Saturday, August 7, 2010

Piala Malaysia : Doakan semoga menjadi milik Kelantan..


Sukar untuk meramalkan siapa yang paling layak untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia tahun ini selepas semua pasukan utama menerima undian seimbang pada majlis undian yang diadakan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya, semalam.


Bagaimanapun empat pasukan pilihan Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor FC dilihat mempunyai peluang untuk mara ke pusingan suku akhir jika dapat mengekalkan rentak terbaik mereka seperti di saingan Liga Super yang berakhir Selasa lalu.


Kelantan yang hampir menjulang Piala Malaysia pada edisi sebelum ini , berazam untuk merampasnya pada kali ini.Kesungguhan dan kemampuan Kelantan lebih membara selepas perlantikan Presiden KAFA sebagai Timbalan Presiden FAM pada Kongres FAM yang berakhir Julai lalu.Selain itu Kelantan juga mempunyai wakil bagi Naib Presiden dan 2 orang AJK Eksekutif FAM.

Keprihatinan Kerajaan Negeri juga melonjakkan lagi semangat keperwiraan The Red untuk menjulang Piala Malaysia.Gomo Kelate Gomo pasti membingitkan lagi stadium berdekatan anda.Jom bagi sokongan kepada pasukan kesayangan semua.Kelate for All.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia akan bermula pada 14 September, manakala perlawanan akhir diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Oktober.

No comments:

Post a Comment