. Melaksanakan keputusan-keputusan majlis sukan dan Majlis Kerja Sukan Sekolah.
2. Menyelaras semua permaina \ olahraga.
- Antara sekolah dengan MSSD dan MSSN.
- Antara semua perminan \ olahraga di sekolah.
- antara rumah-rumah.
3. Berhubung dengan pengerusi (guru besar) atau Naib Pengerusi (penolong Kanan Kokurikulum)untuk memanggil mesyuarat Majlis Sukan dan Majlis Kerja Sukan, guru-guru permainan dan jawatankuasa pelajar.
4. Menyedikan anggaran tahunan untuk perbelanjaan sukan.
5. Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga.
6. Menyelaras semua acara temasya Kejohanan Olahraga sebelum dan sehingga hari kejohanan.
7. Menguruskan tempat-tempat pertandingan (gelanggang, padang dan lain-lain) adalah dalam keadaan yang menurut peraturan sebelum apa-apa perlawanan.
8. Menyelaras dan menyemak urusan permintaan wang untuk membeli pakaian dan peralatan bagi segala jenis kegiatan permainan dan olahraga.
9. Bertanggungjawab menyimpan segala alat-alat sukan , membaiki dan memperbaharui mana-mana yang perlu dan menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemaskini.
10. Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah baik pada peringkat negeri, daerah, persahabatan dan sebagainya, mengandungi tarikh, jenis pertandingan, pasukan yang terlibat, tempat pertandingan dan keputusannya.
11. Menyimpan rekod rumah sukan murid-murid yang dikemaskini.
12. Mengatur jadual permainan dan kegiatan sukan selepas peperiksaan UPSR.
13. Penyebaran berita sukan dalam perhimpunan sekolah, surat pengumuman dan papan kenyataan sekolah.
14. Memberi dan menandatangani sijil penghargaan sekolah kepada murid-murid yang berjasa dalam bidang sukan.
15. Mengaturkan pengangkutan dan kenderaan untuk pengangkutan sekolah sekiranya perlu.
16. Menjadi ahli jawatankuasa pemilihan pengawas sekolah
17. Mencadangkan olahragawan sekolah
18. Mencadangkan langkah-langkah untuk meninggikan prestasi sukan sekolah
19. Menyelaras Ujian Tenaga Asas.
20. Setiausaha Juri Rayuan.
21. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

TUGAS GURU PERSATUAN \ KELAB DAN UNIT BERUNIFORM
1. Menyediakan peraturan \ perlembagaan persatuan kelab.
2. Mengadakan mesyuarat agung dan melantik jawatankuasa.
3. Menyediakan senarai ahli.
4. Mendaftarkan peratuannya kepada penyelaras kokurikulum (PKKK).
5. Merancang program tahunan dan kegiatan penggal, bulan dan mingguan.
6. Melaksanakan kegiatan mengikut jadual waktu yang telah disusun oleh pihak sekolah (Penyelaras Kokurikulum).
7. Mengkaji dan mengemaskinikan bilik dan peralatan persatuan.
8. Mengurus kewangan persatuan.
9. Menghubungi pihak-pihak tertentu bagi melaksanakan aktiviti sumber komuniti.
10. Mendapatkan kebenaran ibubapa \ penjaga apabila diperlukan untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.
11. Menghubungi JPN dan PPD melalui Guru Besar bagi mendapatkan nasihat \ panduan \ kebenaran.
12. Mengisi buku-buku, penyata-penyata dan lain-lain laporan yang akan disampaikan kepada guru besar.
13. Andainya terdapat sesuatu perubahan \ pindaan peraturan hendaklah dilaporkan kepada guru besar dari masa ke semasa (dengan kadar segera)
14. Adakan sistem bonus \ permataan serta pensijilan melalui satu penilaian.
15. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar.

PENTAKSIRAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

Pendahuluan
Penilaian ke atas pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum di sesebuah sekolah akan secara langsung memberi gambaran sebenar mengenai kejayaan dan keberkesanan program, kegiatan dan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah itu dalam konteks melahirkan murid-murid yang cemerlang dan seimbang seperti yang disasarkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, disamping menggambarkan kecekapan sekolah tersebut mengurus dan melaksanakan fungsi pendidikan yang menyeluruh dan berterusan dengan mematuhi sepenuhnya peruntukan-peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996.

Fokus penilaian
1. Kepentingan kokurikulum kepada murid-murid dalam bentuk pembaikan watak, nilai dan sikap; pemerolehan pembelajaran. Pengalaman dan kemahiran yang membantu membangunkan kemanusiaan, keinsanan, pandangan dunia, kehidupan kejayaan dan sebagainya; disamping pembelajaran seumur hidup.
2. Kecekapan dan keberkesanan sekolah melaksanakan fungsi pendidikan yang menyeluruh, khususnya yang berkaitan dengan aspek-aspek pembangunan kemanusiaan dan kerjaya murid-murid.
3. keberkesanan dan kesesuaian setiap program, kegiatan atau aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan sebagai program, kegiatan atau aktiviti pendidikan dengan maksud sebagai sumber pengetahuan, pengalaman dan kemahiran serta nilai-nilai murni.
Skema penilaian aktiviti kokurikulum
Aspek-aspek yang dinilai;
Prestasi murid dalam bidang kokurikulum dinilai bedasarkan aspek-aspek berikut;
1. Kehadiran
2. Pencapaian
3. Penglibatan
4. Jawatan yang disandang
Skema pemarkahan
Skema pemarkahan ini adalah asas penilaian prestasi murid dalam kegiatan kokurikulum sepanjang tahun yang berkenaan, merangkumi kegiatan dalam sekurang-kurangnya satu jenis aktiviti dalam bidang persatuan/kelab, sukan dan permainan, dan pasukan badan beruniform.
1.9) Peraturan-peraturan Umum Gerak Kerja Kokurikulum.
a) Penyertaan/keahlian:
- Tiap-tiap murid diwajibkan mengambil bahagian dalam tiga gerak kerja kokurikulum berikut:
ii) Persatuan/kelab
iii) Permainan/sukan
iiii) Badan beruniform

b) Kehadiran murid:

- Kehadiran adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Sebarang ketidakhadiran mesti disertakan dengan surat kenyataan (akuan sakit/surat daripada ibu bapa). Ketidakhadiran boleh dikenakan tindakan tatatertib. Murid yang menganggotai pasukan sekolah tidak terkecuali daripada mengikuti latihan yang telah ditetapkan.
- Guru penasihat dikehendaki mengambil tindakan ke atas ahli yang tidak hadir.

Ketidakhadiran dan tindakan disiplin:
 Kali Pertama: Nasihat.
 Kali Kedua : Amaran.
 Kali Ketiga : Denda Membina.
 Kali Keempat dan seterusnya : Panggil Ibu bapa/Penjaga.
 Kerap tidak hadir: Keahlian tidak diperakui.
c) Jadual Waktu:

- Gerak kerja Persatuan/Kelab dijalankan pada hari Rabu jam 3.00 – 4.00 petang.

- Gerak kerja Badan Beruniform dijalankan pada hari Rabu jam 4.00 hingga 5.00 petang.

- Latihan Permainan/Sukan dijalankan pada hari Rabu pada jam 5.00 hingga 6.00 petang.

d) Pakaian:
Badan Beruniform:

• Pakaian seragam badan beruniform, atau kemeja.
• T badan beruniform. Seluar trek panjang (hitam) dan kasut hitam.

Persatuan/Kelab:

• Pakaian sekolah atau kemeja.
• T sekolah, seluar panjang (gelap) atau seluar trek panjang (hitam) dan berkasut.

Sukan/Permainan:

• Kemeja: T sekolah atau kemeja.
• T khusus, seluar trek panjang dan berkasut sukan.

e) Keselamatan dan disiplin:

Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi segala peraturan sekolah dan gerak kerja kokurikulum. Setiap murid mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab, amanah, jujur, bekerjasama dan berdedikasi terhadap tugas.

f) Yuran pendaftaran:

Yuran pendaftaran badan beruniform hendaklah dibayar sendiri oleh ahli. Semua kutipan dan perbelanjaan hendaklah dicatat dalam laporan akaun, buku laporan kokurikulum.

g) AM:

Setiap ahli badan beruniform/persatuan/kelab tidak dibenarkan menukar keahliannya tanpa kebenaran daripada Guru Besar/ Penolong kanan kokurikulum/ guru penasihat.

Setiap aktiviti hendaklah dijalankan pada hari dan masa yang ditetapkan. Sekiranya perlu segala pertukaran hari dan masa hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar/ penolong kanan kokurikulum.

Friday, November 13, 2009

KEM BESTARI SOLAT j-QAF PEND. KHAS 2009





























KEM BESTARI SOLAT j-QAF PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

BERTARIKH 09 HINGGA 12 NOVEMBER 2009

BERTEMPAT DI KEM KIJANG,KOTA BHARU, KELANTAN.


LATAR BELAKANG :

PROGRAM j-QAF PENDIDIKAN KHAS TELAH DIRINTIS OLEH 12 GURU j-QAF DI 12 BUAH SEKOLAH DISELURUH MALAYSIA PADA TAHUN 2007.sEHINGGA JANUARI 2009 TELAH TERDAPAT 70 BUAH SEKOLAH PPKI DISELURUH MALAYSIA.

KEM BESTARI SOLAT MENJADI PROGRAM WAJIB DILAKSANAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH YANG MEMPUNYAI KELAS PENDIDIKAN KHAS DAN PPKI YANG MENJALANKAN PROGRAM j-QAF.

OBJEKTIF :

1) MURID DAPAT DILATIH BERIBADAT SECARA LATIH TUBI DALAM TEMPOH MASA YANG PANJANG.
2) MURID MENDAPAT PENDEDAHAN SOLAT BERJEMAAH DENGAN LEBIH TEPAT.
3) MURID DAPAT MELAKSANAKAN SEMUA PERBUATAN DAN BACAAN DIDALAM SOLAT DENGAN FASIH DAN MENGIKUT KEBOLEHAN.
4) MENYELARASKAN MODUL AMALI SOLAT DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN j-QAF DAN KEM BESTARI SOLAT.

KANDUNGAN PROGRAM :

1)RIADHAH
2)LDK 1-TEORI WUDHUK
3)LDK 2- AMALI WUDHUK
4)PERMAINAN
5)LDK 3- AKTIVITI PENGUKUHAN WUDHUK
6)LDK 4- TEORI SOLAT
7)LDK 5- AMALI SOLAT
8)LDK 6- AKTIVITI PENGUKUHAN SOLAT

RUMUSAN :

SECARA KESELURUHANNYA SERAMAI 240 PESERTA DARI 70 BUAH SEKOLAH PEND. KHAS,PPKI DAN ORANG ASLI DENGAN 70 ORANG FASILITATOR YANG DIBAHAGIKAN KEPADA 35 KUMPULAN TELAH MENUNJUKKAN PRESTASI YANG CEMERLANG DENGAN HAMPIR 80 PERATUS PESERTA DAPAT MENGUASAI OBJEKTIF YANG YANG DILAKSANAKAN.

35 PESERTA CEMERLANG TELAH MEMBUKTIKAN KEMAMPUAN MEREKA DENGAN MENGUASAI LDK 1 HINGGA 6 DENGAN BAIK SERTA MENUNJUKKAN DISPLIN YANG MEMBERANGSANGKAN.MEREKA JUGA MAMPU MEMIMPIN KUMPULAN DENGAN BERKESAN.

PEMERHATI JUGA TELAH MENGKLASIFIKASIKAN PROGRAM INI SEBAGAI BERJAYA DAN MAMPU UNTUK MEMBINA MODAL INSAN MENJADI GEMILANG,CEMERLANG DAN TERBILANG.

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA PIHAK YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENGERAHKAN BUAH FIKIRAN DAN TENAGA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM INI.PENGHARGAAN JUGA DIKALUNGKAN BUAT USTAZ ISMAIL BIN HASHIM ( KETUA UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL,BPK),USTAZ AHMAD SHUHAIMI BIN MD. ISA DAN USTAZ SUYUTI(PEN. PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH,BPK)DI ATAS SEGALA SUMBANGAN YANG DIBERIKAN DALAM MEMBINA ANAK BANGSA MENJADI INSAN CEMERLANG DAN TERBELA.

SEMOGA JUMPA LAGI.SEMOGA SEGALA USAHA DAN PENAT LELAH ANDA HARI INI AKAN MEMBENIHKAN MODAL INSAN YANG BERJAYA DISISI ALLAH SUBHANAHU WA TAALA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

AKTIVITI PENGUKUHAN WUDHUK




HARI PERTAMA : RIADHAH DAN LDK WUDHUK





TAKLIMAT PERJALANAN PROGRAM KBS PENDIDIKAN KHAS 2009
















UCAPAN ALU-ALUAN OLEH YBrs TN HJ NASRUDDIN TALIB
KETUA SEKTOR PEND. SWASTA DAN PEND KHAS JPN K'TAN

DARI KIRI :
TN HJ NASRUDDIN - KETUA SEKTOR PEND. SWASTA DAN PEND KHAS JPN K'TAN
EN.CHE DAUD BIN HARUN - KETUA UNIT UPK JPN K'TAN
EN. KHAIRUL - KETUA SEKTOR PEND. ISLAM DAN MORAL,KPM,PUTRAJAYA.
USTAZ ISMAIL BIN HASHIM - KETUA UNIT PENGURUSAN PEND. ISLAM DAN MORAL,KPM,PUTRAJAYA.

TEMPAT : DI DEWAN MAHYIDDIN KEM KIJANG KOTA BHARU KELANTAN
TARIKH : 09 NOVEMBER 2009
MASA : 08.40 MALAM

Tuesday, November 10, 2009

Kem Bestari Solat Peringkat Kebangsaan 2009

Assalamulaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Salam 1 Malaysia untuk semua.

Alhamdulillah...Akhirnya kami dapat berada di Kelantan setelah beberapa tsrikh sebelum ini ditangguhkan.Bertempat di Kem Kijang Kota Bharu KElantan,Kem Bestari Solat Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009 telah berjalan lancar sehingga hari ini.Pelbagai program menarik dan istimewa telah dijalankan mengikut tentatif yang di sediakan.

Insya Allah gambar-gambar terkini akan terpapar di skrin komputer anda selepas ini kerana masih dalam proses pengeditan.Jumpa lagi selepas ini.

Saturday, November 7, 2009

Makluman Terkini KBS PK 2009

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Salam satu Malaysia buat sahabat yang dikasihi sekelian...

Semalam,pagi tadi dan baru sekejap tadik...kawan-kawan call n sms tanya jadi tak Kem Bestari Solat kita ni?

Takut juga kan bawa anak2 istimewa ke Kelantan ketika dikhabarkan banjir semakin buruk di Kelantan dan Terengganu...Hmmhh..Alahai...

Setakat ni tiada lagi hitam putih dari Putrajaya mengatakan KIV atau batal.Tak tahu la lepas entry ni,Ada maklumat dari sana.Setahu saya,sebagai anak jati Kelantan...Kebiasaannya banjir di Kelate ni hanya sekejap je.Pagi Banjir malam dah clear balik.Mungkin hari Ahad banjir dah ok n clear.Tetapi semua tu ketentuan Ilahi.

Ikut cerita adik saya,jalan ke PCB - Kota Bharu(Jalan utama ke Kem Kijang) sudah boleh dilalui untuk kenderaan berat.Kalau hujan reda sehingga hari ini,mungkin boleh dilalui oleh semua kenderaan.Lagi pun kita boleh melalui jalan baru yang menghubungkan Kota Bharu - Kedai Buluh iaitu jalan berdekatan Hyper Market Pantai Timur di Pengkalan Chepa.(berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail )

Apa-apa hal pun,Sama-samalah kita berdoa agar Kem Bestari Solat kita berjalan lancar dan mendapat keredhaan dari Ilahi.Insya Allah.

P.S : Ustaz n Ustazah,jgn lupa bawa baju batik utk hari khamis.Seeloknya ustaz sediakan juga sepasang baju melayu dan sampin.

Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Gaya hidup bermewah-mewah seolah disimbolisasikan dengan acara pelantikan anggota DPR yang memang WAH. Kedurhakaan bisa jadi disimbolkan oleh tidak ditunaikannya amanah umat selama ini oleh para penguasa, namun juga tidak tertutup kemungkinan kedurhakaan kita sendiri yang masih banyak yang lalai dengan ayat-ayat Allah atau malah menjadikan agama Allah sekadar sebagai komoditas untuk meraih kehidupan duniawi dengan segala kelezatannya (yang sebenarnya menipu).

Dan yang terakhir, terkait dengan “Fir’aun dan para pengikutnya”, percaya atau tidak, para pemimpin dunia sekarang ini yang tergabung dalam kelompok Globalis (mencita-citakan The New World Order) seperti Dinasti Bush, Dinasti Rotschild, Dinasti Rockefeller, Dinasti Windsor, dan para tokoh Luciferian lainnya yang tergabung dalam Bilderberg Group, Bohemian Groove, Freemasonry, Trilateral Commission (ada lima tokoh Indonesia sebagai anggotanya), sesungguhnya masih memiliki ikatan darah dengan Firaun Mesir (!).

Sumber : www.eramuslim.com

Friday, November 6, 2009

Kelantan di ambang bah besar

KOTA BHARU: Hujan lebat berterusan sejak empat hari lalu menyebabkan hampir semua jajahan di negeri ini termasuk Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai, ditenggelami air sedalam kira-kira tiga meter.

Keadaan itu menyebabkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Tindakan itu diambil bagi membantu memindahkan mangsa banjir yang terperangkap untuk dibawa menaiki bot ke penempatan sementara selepas kediaman mereka ditenggelami banjir akibat limpahan air sungai.

Dianggarkan kira-kira 1,000 penduduk di dua perkampungan di Kampung Bunut Saih dan Kampung Pahi di Kuala Krai terputus hubungan selepas dua jambatan utama di tenggelami air sedalam tiga meter.

Tidak kurang pula ribuan kenderaan terkandas apabila air memenuhi jalan terutama di kawasan rendah sehingga memaksa mereka meredah banjir yang dalam untuk pulang ke rumah.

Jabatan Parit dan Saliran (JPS) negeri pula sudah membuka bilik gerakan banjir di ibu pejabatnya berikutan paras air di beberapa sungai utama di negeri ini melebihi paras amaran.

Peningkatan paras air itu membabitkan Sungai Galas di Dabong; Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Kusial serta Sungai Golok menyaksikan peningkatan di Jenob dan Rantau Panjang.

Tinjauan Harian Metro terutama di Kampung Banggol Pantai Cahaya Bulan (PCB), semalam, mendapati kebanyakan kanak-kanak menghabiskan masa seharian bermain air banjir tanpa menghiraukan keselamatan.

Pemangku Pengarah JPS negeri, Wan Sulaiman Wan Ismail, berkata banjir gelombang pertama yang mula melanda Kelantan dikhuatiri mampu menjadi banjir besar sekiranya hujan lebat berterusan dengan kadar 30 hingga 100 milimeter (mm) selama tiga hari.

“Kelantan masih memiliki baki hujan kira-kira 300 mm dan jika hujan berterusan dengan kadar melebihi 30 mm hingga 100 mm dalam tempoh tiga hari tanpa henti, kita bimbang banjir besar akan berlaku.

“Peningkatan mendadak paras semua sungai di negeri ini disebabkan hujan berterusan sejak empat hari lalu di seluruh kawasan Hulu Kelantan, selain pesisir pantai memberi petunjuk musim tengkujuh mula melanda pantai timur,” katanya.

Katanya, JPS membuka bilik gerakan banjir yang beroperasi 24 jam bermula semalam dan akan menyalurkan maklumat paras sungai kepada Bilik Gerakan Banjir Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Darulnaim.

“Kami menasihatkan penduduk di kawasan rendah supaya sentiasa berwaspada kerana selain hujan lebat, angin kencang turut melanda negeri ini yang menyumbang kepada peningkatan paras sungai utama,” katanya.



>1,738 mangsa dipindah

Perkara dilarang ketika solat

# Menempelkan satu kaki dengan yang lain ketika berdiri.

# Berdiri di atas satu kaki

# Duduk di antara dua sujud dengan kedua-dua lutut terangkat ke atas dan telapak tangan di lantai atau duduk di atas lutut dan jari kaki tegak berdiri tanpa kaki menyentuh lantai.

# Memasukkan kedua-dua tangan ke baju ketika berdiri, rukuk dan sujud. Keadaan itu menyerupai orang Yahudi dalam solat mereka.

# Menangkat pakaian (sarung dan celana) ketika sujud sama ada dari arah depan atau belakang. Hal yang sama bagi lelaki menyelak rambut ketika solat. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Aku diperintahkan bersujud di atas tujuh anggota tubuh dan tidak menyingkap pakaian atau rambut".

# Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan dari dada.

# Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Hal ini tidak disukai jika seseorang itu menjadi imam. Sepatutnya, ia berdiam diri sebelum membaca al-Fatihah dan rukuk.

Makmum pula hendaklah tidak menyambung takbiratul ihramnya sendiri dengan takbiratul ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam.

Ia perlu berdiam diri sejenak sebelum takbiraul ihram mengikut imam dan sebelum mengucapkan salam selepas salam imam.

Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua dan memisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.

# Solat dalam keadaan mahu membuang air kecil atau besar kerana ia boleh mengganggu khusyuk dalam solat.

# Jangan bersolat ketika perut dalam keadaan sangat lapar apatah lagi ketika itu makanan disediakan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya "Apabila diserukan solat Isya sedang makan malam siap, dahulukan makan sebelum mengerjakan solat Isya kecuali apabila waktu solat tinggal sedikit atau hatinya mantap, tidak terpengaruh."

# Beberapa ulama salaf berkata: Empat perkara tidak patut dilakukan dalam solat iaitu berpaling, mengusap muka, mempermainkan batu kerikil (di tempat solat) dan solat di tempat lalu lintas.

# Beberapa larangan solat yang lain ialah menyilangkan jari kedua-dua tangan, mempermainkan sendi jari tangan atau kaki sehingga mengeluarkan bunyi, menutup wajah dengan kain dan memasukkan kedua-dua tangan di antara kedua-dua paha ketika rukuk.

Doa memohon perlindungan dari kejahatan semua makhluk

'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'

# Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.

# Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

Doa ini diambil dari buku kecil Majmuk Syarif.Inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan zulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta'ala sekalian dosanya yang setahun ini. Inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ ماَ عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِي عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ ولَمْ ترضه ولم تَنْسَهُ وحَلِمْتَ عَلَيَّ بعدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِي ودَعَوتَنِي إلَى التَّوْبَةِ منه بعد جُرْآتِي على مَعْصِيَتِكَ فَإنِي استغفرك فاغفرلِي وما عَمِلْتُ فيها مِمَّا ترضاه ووَعَدْتَنِي عليه الثَّوابَ فأسئلك اللهم يا كَرِيْمُ ياذا الجلال والإكرام أن تتَقَبَّلَهُ مِنِّي ولا تَقْطَعُ رَجَاِئي مِنْكَ يا كرِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Sementara fadhilat doa awal tahun pula dinyatakan, Inilah fadhilat doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca dia ini 3 kali kemudian daripada sembahyang maghrib pada malam satu haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata Ia telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta'ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan, inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ أنت الاَبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ وعلى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وُجُودِكَ المُعَوَّلِ، وهذا عَامٌ جَدِيْدٌ قد أقبَلَ نَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فيه من الشيطانِ وأوْلِياَئِهِ وجُنُودِهِ، والعَوْنَ على هذه النَّفْسِ الأمارة بالسوءِ، والاشتِغاَلَ بما يُقَرِّبُنِي إلَيكَ زُلْفَى ياذا الجلالِ والإكرامِ يا ارحمَ الراحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Syeikh al-Imam Jamaluddin al-Qasimi berkata doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal dari Nabi s.a.w. tidak juga berasal dari para sahabat, tabiin dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhuat (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan "berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini" merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.

tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri'tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai.

(Sumber: http://abusyuaib.blogspot.com/)

Wednesday, November 4, 2009

Penting Untuk Sahabat2 j-QAF

Surat ditandatangani ibu bapa bukti sekolah tidak bertanggungjawab

IPOH: Surat kebenaran yang ditandatangani ibu bapa adalah bukti kukuh menyatakan pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini ke atas anak mereka sepanjang menyertai program yang dijalankan sekolah.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Muhammat Roli Hassan, berkata sekolah akan menyediakan satu surat kebenaran ibu bapa jika menghendaki pelajar menghadiri mana-mana program atau aktiviti yang dijalankan di dalam atau luar sekolah.

"Surat berkenaan adalah prosedur biasa dan peraturan yang diwajibkan di setiap sekolah sama ada rendah atau menengah di seluruh negara.

"Kandungan atau syarat yang dikenakan dalam surat kebenaran itu juga mengikut piawaian ditetapkan dan diguna pakai secara menyeluruh. Kandungannya tidak boleh diubah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kem Membaca 1Malaysia peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Rapat Setia, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pelbagai pihak terutama ibu bapa yang mencadangkan kandungan surat kebenaran diubah supaya memberi lebih kebaikan kepada semua pihak.

Ia susulan tragedi jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, dekat sini, 26 Oktober lalu, yang mengakibatkan tiga murid terkorban.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, 30 hingga 50 murid dan seorang guru pengiring yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia terjatuh ke dalam Sungai Kampar selepas jambatan gantung yang digunakan mereka runtuh secara tiba-tiba.

Justeru, pelbagai pihak terutama ibu bapa mendakwa ada di kalangan anak mereka menghadiri perkhemahan itu tanpa kebenaran.

Mereka juga mendakwa, kandungan surat itu menyatakan sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kejadian tidak diingini jika berlaku terhadap pelajar sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa untuk memberi kebenaran.

Muhammat Roli berkata, kebenaran itu bergantung kepada ibu bapa untuk meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap sekolah dan guru bagi mengawasi keselamatan murid sepanjang mengikuti program yang dijalankan.

"Bagaimanapun, mengikut peraturannya, kita tidak akan membenarkan murid atau pelajar menyertai mana-mana program jika tidak mendapat kebenaran keluarga.

"Setakat ini, sebarang aktiviti atau program yang dijalankan sekolah dan guru memang mengikut peraturan serta garis panduan ditetapkan," katanya.

Berita Harian Online: 4 November 2009

Penggal Persekolahan Tahun 2010

KENYATAAN AKHBAR
MENGENAI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

Oleh
Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM,
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Setelah mendapat persetujuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.

Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah sebanyak 210 hari manakala jumlah cuti penggal adalah 78 hari. Jumlah hari persekolahan sebanyak 210 hari itu memberi ruang kepada semua sekolah untuk menikmati 4 hari Cuti Peristiwa dengan sepenuhnya. Keseimbangan minggu persekolahan dan cuti bagi Penggal 1 dan Penggal 2 adalah seperti berikut:

KUMPULAN A
Sekolah-Sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

HARI PERSEKOLAHAN

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

HARI PERSEKOLAHAN

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

03.01.2010

hingga

11.03.2010

12.03.2010

hingga

20.03.2010

21.03.2010

hingga

03.06.2010

04.06.2010

hingga

19.06.2010

50 Hari

9 Hari

55 Hari

16 Hari

HARI PERSEKOLAHAN

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

HARI PERSEKOLAHAN

CUTI AKHIR

TAHUN

20.06.2010

hingga

02.09.2010

03.09.2010

hingga

11.09.2010

12.09.2010

hingga

18.11.2010

19.11.2010

hingga

01.01.2011

55 Hari

9 Hari

50 Hari

44 Hari


KUMPULAN B
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang,Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,Pahang,Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

HARI PERSEKOLAHAN

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

HARI PERSEKOLAHAN

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

04.01.2010

hingga

14.03.2010

13.03.2010

hingga

21.03.2010

22.03.2010

hingga

04.06.2010

05.06.2010

hingga

20.06.2010

50 Hari

9 Hari

55 Hari

16 Hari


HARI PERSEKOLAHAN

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

HARI PERSEKOLAHAN

CUTI AKHIR

TAHUN

21.06.2010

hingga

03.09.2010

04.09.2010

hingga

12.09.2010

13.09.2010

hingga

19.11.2010

20.11.2010

hingga

02.01.2011

55 Hari

9 Hari

50 Hari

44 Hari


Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210 hari
Jumlah Hari Cuti Penggal : 78 hari