Tuesday, November 27, 2012

Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon 1 2012 Pasir Salak



Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon 1 2012 merupakan program yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini merupakan satu usaha murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengumpulkan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan guru-guru j-QAF Pendidikan Khas 2012 .

Terdapat 104 murid dan 36 orang guru pengiring dari 40 buah sekolah  diiringi oleh 20 orang Fasilitator Induk menyertai Kem Bestari Solat Zon 1 kali ini. Zon 1 merangkumi 6 buah negeri iaitu Perak,Kedah,Pulau Pinang,Perlis,Selangor dan Kuala Lumpur.Murid-murid yang terpilih adalah murid-murid yang pandai mengurus diri.

Program yang bermula pada Hari Khamis 01 November 2012 dan berakhir pada Hari Ahad 04 November 2012 ini telah berlangsung di  Pasir Salak Resort ,Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.



KEM BESTARI SOLAT PENDIDIKAN KHAS

PASIR SALAK RESORT, PERAK
(1 – 4 NOVEMBER 2012)



BIL.
KATEGORI
NAMA

1.
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK LELAKI
MUHAMMAD IQBAL B. NORAZMAN

2.
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PEREMPUAN
NUR SHAFA NASUHA BT RIZALUDDIN SHAH

3.
ANUGERAH  AKTIVITI LUAR TERBAIK
(JEJAK ANAK SOLEH)
KUMPULAN 3


4.

ANUGERAH LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) TERBAIK

KUMPULAN 13

5.
ANUGERAH KUMPULAN TERBAIK
KUMPULAN 5

Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas Kebangsaan Zon 2 2012 Cherating Pahang



Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon 2 2012 merupakan program yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini merupakan satu usaha murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengumpulkan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan guru-guru j-QAF Pendidikan Khas 2012 .

Terdapat 154 murid dan 77 orang guru pengiring dari 77 buah sekolah  diiringi oleh 20 orang Fasilitator Induk menyertai Kem Bestari Solat Zon 2 kali ini. Zon 2 merangkumi 6 buah negeri iaitu Pahang,Terengganu,Kelantan,Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.Murid-murid yang terpilih adalah murid-murid yang pandai mengurus diri.

Program yang bermula pada Hari Sabtu 20 Oktober 2012 dan berakhir pada Hari Selasa 23 Oktober 2012 ini telah berlangsung di  Sanctuary Cherating  Resort ,Mukim Sungai Karang, Cherating, Kuantan,Pahang Darul Makmur.

Kem Bestari Solat ini lebih memberi perhatian terhadap teori dan amali bagi perbuatan wuduk dan solat. Peserta dibahagikan kepada 20 kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh 2 dan 3  orang fasilitator.

Sepanjang Kem Bestari Solat dijalankan, peserta –peserta telah  mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan antaranya ialah LDK 1 hingga LDK 9 yang diselangseli dengan aktiviti pengukuhan bagi menguji tahap kefahaman murid berkenaan cara berwuduk dan perbuatan solat yang betul. Peserta juga dibimbing dengan mengerjakan solat berjemaah secara beramai-ramai.

Diharapkan program Kem Bestari Solat seperti ini mendapat sambutan bukan sahaja daripada guru-guru malah juga ibubapa bagi membantu murid mendapat pengalaman yang begitu bermakna untuk bekalan di dunia dan di akhirat kelak.Semoga keikhlasan dan niat murni kita mendidik insan-insan teristimewa ini mendapat rahmat dan keberkatannya dari Rabbil Izzati...Tuhan Pencipta Sekelian Makhluk.