Tuesday, November 27, 2012

Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon 1 2012 Pasir Salak



Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon 1 2012 merupakan program yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini merupakan satu usaha murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengumpulkan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan guru-guru j-QAF Pendidikan Khas 2012 .

Terdapat 104 murid dan 36 orang guru pengiring dari 40 buah sekolah  diiringi oleh 20 orang Fasilitator Induk menyertai Kem Bestari Solat Zon 1 kali ini. Zon 1 merangkumi 6 buah negeri iaitu Perak,Kedah,Pulau Pinang,Perlis,Selangor dan Kuala Lumpur.Murid-murid yang terpilih adalah murid-murid yang pandai mengurus diri.

Program yang bermula pada Hari Khamis 01 November 2012 dan berakhir pada Hari Ahad 04 November 2012 ini telah berlangsung di  Pasir Salak Resort ,Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.



KEM BESTARI SOLAT PENDIDIKAN KHAS

PASIR SALAK RESORT, PERAK
(1 – 4 NOVEMBER 2012)



BIL.
KATEGORI
NAMA

1.
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK LELAKI
MUHAMMAD IQBAL B. NORAZMAN

2.
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PEREMPUAN
NUR SHAFA NASUHA BT RIZALUDDIN SHAH

3.
ANUGERAH  AKTIVITI LUAR TERBAIK
(JEJAK ANAK SOLEH)
KUMPULAN 3


4.

ANUGERAH LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) TERBAIK

KUMPULAN 13

5.
ANUGERAH KUMPULAN TERBAIK
KUMPULAN 5

Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas Kebangsaan Zon 2 2012 Cherating Pahang



Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon 2 2012 merupakan program yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini merupakan satu usaha murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengumpulkan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan guru-guru j-QAF Pendidikan Khas 2012 .

Terdapat 154 murid dan 77 orang guru pengiring dari 77 buah sekolah  diiringi oleh 20 orang Fasilitator Induk menyertai Kem Bestari Solat Zon 2 kali ini. Zon 2 merangkumi 6 buah negeri iaitu Pahang,Terengganu,Kelantan,Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.Murid-murid yang terpilih adalah murid-murid yang pandai mengurus diri.

Program yang bermula pada Hari Sabtu 20 Oktober 2012 dan berakhir pada Hari Selasa 23 Oktober 2012 ini telah berlangsung di  Sanctuary Cherating  Resort ,Mukim Sungai Karang, Cherating, Kuantan,Pahang Darul Makmur.

Kem Bestari Solat ini lebih memberi perhatian terhadap teori dan amali bagi perbuatan wuduk dan solat. Peserta dibahagikan kepada 20 kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh 2 dan 3  orang fasilitator.

Sepanjang Kem Bestari Solat dijalankan, peserta –peserta telah  mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan antaranya ialah LDK 1 hingga LDK 9 yang diselangseli dengan aktiviti pengukuhan bagi menguji tahap kefahaman murid berkenaan cara berwuduk dan perbuatan solat yang betul. Peserta juga dibimbing dengan mengerjakan solat berjemaah secara beramai-ramai.

Diharapkan program Kem Bestari Solat seperti ini mendapat sambutan bukan sahaja daripada guru-guru malah juga ibubapa bagi membantu murid mendapat pengalaman yang begitu bermakna untuk bekalan di dunia dan di akhirat kelak.Semoga keikhlasan dan niat murni kita mendidik insan-insan teristimewa ini mendapat rahmat dan keberkatannya dari Rabbil Izzati...Tuhan Pencipta Sekelian Makhluk.

Saturday, September 29, 2012

PETUA UNTUK MENGAWAL DARAH TINGGI


Pada zaman dahulu penyakit darah tinggi dikenali sebagai “penyakit lemah”. Pesakit biasanya dilarang makan makanan yang terlalu masin, berlemak dan daging kambing. Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut:

• Serangan jantung
• Angin ahmar
• Kegagalan jantung
• Kerosakan buah pinggang

Petua Perubatan Melayu Tradisional

Pilihan 1: Minum rebusan rumput ambin atau kelek anak. Sukatan yang digunakan untuk sekali minum ialah secekak jari manis rumput ambin, buah direbus dengan 3 cawan air. Rumput ini direbus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Air rebusan ini diminum tiap-tiap pagi dan malam.

Pilihan 2: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

Pilihan 3: Rebus beberapa helai daun pandan wangi
dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan meminum ramuan tradisional ini setiap pagi dan petang.

Pilihan 4: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus. Ia mampu menghancurkan penggumpulan darah.

Pilihan 5: Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Pilihan 6: Makan biji buah Peria.

Pilihan 7: Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

Pilihan 8: Minum air rebusan daun pokok Ati-Ati.

Pilihan 9: Amalkan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman seharian.

Pilihan 10: Minum air rebusan pokok Dukung Anak.

Pilihan 11: Belimbing buluh boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda, 2 biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.

Pilihan 12: Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah mampu merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan.

Pilihan 13: Celurkan pucuk dan bunga betik hingga masak dan makan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat berkesan untuk mengubati penyakit darah tinggi.

Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur. Jangan campurkan dengan air. Dapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan. Selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum minum atau makan, anda hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama 3 hari berturut-turut.

Pilihan 15: Makan buah Mengkudu. Ia mampu menurunkan kolesterol tinggi, menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan kadar gula dalam darah.

Petua Perubatan Moden

1.Periksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda.

2.Jangan merokok kerana narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda.

3.Kurangkan pengambilan garam. Garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.

4.Kurangkan lemak kerana lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang

5.Kekalkan berat badan unggul.

6.Bersenam secara berkala.

7.Elakkan pengambilan alkohol.


by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA