Thursday, October 29, 2009

Makluman Buat Sahabat2 IPGM IK ....

Assalamualaikum....

Di bilahan hari-hari terakhir di bulan oktober ini...Tangan ku terpanggil untuk mendamba diri dihadapan skrin yang memeritkan mata kantuk ku...Entahlah...Semakin seronok tangan ini menaip kata-kata untuk tatapan sahabat semua...walhal aku baru jer sampai kat rumah.petang tadik ada Mesyuarat Guru kali ke 7.kul 5 baru abis mesyuarat.Lotih la.

Oh ya...Buat sahabat-sahabat yang diingati sekelian...Bagi yang masih belum dapat lagi jadual interaksi bln 11 n 12,boleh berhubung dengan saya atau mana-mana ketua kelas atau Pihak JAPIM terutama al-Fadhil ustaz Khairul Anuar.

Untuk makluman yang belum dapat jadual,Kelas kita akan bermula pada 23 11 2009 dan akan berakhir pada 18 12 2009.Untuk 3 hari yang pertama iaitu 23,24 dan 25 11 2009,kelas akan berlangsung sehingga pukul 10 mlm.26,27,28 dan 29 11 2009 pula cuti hari raya aidil adha.30 11 2009 pastikan anda telah berada kembali di IPGM IK untuk kuliah seterusnya.

Oh ya...sebagai peringatan juga,tolong siapkan tugasan ini :

1) GERKO 2 - pastikan ada borang kolaborasi.Kalau tak der contoh,boleh mesej kat ruang munaqasyah.nanti ana akan emailkan.sms 019-5963868.

2) PENDIDIKAN KHAS - Analisis Tugasan (Task Analysis)

3) Borang Kehadiran

4) Study Subjek IP.


Bukan memaksa anda tetapi sekadar ingatan.Kadang-kadang kita terlupa apa yang sering kita lakukan.Kita berkeluarga di bumi ini.Tanpa Ukhuwwah...hidup pasti sepi.Bye3.

Wednesday, October 28, 2009

10 Jangan yang perlu dijauhi

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Berikut perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:

1)Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2)Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita
3)Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan
4)Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5)Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan
6)Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7)Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8)Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9)Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10)Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

Kenapa kena Cium Hajarul Aswad?

Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.

Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.

“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)

Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:

“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”

Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)

Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena cukup ketara diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu Hitam atau lebih dikenali Hajarul Aswad.

Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.

Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina Umar al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”

Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.

Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali gus tempat mustajab dikabulkan doa.

Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.

Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping kepada lapan gugusan batu kecil.

Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa' pada 319 Hijrah, tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.

Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.

Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah.

Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan bebas daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang diserap tahun ke tahun.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”

Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda.

Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah, dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda melakukan tawaf.

Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.

Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya suatu tanda untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan batu hitam terbabit kepadanya.

Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam sejarah Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah, Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan semula batu terbabit di tempat asalnya.

Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara suku Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua pemimpin suku terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan tangannya sendiri.

Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula tawaf dan selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh.

Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, dengan mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu ” Ya tuhanku dia kucup (cium) aku, dia betul-betul ikhlas“

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat). Quran juga tahu siapa yang membaca dan mengucupnya. Quran juga menjadi saksi dan lawyer di hari kiamat. Begitu juga kulit dan bumi menjadi saksi bercakap di sana:

Fussilat [21] Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)

Zalzalah [4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayyidina Umar yang pergi bersama rombongan 124,000 sahabat pergi membuat haji bersamanya ” Ya Umar, jangan kamu menyusahkan orang lain dengan sebab kamu ghairah hendak mengucup hajaraul aswad.

Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain besar dosanya.

Monday, October 26, 2009

Keputusan Penuh MTQ negeri Perak 2009

Assalamualaikum W.B.T

Sebagaimana yang saya janjikan dengan anda semua tempoh hari …Hari ni saya paparkan keputusan penuh MTQ Peringkat Negeri Perak 2009 sebagaimana berikut :

ACARA

KATEGORI

JOHAN

KEDUA

KETIGA

Tilawah

BP-JUNIOR L

KERIAN

85%

PERAK TGH

75.5%

LMS

71%

BP-JUNIOR P

KINTA U

62%

PERAK TGH

59.5%

HILIR PERAK

71%

BP-SENIOR L

KERIAN

85%

PERAK TGH

75.5%

LMS

71%

BP-SENIOR P

KERIAN

85%

PERAK TGH

75.5%

LMS

71%

Azan

BP-JUNIOR L

BTG PADANG

81%

KERIAN

81%

MANJUNG

76%

BP-SENIOR L

KERIAN

83%

MANJUNG

83%

LMS

82%

Bercerita

BP-JUNIOR L

KINTA U

76.5%

KERIAN

76%

LMS

69%

BP-JUNIOR P

LMS

73%

HILIR PERAK

67%

HULU PERAK

63%

BP-SENIOR L

MANJUNG

80%

LMS

75%

PERAK TGH

64.5%

BP-SENIOR P

LMS

78%

BTG PADANG

68%

KINTA U

66%

BD-JUNIOR L

HILIR PERAK

81%

MANJUNG

57%

LMS

50%

BD-JUNIOR P

KINTA U

57%

KINTA S

56%

LMS

51%

BD-SENIOR L

HILIR PERAK

65%

KINTA U

63%

LMS

49%

BD-SENIOR P

LMS

67%

HILIR PERAK

66%

KINTA U

50%

Hafazan

BP-JUNIOR L

KERIAN

86%

KERIAN

76%

LMS

69%

BP-JUNIOR P

KERIAN

89%

HILIR PERAK

67%

HULU PERAK

63%

BP-SENIOR L

K.KANGSAR

82%

LMS

75%

PERAK TGH

64.5%

BP-SENIOR P

LMS

84%

BTG PADANG

68%

KINTA U

66%

BL-JUNIOR P

KINTA U

89%

KERIAN

83%

-

Nasyid

TERBUKA

AL-FALAH LMS

84%

AR-RAYAN

KERIAN

68%

AN-NAJAH

BTG PADANG

66%

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya menjadi johan,jadikan MTQ yang lalu sebagai kayu pengukur untuk mencipta kejayaan pada tahun-tahun mendatang.

Insya ALLAH,Negeri Perak akan mengegarkan pentas Kebangsaan nanti...Kalau ader rezeki,kita jumpa lagi di MTQ Peringkat Kebangsaan.

Sekian.


Berita Terkini dari Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t...


Sahabat-sahabat yang ana kasihi..

Bersediakah sahabat-sahabat dengan anak-anak murid yang terpilih untuk ke Kem Bestari Solat Peringkat Kebangsaan 2009?Kalau bersedia...pasti antum-antunna yang dah dapat surat makluman dari Putrajaya menyediakan keperluan yang sepatutnya.

Kem Bestari Solat Peringkat Kebangsaan 2009 yang akan diadakan pada 09-12 November 2009 akan berkampung di KEM Kijang,Kota Bharu, Kelantan.Kem ini bakal menghimpunkan lebih 50 buah sekolah diseluruh negara pastinya akan menghasilkan satu resolusi baru dalam bidang pembelajaran n pengajaran jQAF PK.

Semoga kita dapat bersua mata bertemu kata di sana nanti.Kita jumpa di sanaaaaaa...


Sebagai peringatan sahabat-sahabat semua....Sebagaimana dimaklumkan melalui surat terkini yang bernombor Rujukan : KP/BPK/CPPK/03/08/006 (4) dari Jabatan Pendidikan Khas Putrajaya...Berkenaan Rekod Pencapaian Keseluruhan Pelaksanaan Kaedah Iqra' dan Amali Solat...Marilah kita sama-sama menghantarnya dengan jayanya.Tarikh terakhir penghantaran ialah 31 Oktober 2009.Jangan tunggu tarikh terakhir untuk menghantarnya.Hantar jangan tak hantar.

Segala kerjasama dan perhatian dari sahabat-sahabat didahului dengan ucapan terima kasih.

P/s : Ambo hantar lamo Doh...Jangan Jeles...Heheheheh...

Yang suka mengganggu kamu,

Abe Jai IPGM IK.

Kawe Suko Klate...(Artikel dari http://qatrunnada14.blogspot.com)

Saya selaku anak jati Kelate berbangga kerana di lahirkan di kelate dan mendapat payung rahmat di bawah pimpinan seorang Ulama..Itulah rahmat dan berkat seorang ulama..Membangun Bersama Islam.

Di sini saya sertakan beberapa panorama Kelantan Negeri Serambi Mekah yang sempat di ambil oleh kawan saya...Jangan sangka di Kuala Lumpur aje terdapat kemudahan canggih..di kelantan juga ada...

Kelate ku...Membangun Bersama Islam Di Bawah Kepimpinan Ulama..










Sunday, October 25, 2009

Mencari Yang Halal Itu Satu Kefardhuan...

Assalamualaikum..pengumuman semua, sebenarnya, air kickapoo yang kita selalu beli dan minum itu berasal daripada SYARIKAT ARAK ! nama syarikat itu adalah Monarch Baverage. Untuk bukti lebih lanjut, layari:
http://www.monarch-beverage.com/homehtm
http://wwwkickapoojoy.com/history.html
Tolong sebar2kan kepada semua.Tolong berhenti membelinya...


Kepada sesiapa yang suka makan dodol Siam (alah yang 3 segi tu) tolong jangan makan lah, Kak M tengok sendiri macam mana dia orang buat.Dodol tu dikacau atas dapor arang, kan dapor tu rendah saja. Lepas tu dibiarkan sejuk. Ha time ni yang best ni, time nak bungkus, anjing 2, 3 ekor dok jilat dodol kat dalam kuali besar tu, member baik punya dok bungkus tak pulak dia halau anjing2 tu

Bila tengok memang nak termuntah, Jadi kalau ada orang bawa balik oleh2 dari Padang Besar/Danok ka janganlah makan, kotor same goes to asam jawa or buah keranji yang disalut gula tu - samalah proses dia tu

Nampak gayanya banyak benda yang kita dah makan ya!!!!

Jgn beli bihun jenama "EKA".Untuk umat islam jgn beli dan makan bihun jenama EKA sebab baru-baru ni ada saudara kita yang dah pi kat kilang dia dekat tasek gelugor.Kilang dia bersebelahan ngan ladang **** dan air dari LADANG TU mengalir ke kawasan kilang EKA.Lantai tempat pembungkusan bihun tu sentiasa basah dan anjing berkeliaran kat situ....pekerja dia taK NAMPAK PUN dari bangsa kita.

Saya sekadar menyampaikan sebagai umat islam...

AWAS !!! ADA DI JUAL DI 7-11

Mini Poppers Haram?

Ni ambik dari internet forum.. Aiseyman, baru ingat nak makan! Saya copy and paste benda ni dari internet. kot2 ada sesapa yang boleh mengesahkan kesahihannya di ucapkan jutaan terima kasih...
These emulsifiers are haram :-

120,141,160( A),161,252, 300,301,422, 430,431,433, 435,436,441, 470,471,472 (A,E),473,474, 475,476,477, 481,482,483, 491,494,542, 570,631,635, 920 bEUR" RENNET in the cheese is animal origin is HARAM too unless other wisestated.
For those who are aware, please let it be known to our bEUR~un-informedbEU R(tm) Muslim brothers and sisters. This what it reads?We bought this particular ingredient, which is contained in most chocolates and ice creams they have Emulsifier 471 These are pork fats and they name it such a way.

After reading, we called MUIS & checked with them. They told us that it is actually pork fats. We checked most chocolate brand and ice creams and that most of them we cannot eat. As Muslims we should not make the same mistake.Before eating any chocolate or ice creams, please read the ingredients first.

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee,Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that
has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.

JOLLY SHANDY: ARAK ALAF BARU YANG MENGELIRUKAN !!

PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGEMalah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

MINUMAN BERKARBONAT TERNAMA MENGANDUNGI BAHAN ASING

KUALA LUMPUR – Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca – Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan. Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca – Cola minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli "air makhluk asing." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran.

Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang .PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana
disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya.PPIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca – Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan.

Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman. Sokonglah produk keluaran Islam.

CARA MENGETAHUI KEK YANG MENGANDUNGI ARAK

Assalamualaikum

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalahsentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke.Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.
Sekian…Chef Farid

AYAM TESCO TAK HALAL

PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 20 FEBRUARI 2008

Produk paling laris tetapi tidak halal...
1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK ****/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

BARI-BARI ( **** + BIRI )
RENNET [ KHINZIR ]
KERATAN-KERATAN AKHBAR YANG MELAPORKAN... YANG PASTI MELOYAKAN TEKAK ANDA "...adalah tidak mustahil, seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun,...kalau dihitung ..mungkin dah termakan seekor **** secara syubhah...!!!"

"...SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI, SELAMA INI DAN SAMPAI ????: SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA...ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..."..masih lagi dok fikir ??? sampai bila nak fikir ???"...marilah bersama-sama kami,..kita sama-sama berjamaah mencari, mempromosi & mengguna produk-produk yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% Bumiputra Muslim.....demi masa depan anak bangsa kita... MELAYU & ISLAM...INSYA ALLAH".Kalau bukan anda untuk bersama kami ??? siapa lagi ??? adakah Ah Chong atau Sammy ???... renungkanlah...

Subhanallah.....Sejadah Berdiri...

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim
@kosmo.com.my

SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.


GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.


Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.

Friday, October 23, 2009

Keputusan MTQ negeri Perak 2009

Berikut ialah Keputusan MTQ negeri Perak 2009 ( Daerah Kerian SAhaja):

Hafazan BP Junior L:
Johan -Mohamad Syamil Bin Mahamud - Daerah Kerian

Hafazan BP Junior P:
Johan-Nurhidayatul Atikah Binti Nan - Daerah Kerian

Tilawah BP Junior L:
Johan-Mohamad Zarul Fikri bin Zulkifli - Daerah Kerian

Azan BP Senior L:
Johan -Mohamad Syamil Bin Mahamud - Daerah Kerian

Azan BP Junior L:
Naib Johan -Mohd Hafes Bin Naser- Daerah Kerian

Nasyid BP :
Naib Johan-Soutul Rayyan - Daerah Kerian

Bercerita BP Junior L:
Naib Johan - Mohd Hakimi Bin Azizan - Daerah Kerian

Hafazan BL Junior P:
Naib Johan- Nor Syahindah Binti Mohd Nor Sham - Daerah Kerian

Hafazan BL Senior L:
Johan- Muhd Malhoky Bin Idrus - Daerah Kerian
Menang Tanpa Bertanding

Alhamdulillah.Berakhir sudah MTQ Negeri Perak 2009.Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerna dengan limpah dan kurniaNYA,Daerah Kerian Melonjak ke tempat kedua keseluruhan berbanding tempat ke 8 tahun sebelumnya.Tahniah untuk semua pegawai dan peserta dari kontigen Daerah Kerian.Selamat pulang dan selamat berjuang duhai pahlawan dan serikandi Kerian.

Keputusan penuh akan menyusul nanti.

Tuesday, October 20, 2009

Makluman Semua..Info Terkini....

Assalamualaikum...

Ini berita yang baru saya terima daripada saudara Salman melalui Informasi dari pihak JAPIM IPGM IK.Jadual Pengkuliahan terkini sebagaimana berikut :

mula kuliah : 23-25 November 2009
cuti Aidil Adha : 26-29 November 2009
mula kuliah :30 November 2009 selama 3 Minggu

Harap Maklum.

P/s : Untuk keterangan lanjut sila hubungi Japim IPGM IK.
: Esok 21 Oktober 2009 start MTQ Perak 2009.

JOM KE SANA...MTQ PERINGKAT NEGERI PERAK 2009

ASSALAMUALAIKUM....

ADIK KAKAK , PAKCIK MAKCIK ,TUAN PUAN ,DATO' DATIN DAN SEMUA YANG BERMINAT....

JOM KITA MERIAHKAN MTQ PERINGKAT NEGERI PERAK 2009...PERGI JANGAN TAK PERGI...

ALKISAHNYA....

INGAT KE DAH TAK PERGI KE HILLCITY NI,TUP TUP PAGI TADI DAPAT SURAT SURUH KE SANA...KAMI YANG MENURUT PERINTAH LER...HEHEHE...

KAMI DATANGGG...TRANG TANG TANG...KAMI DATANGGG...TRANG TANG TANG...

DATANG KERIAN DADA BERLAPANG
HAJAT MENYAMBAR INDERA KAYANGAN
PULANG KAMI PULANG PAHLAWAN
MOGA KEJAYAAN GILANG GEMILANG

INSYA' ALAH

P/S : BUAT ADIK2 JQAF PK...BUAT YANG TERBAIK YER...

Sunday, October 18, 2009

Kebanggaan Negeri Perak dan Daerah Kerian

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG PPD KERIAN 2009

HARI : RABU
MASA : 7.30 MALAM
TARIKH : 14 OKTOBER 2009
TEMPAT : DEWAN MERDEKA,PARIT BUNTAR,PERAK.

MAJLIS GEMILANG GEMILANG YANG BERLANGSUNG INI TELAH MENOBATKAN NORSYAHINDAH BINTI MOHD NOR SHAM ( AU 24440 ) SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH GEMILANG DIATAS KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN KO-AKADEMIK BELIAU BAGI KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS ( BERMASALAH PENGLIHATAN JUNIOR).

ADIK NORSYAHINDAH BINTI MOHD NOR SHAM TELAH MENJADI JOHAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI DAN TEMPAT KEEMPAT PERINGKAT KEBANGSAAN.

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN BUAT ADIK NORSYAHINDAH BINTI MOHD NOR SHAM DAN PIHAK YANG TERLIBAT.SEMOGA KEJAYAAN INI MENJADI PERANGSANG KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN.