Tuesday, December 29, 2009

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


  Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi anak-anak istimewa.Tak kenal maka tak cinta,Dah kenal macam tak nak berpisah pula.



SINDROM DOWN
  • Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
  • Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
  • Mata sentiasa berair dan merah.
  • Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
  • Bentuk muka yang kecil.
  • Bahagian kepala leper.
  • Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
  • Majoriti berambut lurus dan lembut.
  • Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
  • Berbadan gembal dan rendak.
  • Badan yang agak bongkok.
  • Suka bermanja, bermain dan gembira.
  • Dapat bergaul dengan baik.
  • IQ di antara 30 hingga 80.
  • Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

SPASTIK
  • Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
  • Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
  • Tidak berupaya mengangkut badan.
  • Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
  • Tidak berupaya memegang objek.

AUTISME
  • Perlakuan yang bongkak
  • Ketawa dengan tiba-tiba
  • Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
  • Tidak mengenali bahaya.
  • Tidak merasai kesakitan.
  • Menangis dan marah tanpa sebab.
  • Permainan yang luar biasa.
  • Tidak mahu didakap.
  • Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
  • Berkelakuan seperti orang pekak.
  • Tiada perhubungan mata bila bercakap.
  • Memutar barang.
  • Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
  • Tingkahlaku aktif keterlaluan.
  • Tidak mahu terima pelajaran biasa.
  • Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
  • Takut dan cemburu berlebihan.
CACAT AKAL (RINGAN)
Adiot
o   Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.
Imbersil
o   Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
Moron
o   Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
o   Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
o   Lambat berjalan dan lambat bercakap.
Lembab
o   Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

CACAT AKAL (BERAT)
  • Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
  • Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
  • Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
  • Sukar bernafas.
  • Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
  • Selalu menangis.
  • Sukar bercakap dan memahami orang lain.
  • Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
  • Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
  • Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
  • Tidur yang berlebihan.
  • Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

HIPERAKTIF
o   Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
o   Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
  • Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
  • Tidur yang tidak tetap.
  • Terlalu kerap menangis atau ketawa.
  • Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
  • Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
  • Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.

HIPOAKTIF
o   Suka berkhayal.
  • Murang dan menyendiri.
  • Aktiviti fizikal yang pasif.
  • Tiada respond pada persekitaran.
  • Suka termenung.
  • Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
  • Menundukkan muka bila nama dipanggil.
  • Suka bermain sendirian.

PINTAR CERDAS
o   Suka mencari helah.
  • Kebolehan yang luar biasa.
  • Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
  • pergaulan dengan kanak-kanak lain.
  • Perkembangan bahasa yang lambat.
  • Perbendaharaan kata yang kemas.
  • Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
  • Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
  • Suka bergaul dengan orang yang lebih tua

Saturday, December 26, 2009

Adik Bongsu kita telah berpunya....

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..

INGAT TAK N3 saya sebelum ni.Tak lain dan tak bukan pasal Majlis Kenduri Kahwin 2 orang sahabat kita pada hari ini kan...Ingat lagi tak?Kalau ingat bagus lah.

Okay...Apa special sangat dengan diorang ni...orang lain pun kawin jugak?Mungkin itulah yang akan meniti dibibir-bibir munggil sesetengah sahabat atau blogger2 lain.

Tak der la istimewa sangat.Tapi...perlu diingat!!!Inilah perkahwinan yang berlaku selepas blog kita ni wujud.So...Perkahwinan mereka ini diblogkan sebagai kenangan abadi untuk tatapan semua.

Anda pun berminat untuk diabadikan dalam blog ini...hantarkan saja email kepada saya.Insya Allah.Saya tidak akan persiakan harapan anda.:)

Oh ya...Tadi kami berkonvoi ke kenduri kahwin Ustazah Farah.Ustaz Amir dr Kuala Kangsar turun ke Parit Buntar untuk saya ikut serta dan terus ke Butterworth mengambil Ustaz Basith.Seterusnya kami menunggu Ustaz Mat dan kuaga di Langgar.Lepas tu kami berkumpul dimasjid qaryah Ustazah Farah untuk menunggu Ustaz Anuar.

Dan selepas solat Zohor kami menyusuri onak dan duri menuju kerumah pengantin.Sama cantik sama padan bagai kan betik masak kekuningan.Sekali lagi kalungan tahniah dan ALFU MABRUK dari kami Buat pengantin baru.Ustazah Farah Najwa dan pasangan serta Ustazah Siti Mashita dan pasangan.

Alhamdulillah...

Kemalangan Maut : 10 Terkorban




IPOH: Pemandu bas  yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal hari ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera, mengaku "terlelap" sebelum kejadian.

Ketua Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat sini.

"Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata, pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Rodzi berkata, bas ekspres tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan trafik namun beliau enggan menyatakan rekod pemandu yang ditahan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, meminta kerajaan pusat mempertimbangkan agar tidak membenarkan lagi bas ekspres beroperasi pada waktu malam.
Beliau berkata sekiranya langkah itu mampu melindungi nyawa pengguna perkhidmatan berkenaan maka ia amat wajar sekali dipertimbangkan.

"Nyawa orang ramai adalah yang paling utama," katanya kepada pemberita selepas menemui dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada anggota keluarga mangsa nahas berkenaan di luar Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Sumber Berita : Bernama & http://www.bharian.com.my/

Thursday, December 24, 2009

Prestasi calon luar bandar makin baik

PUTRAJAYA: Seramai 28,188 pelajar atau 6.37 peratus daripada 442,721 calon memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, berbanding 26,378 tahun lalu.

Nilai Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan itu juga bertambah baik tahun ini iaitu 2.78 berbanding 2.83 tahun lalu, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Prestasi calon luar bandar juga semakin baik apabila 4,775 berjaya memperoleh semua A berbanding 4,345 tahun lalu, manakala 87,936 melepasi tahap minimum gred A, B, C dan D.

Nilai GPN bagi calon luar bandar juga bertambah baik daripada 3.02 tahun lalu kepada 2.97 tahun ini.

Calon bandar yang mendapat semua A juga meningkat kepada 22,901, berbanding 21,576 tahun lalu, manakala GPN bertambah baik daripada 2.72 kepada 2.68 tahun ini. Alimuddin berkata jurang perbezaan antara calon bandar dan luar bandar juga semakin rapat berdasarkan penguncupan nilai beza GPN antara kedua-dua kumpulan, iaitu 0.3 pada tahun lalu kepada 0.29 tahun ini.


"Bagaimanapun, daripada segi pencapaian semua A, jurang perbezaan pencapaian calon bandar dan luar bandar meningkat daripada 5.11 peratus kepada 5.22 peratus," katanya.

Antara 10 sekolah harian terbaik termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi, Selangor: SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu: SMK Sultan Badlishah, Kulim dan SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK Derma, Kangar.

Sekolah Berasrama Penuh terbaik pula ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan SM Imtiaz, Kuala Berang; Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu, muncul sekolah menengah agama terbaik.

PMR tahun ini juga menyaksikan kumpulan pertama 156 calon mengambil subjek Pendidikan Kesenian di dua sekolah iaitu Sekolah Seni Johor Baharu (SSeJB) dan SSe Kuching. Subjek kesenian yang diambil ialah Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual.

Bidang teater menunjukkan pencapaian tertinggi apabila 35 calon atau 22.4 peratus mendapat peringkat tertinggi Band 4.

"Seramai 12 calon SSe pencapaian cemerlang dalam akademik dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran teras," katanya.

Selain itu, tujuh pelajar istimewa disenaraikan calon terbaik iaitu empat mendapat 7A, dua 8A dan seorang 9A.

Alimuddin juga berkata, ada peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam jumlah pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik, manakala bagi mata pelajaran Sains daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.

Bagaimanapun, katanya, berlaku penurunan tidak ketara kepada prestasi mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI).

"Peratus berbanding tahun lalu untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 kepada 25.6 tahun ini dan BI daripada 16.4 peratus kepada 16.1," katanya.

Berita Harian Online: 25 Disember 2009

Kaji pendidikan khas anak istimewa

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) kini sedang sibuk dengan transformasi pendidikan dengan berusaha untuk mengurangkan mata pelajaran di sekolah rendah. Usaha KPM itu adalah tindakan yang amat baik yang selama ini ditunggu-tunggu oleh ibu bapa.

Tidak timbul lagi masalah anak-anak kecil berada di Tahun Satu merengek mengheret beg pergi dan balik dari sekolah.Transformasi pendidikan ini melibatkan juga anak-anak yang berada di sekolah-sekolah dan program percantuman pendidikan khas. Apa yang berlaku sekarang, transformasi pendidikan tidak berlaku dalam sistem pendidikan khas, khususnya di kalangan anak-anak bermasalah pembelajaran.

Cuba bayangkan anak-anak istimewa kita terpaksa mengharungi lebih daripada 15 mata pelajaran dalam seminggu berbanding dengan mata pelajaran yang diajar kepada anak-anak di aliran perdana.

Anak-anak di sekolah kebangsaan hanya belajar 11 mata pelajaran, sebaliknya anak-anak berkeperluan khas belajar sebanyak 15 mata pelajaran. Mata pelajaran yang diikuti oleh anak-anak berkeperluan khas meliputi Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku, Kemahiran Manipulatif, Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup Pertanian, Mencuci Kereta, Masakan, Mendobi dan Pertukangan.

Berdasarkan sukatan yang telah digubal, semua murid berkeperluan khas perlu mengikuti semua mata pelajaran. Bila masa anak-anak khas dapat menguasai kemahiran sekiranya terlalu banyak mata pelajaran yang hendak disampaikan. Sebab itulah kita dapati anak-anak bermasalah pembelajaran tiada peningkatan daripada aspek proses pengajaran dan pembelajaran.

Kita harus ingat bahawa anak-anak bermasalah pembelajaran adalah anak-anak yang terdiri daripada pelbagai kategori kecacatan yang dilonggokkan dalam satu kelas. Setiap individu anak-anak bermasalah pembelajaran memerlukan didikan yang selaras dengan kecacatan yang dihadapi.

Keperluan anak-anak ‘sindrom down’ adalah berbeza dengan keperluan anak-anak hiperaktif dan anak-anak lembam.


Sejauh manakah kurikulum untuk anak-anak bermasalah pembelajaran yang ada mampu memberi pendidikan kepada anak-anak bermasalah pembelajaran di sekolah-sekolah masih diragui.

Selaras dengan transformasi pendidikan, semua pihak yang terlibat dengan pendidikan untuk golongan bermasalah pembelajaran harus peka terhadap keperluan individu mereka.

Sistem melonggokkan pelbagai kategori kecacatan dalam satu kelas seharusnya dikaji semula. Begitu juga dengan kurikulum yang hendak disampaikan kepada mereka agar matlamat pendidikan khas itu tercapai, bukan sekadar membina kurikulum yang berlambak tapi tidak mendatangkan menafaat kepada anak-anak kita yang berkeperluan khas.

Utusan Malaysia Online: 24 Disember 2009

Wednesday, December 23, 2009

Tutuplah AuratMu




pantun tentang aurat (Ana amik sedikit bahan dariapda seorg shbt utk kita renungi bersama)
http://www.muhammadhazriq.blogspot.com/

Berpakaianlah Kamu sebagaimana Gambar di atas ini..inilah sebaik-baik wanita Islam
bagi yang terkena jangan marah atau kecil hati..ampun maaf dipinta.


Baju nipis nampak bayang, Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang
Baju ketat seluar sendat


Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat
Tudung jarang baju nipis


Pakai sikit boleh nampak ‘garis’Mata orang terbeliak,
kita membengis Bila kena kutuk,
kenapa menangis Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung

Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama Tak suruh berbungkus macam pocong Apa rasanya,
Kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah

Lain kalau peha gebu atau ternampak
Lurah Mata yang memandang boleh keluar
Darah Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah

Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung

Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung

Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan


Selalunya nafsu masih dikuasai
Syaitan Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
Asal menutup aurat itu tuntutan Kalau dianggap susah,
Tu sebab bosan Yang ye nya hati tak berkenan


Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat






Kod Etika Blogger

1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.

2. Tidak memplagiat hasil tulisan.

3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.

5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.

6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.

7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.

8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.

9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.

Sumber kod etika : Utusan Malaysia Online

Sunday, December 20, 2009

Saturday, December 19, 2009

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri
Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.

3. Menahan marah
Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda

4. Menunjukkan orang sesat
Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.

6. Bersedekah
Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi sunat
Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan.
Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa
Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Perodua Alza


Perodua Alza

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
irwan@majalahkereta.com.my
Menjadi MPV pertama daripada Perodua, mampukah Alza meneruskan kejayaan model Myvi dan Viva?


AWAL tahun ini, saya berkesempatan ke Jepun membuat liputan Tokyo Auto Salon 2009. Bagi sebuah negara yang memiliki industri automotif terbesar dunia, pengeluar kereta daripada pelbagai segmen, model baru yang hampir saban minggu memasuki pasaran, Jepun memiliki landskap automotif yang unik.

Saya percaya, jika anda sekadar rakyat biasa, adalah mustahil untuk megenali setiap model yang terdapat di Jepun. Daripada model K-Car yang banyak macam basikal, MPV ibarat Yamaha LC dengan bermacam-macam varian.

Pameran Tokyo Auto Salon itu juga menjadi tumpuan penala (tuner) aftermarket untuk mempersembahkan produk yang bakal memasuki pasaran. Saya tidak akan bercerita mengenai industri aftermarket di sana, cuma saya tertarik di satu sudut tapak pameran terdapat beberapa buah model Passo Sette talaan khas, Modellista dan Admiration.

MPV Perodua

Ketika itu juga, Malaysia sedang hangat dengan desas-desus bahawa Perodua bakal memperkenalkan MPV pada 2009. Secara jujurnya, saya tidak langsung menjangka bahawa Perodua akan mengambil Passo Sette/Boon Luminas sebagai asas kerana logiknya, Daihatsu Luxio ialah calon paling sesuai.

Daihatsu Luxio ialah projek luar Jepun yang berjaya, sama seperti Gran Max yang amat popular di Indonesia. Ia seperti masyhurnya dengan Toyota Lite Ace. Cuma vanmini itu lebih kecil. Namun jika melihat kepada poliferasi dan strategi Toyota-Daihatsu di Asia dan Malaysia khususnya, model Luxio adalah yang paling hampir sifatnya. Lihat sahaja segmentasi mini dan midi MPV yang dikuasai Avanza dan Innova. Tiada Estima, Ipsum atau Isis sekalipun.

Apabila khabar angin tentang Perodua MPV D46T bertiup kencang, gambar spyshot mula kelihatan di laman web, saya kembali mencari dalam cakera keras gambar yang dirakam. Ya. Ia kereta yang sama disaksikan awal tahun ini. Passo Sette dan Boon Luminas yang telah pun saya tulis dalam artikel dua bulan yang lalu. Perodua secara rasminya telah melancarkan Alza, model MPV 'tempatan' kedua selepas Proton Exora.
Ia dijual pada harga bermula RM56,000 hingga RM64,000 untuk varian standard dan premium. Sama dengan strategi sebelum ini, Perodua turut menawarkan varian advance pada harga RM67,000 hingga RM70,000. Ia merupakan versi pakej penuh bersama badan, sistem navigasi GPS dengan kamera undur, tinted dan tempat duduk kulit.

Terlalu banyak pilihan
Perodua memang bijak mencari peluang. Kini ia menguasai pasaran kenderaan penumpang menerusi hanya dua model, Myvi dan Viva. Mungkin pelik, tetapi itulah ajaibnya tentang Perodua, mereka berjaya mengisi kekosongan dengan hanya dua model yang menguasai senarai jualan setiap bulan.

Jika mengambil kira persaingan terus Perodua dengan Proton, jualan Myvi dan Viva setiap bulan sentiasa mendahului angka jualan gabungan model Saga, Persona, Exora, Waja dan Satria Neo.


Friday, December 18, 2009

Selamat Pengantin Baru...








Assalamualaikum...

Alhamdulillah.Bulan ini nampaknya 2 orang ustazah kita bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 26 Disember 2009.Siapakah mereka ?

1) Ustazah Siti Nor Masita Bt Ahmad dari Sk Jelai 1 ( F ), Gemas Negeri Sembilan( j-QAF Q1.3 )
- Orangnya pendiam tetapi senang mengeluarkan pendapat.Tak banyak karenah.Ustazah Cool.

2)Ustazah Farah Najwa Bt Ishak, Sk Pendang, 06700 Pendang Kedah   ( j-QAF Q1.1 )
- Inilah adik bongsu kami.Ceria, bekerjasama dan tidak menyusahkan.

Hmmnnhhh...Tengok...Diorang dah kawin...Ustazah n Ustaz yang solo tu...Bila ek...?Insya Allah saya doakan dalam masa terdekat.

Ok lah...Apa-apahal pun.Selamat Pengantin Baru.Semoga Bahagia Selalu dan berkekalan hingga ke anak cucu.Alfu Mabruk.

P/S :

1) Jangan lupa kita sama-sama meriahkan Majlis Raja Sehari dua orang Sahabat kita ni.
2) Kalau nak berkonvoi lagi bagus.Berhati-hati di jalan raya.Jumpa di sanaaaa...

Bahan Bantu Mengajar









Assalamualaikum ...

Disini saya lampirkan bahan bantu mengajar.Anda boleh link blog ni untuk rujukan Subjek Pengurusan Sumber .Insya Allah...Sekiranya berkelapangan,saya akan uploadkan lagi BBM atau ABM untuk rujukan.

Sekiranya anda inginkan BBM untuk praktikum,sila emailkan kepada saya :

iainstsjambi@yahoo.com.my

Insya Allah saya akan attach dalam email anda.Setakat ni bahan-bahan yang terkumpul cukup untuk kita berpraktikum nanti.

P/S :

1) Tolong Hantar Tugasan Pengurusan Sumber  sebelum 31 Disember 2009
2) Tolong Hantar Tugasan SDP(individu & Berkumpulan) sebelum 31 Disember 2009
3) Siapkan GERKO 3 sblm bulan March(3).
4) Markah terakhir akan di key in pada bulan 5.Sila hantar semua tugasan yang tertunggak(sekiranya ada)sebelum masa yang ditetapkan.Harap Maklum.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Awal Muharam 1431 H



Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.

Wednesday, December 16, 2009

Inilah doa akhir tahun & doa awal tahun

Assalamualaikum w.b.t

Sedar tidak sedar....1430H telah hampir melabuhkan tirainya.Apakah kita juga akan mengikutinya...? Wallahu a'lam.Yang pasti...kita yang masih diberi nikmat kehidupan ini meneruskan fitrah kejadian kita untuk beribadah kepada ALLAH swt.

Buat sahabat-sahabat semua...Jom kita sama-sama membaca doa akhir tahun dan juga doa awal tahun.Bagaimana caranya...?Dibawah ini diterangkan sedikit penerangan untuk kita sama-sama melakukannya.Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran yang sewajarnya.

Inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan zulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta'ala sekalian dosanya yang setahun ini. Inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ ماَ عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِي عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ ولَمْ ترضه ولم تَنْسَهُ وحَلِمْتَ عَلَيَّ بعدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِي ودَعَوتَنِي إلَى التَّوْبَةِ منه بعد جُرْآتِي على مَعْصِيَتِكَ فَإنِي استغفرك فاغفرلِي وما عَمِلْتُ فيها مِمَّا ترضاه ووَعَدْتَنِي عليه الثَّوابَ فأسئلك اللهم يا كَرِيْمُ ياذا الجلال والإكرام أن تتَقَبَّلَهُ مِنِّي ولا تَقْطَعُ رَجَاِئي مِنْكَ يا كرِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Sementara fadhilat doa awal tahun pula dinyatakan, Inilah fadhilat doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca dia ini 3 kali kemudian daripada sembahyang maghrib pada malam satu haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata Ia telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta'ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan, inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ أنت الاَبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ وعلى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وُجُودِكَ المُعَوَّلِ، وهذا عَامٌ جَدِيْدٌ قد أقبَلَ نَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فيه من الشيطانِ وأوْلِياَئِهِ وجُنُودِهِ، والعَوْنَ على هذه النَّفْسِ الأمارة بالسوءِ، والاشتِغاَلَ بما يُقَرِّبُنِي إلَيكَ زُلْفَى ياذا الجلالِ والإكرامِ يا ارحمَ الراحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Buku teks baru

Oleh Norliza Abdullah
lizz@bharian.com.my

BAHAGIAN Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran mencetak 4.8 juta naskhah buku membabitkan 567 judul bernilai RM118 juta untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah bagi sesi persekolahan baru tahun depan.

Pengarahnya, Mohd Adenan Deraman, berkata daripada jumlah itu, 523 judul untuk cetakan semula, manakala 44 lagi baru merangkumi semua kelas daripada Tahun Satu hingga Tingkatan Lima.

Mulai tahun ini juga, beliau berkata, pihaknya menguruskan penerbitan buku teks Sijil Tinggi Agama Malaysia serta Antologi Komponen Sastera Inggeris dan Melayu dengan nilai keseluruhan RM37 juta.

Katanya, jumlah cetakan itu merangkumi pesanan bagi menampung sekolah yang tersilap dan tercicir dalam membuat pesanan serta permintaan tambahan berikutan pembukaan sekolah baru bernilai RM776,365.

“Semua bekalan buku berkenaan sudah diagih-agihkan pengedar berdasarkan enam zon seluruh negara.

“Pengedaran bermula Oktober lalu dan ada sekolah sudah memberi buku berkenaan kepada pelajar Tingkatan Dua yang akan memasuki Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat yang akan belajar di Tingkatan Lima,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

Untuk peringkat pertama pengedaran, Mohd Adenan berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada sekolah kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah dan Sarawak.

Sambil menjelaskan buku berkenaan diedar sebaik saja siap dicetak, beliau berkata, peringkat kedua pengedaran pula membabitkan sekolah luar bandar dan pedalaman semenanjung dan seterusnya bandar dan kawasan mudah diakses.

“Bagi memastikan proses pengedaran berjalan lancar, pegawai Skim Pinjaman Buku Teks di setiap pejabat pelajaran daerah (PPD) sentiasa membuat pemantauan.

“Selain itu, perjumpaan dan perbincangan dengan penerbit diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan operasi berjalan lancar dan bekalan sampai mengikut jadual,” katanya.

Mengulas proses pengagihan bekalan, Mohd Adenan berkata, bagi buku cetakan semula, pesanan dibuat sekolah menggunakan aplikasi dalam talian atau BTBT online.

Berdasarkan pesanan, katanya, BBT akan mengeluarkan waran peruntukan untuk setiap jabatan pelajaran negeri (JPN).

Beliau berkata, PPD pula akan membuat semakan awal terhadap setiap pesanan berkenaan dan seterusnya JPN memesan terus daripada pembekal dan penerbit.

Buku teks berkenaan katanya, akan terus dihantar kepada pembekal atau ejen yang dilantik penerbit ke sekolah yang membuat pesanan.

Berita Harian Online: 14 Disember 2009

Guru Sarjana dan Phd perlu insentif

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Dr. Mujahid Yusuf Rawa (PAS-Parit Buntar) mencadangkan agar kerajaan memberikan insentif kenaikan gaji kepada guru-guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) sebagai dorongan kepada guru-guru lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Mujahid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat pagi tadi memberitahu, kebanyakan guru berkelulusan Sarjana dan Phd yang ditemui menyuarakan kekecewaan kerana tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka di sekolah.

"Saya cadangkan guru-guru yang ada Sarjana dan Phd diberi anjakan gaji oleh kerajaan sebagai dorongan kepada mereka.

"Kalau tidak ada sebarang keistimewaan, bagaimana mereka hendak mendapat dorongan untuk menyambung pengajian," soalnya.

Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah.

Ini katanya sebagai motivasi kepada guru-guru untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat tertingggi.

Sebelum itu Mujahid meminta Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan bilangan guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Malaysia.

Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk memberi keistimewaan kenaikan pangkat atau anjakan gaji kepada guru yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Timbalan Menteri, Datuk Dr. Wee Kaa Siong (BN-Ayer Hitam) dalam jawapannya memberitahu, dalam kalangan guru yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd, pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka dapat dimanfaatkan melalui perkongsian ilmu dengan guru-guru lain di sekolah.

Kementerian juga menyediakan peluang atau ruang yang luas kepada pegawai-pegawai ini melalui urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang an Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi.

Kementerian juga memberi keutamaan kepada pemegang ijazah Sarjana dan Phd untuk mengisi jawatan sebagai pensyarah di institusi berkenaan.

Sementara itu, Datuk Ismail Mutalib (BN-Maran) berkata, guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat.

Beliau turut meminta agar Kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Harakah Daily: 15 Disember 2009

Monday, December 14, 2009

Budak 12 tahun jadi mahasiswa


WREXHAM - Seorang murid, Cameron Thompson yang berumur 12 tahun diterima menjadi mahasiswa jurusan matematik di Universiti Terbuka di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki itu diterima untuk kursus ijazah sarjana muda sains dengan kepujian dan dia dijangka menamatkan pengajian semasa berusia 16 tahun.

Walaupun sudah bergelar mahasiswa, Cameron masih menuntut di sekolah Maelor bersama murid lain tetapi dia belajar pada waktu petang untuk kursus ijazah itu.

Ibu bapa kanak-kanak genius itu, Roderick, 35, dan Alison, 32, menyatakan mereka mula mengetahui kebolehan luar biasa Cameron dalam mata pelajaran Matematik semasa dia berusia empat tahun.

Kanak-kanak itu diterima melanjutkan pengajian di universiti selepas dia lulus cemerlang dalam ujian di peringkat menengah dalam mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan.

Di sebalik kecemerlangannya dalam bidang matematik, dia didapati menghidap sindrom Asperger Syndrome yang menyebabkannya sukar untuk bergaul.

"Penyakit itu menyebabkan anak kami agak sukar bergaul tetapi pihak sekolah dan rakan-rakannya banyak membantu," kata Roderick.

"Dia kini berada dalam tahun dua di universiti itu," tambahnya. - Agensi

Keresahan mampu membunuh


KAJIAN yang dijalankan di Universiti Purdue, Indiana, Amerika Syarikat terhadap 1,600 lelaki selama 12 tahun mendapati bahawa separuh daripada mereka yang menunjukkan peningkatan tahap keresahan meninggal dunia dalam tempoh ujian. Hanya 20 peratus yang optimis telah mati sebelum tempoh ujian tersebut berakhir.

Keresahan jugalah yang menyebabkan 34 peratus lelaki meninggal dunia akibat beberapa jenis barah. Pakar psikologi, Daniel Mroczek yang mengetuai kajian itu memberitahu, golongan berisiko ini mempunyai ciri keresahan melampau hinggakan mereka tidak selesa dengan semua perkara dalam kehidupan.

ESKTRA: Menurut pengarang buku 10 Cara Mudah penyelesaian kepada tekanan, Claire Wheeler, semakin banyak masa dihabiskan memikirkan mengenai waktu yang sedang berlaku, seseorang itu akan menjadi lebih tenang kerana mental lebih bersedia menerima sesuatu yang sedang berlaku berbanding perkara yang tidak boleh diramalkan pada masa depan.

Kedudukan Huruf Hijaiyyah Di Badan



الطب بالحروف الهجائية
Dalam banyak jenis dan versi perubatan di alam melayu ini ada satu teknik melalui terapi 30 huruf hijaiyyah (huruf arab). Ianya masih tergolong dalam kelompok perubatan al-hikmah, iaitu melalui hikmah dan fadhilat yang terkandung pada huruf-huruf tersebut. Selain kedudukan yang disiarkan ini saya juga berjumpa dengan kedudukan huruf yang sedikit berbeza. Setiap guru mempunyai kedudukan huruf yang berbeza tertakluk kepada ilmu yang mereka warisi. Wallahu a'lam.
ا = kening tengah
ب = kening kanan
ت = kening kiri
ث = leher, versi lain di dahi
ج = dada, versi lain di ubun-ubun
ح = paha kanan, versi lain di bahu kanan
خ = paha kiri, versi lain di bahu kiri
د = betis kanan, versi lain di kaki kanan
ذ = betis kiri, versi lain di kaki kiri
ر = rusuk kanan, versi lain di siku kanan
ز = rusuk kiri, versi lain di siku kiri
س = susu kiri, versi lain di susu kanan
ش = susu kanan, versi lain di susu kiri
ص = telinga kanan
ض = telinga kiri
ط = mata kanan
ظ = mata kiri
ع = lengan kanan
غ = lengan kiri
ف = punggung kanan
ق = punggung kiri
ك = bahu kanan, versi lain di belikat kanan
ل = bahu kiri, versi lain di belikat kiri
م = pusat, versi lain di otak
ن = otak, versi lain di mulut
و = limpa, versi lain di perut
هـ = hati, versi lain di hidung
لا = jantung, versi lain di dada
ء = zakar, versi lain di sulbi
ي = roh, versi lain di jantung


Malah ada juga menjadikan Sifat 20 sebagai sendi dalam perubatan.




وجود = otak
قدم = muka
بقاء = leher
مخالفته للحوادث = perut
قيامه بنفسه = kemaluan
وحدانية = dubur
قدرة = kaki kanan
إرادة = kaki kiri
علم = tangan kanan
حياة = tangan kiri
كونه قادرا = bahu kanan
كونه مريدا = bahu kiri
سمع = telinga kanan
كونه سميعا = telinga kiri
بصر = mata kanan
كونه بصيرا = mata kiri
كونه عالما = dada
كونه حيا = belakang
كلام = lidah
كونه متكلما = hidung

Sumber : http://www.antalhaq.blogspot.com

Saintis bingung cahaya misteri


TROMSO, Norway - Benda apakah berwarna biru, putih berlingkar dan muncul tiba-tiba di langit di sini, utara Norway kelmarin?

Menurut sebuah akhbar semalam, jika anda ada jawapan, catatkannya pada sekeping poskad dan hantar kepada rakyat Norway, di mana cahaya misteri itu muncul dan mengelirukan penduduknya kelmarin.

Susulan fenomena itu, Institut Meteorologi Norway dihujani ribuan panggilan telefon berhubung kemunculan lingkaran cahaya di langit di sini pukul 8.45 pagi waktu tempatan.

Cahaya itu menyerupai jalur lingkaran ubat nyamuk yang mengelilingi sebuah objek terang selama beberapa minit.

Menurut sebuah akhbar, cahaya itu kemudian 'meletup' menjadi lingkaran api putih menyebabkan ramai peminat objek terbang tidak dikenali (UFO) di seluruh dunia menganggap fenomena selama 12 minit itu sebagai detik berlakunya hubungan pertama antara makhluk asing dengan penduduk bumi.

"Ia menyerupai sebuah roket yang berputar-putar dan naik ke atas sebelum hilang," kata seorang saksi dari utara Norway, Totto Eriksen.

Ketua Saintis Pusat Angkasa Lepas Norway, Erik Tandberg memberitahu, beberapa pakar percaya ia mungkin ujian peluru berpandu.

Pentadbiran Rusia bagaimanapun menafikan ia mengadakan sebarang ujian peluru berpandu itu.

Akhbar Kommersant melaporkan semalam bahawa ujian peluru berpandu nuklear Rusia dibuat menjelang subuh kelmarin iaitu pada waktu sama dengan lingkaran cahaya itu muncul.

Namun, ujian peluru itu yang dilancarkan dari sebuah kapal selam itu mengalami kegagalan di peringkat ketiga di ruang udara menyebabkan pakar analisis pertahanan Rusia, Pavel Felgenhauer mengaitkannya sebagai punca cahaya tersebut muncul.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

Saturday, December 12, 2009

Fungsi Otak Manusia



1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan meng ganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan meng ganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Friday, December 11, 2009

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir



1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

Amalan Untuk Mudah Melahirkan Anak

1. Membaca surah al-Ikhlas 15x.

2. Kemudian berdoa:

بسم الله الرحمن الرحيم

حَناَ وَلَدَتْ مَرْيَمَ


Hana melahirkan Maryam,


وَمَرْيَمُ وَلَدَتْ عِيْسَى


Sedangkan Maryam melahirkan Isa,


أُخْرُجْ أَيُّهاَ الْمَوْلُوْدُ بِقُدْرَةِ الْمَلِكِ الْمَعْبُوْدُ


Keluarlah wahai bayi dalam kandungan dengan kuasa Pemilik Sekalian Hamba (Allah).


3. Dibaca pada air lalu ditipu dan dibuat minum, dicampur pada air beras untuk dimakan dan diusapkan sedikit air tadi ke perut ibu yang mengandung.


Sumber :

http://antalhaq.blogspot.com/2007/06/amalan-untuk-mudah-kelahiran_01.

Taqwim Persekolahan 2010

Skuad bola sepak ke separuh akhir

Malaysia tewaskan Thailand 2-1, layak ke separuh akhir

VIENTIANE – Malaysia melakar kejutan terbesar apabila membenam juara bertahan, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan A untuk melangkah ke separuh akhir, semalam.

Ahmad Fakri Saarani menjadi pemusnah juara lapan kali berturut-turut Sukan SEA mulai 1983, Thailand apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan babak kedua apabila mudah menolak masuk bola hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha.

Thailand, yang tidak pernah gagal ke separuh akhir Sukan SEA sejak 36 tahun lalu, iaitu mulai Sukan SEA 1963, hampir menafikan hajat Malaysia apabila mendahului menerusi sepakan bebas Arthit Sunthorphit pada minit ke-52.

Namun, Mohd. Nasriq Baharom berjaya mengimbangi kedudukan dengan gol penyamaan pada minit ke-80.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia muncul naib juara Kumpulan A dan akan bertemu juara Kumpulan B, Laos pada perlawanan separuh akhir Isnin ini.

Juara Kumpulan A, Vietnam pula bertemu naib Juara Kumpulan B, Singapura pada satu lagi separuh akhir.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara bola sepak Sukan SEA ialah 20 tahun lalu.

Mengulas kemenangan bermakna itu, jurulatih kebangsaan K. Rajagobal berkata, dia memuji semangat para pemain yang tetap tenang walaupun beraksi di bawah tekanan setelah ketinggalan di babak kedua.

Katanya, tekanan memihak kepada Malaysia kerana perlu menang sedangkan Thailand hanya perlu seri untuk layak ke separuh akhir.

“Saya bangga dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain terutama pada babak akhir, khusnya selepas kita mendapat gol penyamaan.

“Ketika kedudukan seri 1-1, kelebihan masih memihak kepada Thailand, namun, pemain terus melakukan asakan dan akhir berjaya menjaringkan gol kemenangan.

“Apa yang kita capai hari ini berbaloi dengan kesungguhan pemain yang beraksi bermati-matian untuk memburu kemenangan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Thailand, Steve Darby, berkata, dia tiada alasan terhadap kekalahan pasukannya kerana Malaysia bermain lebih baik.

“Sepuluh minit terakhir memusnahkan kami. Setelah Malaysia mendapat gol penyamaan, mereka tidak henti-henti mengasak dan akhir memperoleh gol kemenangan.

‘‘Saya bertanggungjawab terhadap kekalahan pasukan saya,” katanya. – Utusan