Wednesday, December 9, 2009

Sajak : Guru oh Guru

Dedikasi buat sahabat-sahabat yang akan berpraktikum pada 18 Januari 2009 - 16 April 2009.Hayatilah sajak ini.Semoga anda dapat menjadi guru sebenar guru.

Suhaimi Shaarani
Ahad, 10 Mei 2009 22:35

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

1 comment:

  1. assalamualaikom,

    salam kenalan dari anakkhas

    website sekolah anakkhas www.anakkhas.com

    blog pribadi anakkhas http://anakkhas.blogspot.com

    blog komuniti pendidikan khas http://bloganakkhas.blogspot.com

    seronok dapat berkenalan dengan guru agama khas untuk pendidikan khas.. link blog ini telah dimasukan di himpunan blog pendidikan khas. berkunjunglah ke sana dan ustaz akan dapat berkenalan dengan ramai sahabat2 guru. semoga kita dapat melaksanakan tangguangjawab kita dengan lebih sempurna bila kita bersatu bersama...

    ReplyDelete