Tuesday, November 27, 2012

Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon 1 2012 Pasir Salak



Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon 1 2012 merupakan program yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini merupakan satu usaha murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengumpulkan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan guru-guru j-QAF Pendidikan Khas 2012 .

Terdapat 104 murid dan 36 orang guru pengiring dari 40 buah sekolah  diiringi oleh 20 orang Fasilitator Induk menyertai Kem Bestari Solat Zon 1 kali ini. Zon 1 merangkumi 6 buah negeri iaitu Perak,Kedah,Pulau Pinang,Perlis,Selangor dan Kuala Lumpur.Murid-murid yang terpilih adalah murid-murid yang pandai mengurus diri.

Program yang bermula pada Hari Khamis 01 November 2012 dan berakhir pada Hari Ahad 04 November 2012 ini telah berlangsung di  Pasir Salak Resort ,Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.



KEM BESTARI SOLAT PENDIDIKAN KHAS

PASIR SALAK RESORT, PERAK
(1 – 4 NOVEMBER 2012)



BIL.
KATEGORI
NAMA

1.
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK LELAKI
MUHAMMAD IQBAL B. NORAZMAN

2.
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PEREMPUAN
NUR SHAFA NASUHA BT RIZALUDDIN SHAH

3.
ANUGERAH  AKTIVITI LUAR TERBAIK
(JEJAK ANAK SOLEH)
KUMPULAN 3


4.

ANUGERAH LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) TERBAIK

KUMPULAN 13

5.
ANUGERAH KUMPULAN TERBAIK
KUMPULAN 5

Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas Kebangsaan Zon 2 2012 Cherating Pahang



Kem Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon 2 2012 merupakan program yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini merupakan satu usaha murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengumpulkan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan guru-guru j-QAF Pendidikan Khas 2012 .

Terdapat 154 murid dan 77 orang guru pengiring dari 77 buah sekolah  diiringi oleh 20 orang Fasilitator Induk menyertai Kem Bestari Solat Zon 2 kali ini. Zon 2 merangkumi 6 buah negeri iaitu Pahang,Terengganu,Kelantan,Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.Murid-murid yang terpilih adalah murid-murid yang pandai mengurus diri.

Program yang bermula pada Hari Sabtu 20 Oktober 2012 dan berakhir pada Hari Selasa 23 Oktober 2012 ini telah berlangsung di  Sanctuary Cherating  Resort ,Mukim Sungai Karang, Cherating, Kuantan,Pahang Darul Makmur.

Kem Bestari Solat ini lebih memberi perhatian terhadap teori dan amali bagi perbuatan wuduk dan solat. Peserta dibahagikan kepada 20 kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh 2 dan 3  orang fasilitator.

Sepanjang Kem Bestari Solat dijalankan, peserta –peserta telah  mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan antaranya ialah LDK 1 hingga LDK 9 yang diselangseli dengan aktiviti pengukuhan bagi menguji tahap kefahaman murid berkenaan cara berwuduk dan perbuatan solat yang betul. Peserta juga dibimbing dengan mengerjakan solat berjemaah secara beramai-ramai.

Diharapkan program Kem Bestari Solat seperti ini mendapat sambutan bukan sahaja daripada guru-guru malah juga ibubapa bagi membantu murid mendapat pengalaman yang begitu bermakna untuk bekalan di dunia dan di akhirat kelak.Semoga keikhlasan dan niat murni kita mendidik insan-insan teristimewa ini mendapat rahmat dan keberkatannya dari Rabbil Izzati...Tuhan Pencipta Sekelian Makhluk.

Saturday, September 29, 2012

PETUA UNTUK MENGAWAL DARAH TINGGI


Pada zaman dahulu penyakit darah tinggi dikenali sebagai “penyakit lemah”. Pesakit biasanya dilarang makan makanan yang terlalu masin, berlemak dan daging kambing. Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut:

• Serangan jantung
• Angin ahmar
• Kegagalan jantung
• Kerosakan buah pinggang

Petua Perubatan Melayu Tradisional

Pilihan 1: Minum rebusan rumput ambin atau kelek anak. Sukatan yang digunakan untuk sekali minum ialah secekak jari manis rumput ambin, buah direbus dengan 3 cawan air. Rumput ini direbus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Air rebusan ini diminum tiap-tiap pagi dan malam.

Pilihan 2: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

Pilihan 3: Rebus beberapa helai daun pandan wangi
dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan meminum ramuan tradisional ini setiap pagi dan petang.

Pilihan 4: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus. Ia mampu menghancurkan penggumpulan darah.

Pilihan 5: Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Pilihan 6: Makan biji buah Peria.

Pilihan 7: Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

Pilihan 8: Minum air rebusan daun pokok Ati-Ati.

Pilihan 9: Amalkan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman seharian.

Pilihan 10: Minum air rebusan pokok Dukung Anak.

Pilihan 11: Belimbing buluh boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda, 2 biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.

Pilihan 12: Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah mampu merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan.

Pilihan 13: Celurkan pucuk dan bunga betik hingga masak dan makan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat berkesan untuk mengubati penyakit darah tinggi.

Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur. Jangan campurkan dengan air. Dapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan. Selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum minum atau makan, anda hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama 3 hari berturut-turut.

Pilihan 15: Makan buah Mengkudu. Ia mampu menurunkan kolesterol tinggi, menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan kadar gula dalam darah.

Petua Perubatan Moden

1.Periksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda.

2.Jangan merokok kerana narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda.

3.Kurangkan pengambilan garam. Garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.

4.Kurangkan lemak kerana lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang

5.Kekalkan berat badan unggul.

6.Bersenam secara berkala.

7.Elakkan pengambilan alkohol.


by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Friday, September 21, 2012

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH



Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

SUMBER: Misteri & keajaiban alam
www.facebook.com/mayeenazrich

Friday, August 10, 2012

Bersama Adik Mohd Qayyim MTAQ PK 2012

Tahniah buat Adik Norsyahindah Mohd Norsham diatas kejayaan mengharumkan nama Perak dan SK Bagan Serai....Tahniah juga buat semua yang terlibat terutama Puan Khatijah Mastan...yang bersusah payah menatang sang juara....


lailatul qadr

Add caption


Saturday, July 28, 2012

Puasa Ramadhan

HADITH-HADITH TENTANG PUASA

‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار ‏ ‏وصفدت ‏ ‏الشياطينHadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelengguNombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1793

‏عن ‏ ‏سهل بن سعد ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Hadis
Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasaNombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1838

‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاهHadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh AllahNombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1952

Hadis
Ibnu Abbas r.a: Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Ibuku telah meninggal dunia dan masih mempunyai puasa ganti selama sebulan. Baginda bertanya kepada wanita itu dengan sabdanya: Bagaimana pendapatmu jika ibumu itu masih mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarnya? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dibayarNombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1936

‏عن ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏رضي الله عنهما ‏ ‏قال ‏ ‏ما صام رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏شهرا كاملا قط غير رمضان وكان يصوم إذا صام حتى يقول القائل لا والله لا يفطر ويفطر إذا أفطر حتى يقول القائل لا والله لا يصوم
Hadis
Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Baginda akan berpuasa jika ingin berpuasa, sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda tidak berbuka. Baginda juga pernah tidak berpuasa begitu lama sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda seperti tidak pernah berpuasa iaitu hanya berpuasa sekali sekala sahajaNombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1959

Saturday, June 9, 2012

Peristiwa Israk Mikraj



Pejam celik tidur bangun kita dah pun berada di penghujung bulan Rejab .Di penghujung bulan ini telah berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya.

Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.

Terdapatnya sedikit khilaf dalam menentukan tarikh dan waktu sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan pedebatannya. Apa yang terlebih penting adalah peristiwa ini benar-benar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. kerana ia ada dinyatakan oleh al-Quran al-Karim dan diceritakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang telah diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah S.A.W. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamuNya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.

Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.


PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

(Surah al-Israa: ayat 1).

Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.

(Surah an-Najm: ayat 13-18).

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.


SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ

Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).

Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.

Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.


PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ

Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.

Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak.

Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.


KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ

Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

Baginda melihat orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.

Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya.

Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar.

Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.

Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.


DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU

Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.

Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.

Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.

Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.

Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu.

Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.


PERTIKAIAN KAFIR QURAISY

Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala.

Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.

Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang mendakwa sedemikian rupa.

Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut.

Pertanyaan kafir Quraisy mengenai keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis.

Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.

Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua rakaat.

Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.

Orang yang beriman akan terus beriman dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah dibentangkan di depan mata.


PENUTUP

Dari segala apa yang telah saya nyatakan ini maka sudah tentulah pelbagai pengajaran dapat diambil dari peristiwa Israk Mikraj ini. Ia bukanlah hanya sekadar cerita untuk didengar dan dibaca semata-mata namun jauh dari itu ia dapat dijadikan pedoman hidup selama kita di dunia ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari tulisan ringkas ini. InsyaAllah.


Keputusan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55 2012

Anuar, Che Aminah Qari dan Qariah Kebangsaan Terbaik

9 Jun 2012
Anuar, Che Aminah Qari dan Qariah Kebangsaan Terbaik
 
Johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke 55, Muhamad Anuar Ghazali,
dan Che Aminah Che Awang bersama hadiah kemenangan mereka.-Foto Bernama
 
JOHOR BAHRU - Qari dari Kelantan, Muhamad Anuar Ghazali dan qariah dari Wilayah Persekutuan, Che Aminah Che Awang masing-masing diumumkan johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55 di sini hari ini.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan ibadat haji beserta cenderamata dan sijil penyertaan.

Muhammad Anuar, 36, seorang guru pendidikan Islam memperoleh markah 93.66 peratus manakala Che Aminah, 57, guru al-Quran pula memperoleh 84.33 peratus.

Mereka akan mewakili Malaysia ke tilawah peringkat antarabangsa yang dijadual Julai nanti.

Negeri Pahang pula diumumkan sebagai johan keseluruhan majlis tilawah tersebut.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sementara itu, naib johan pula ialah qari dari Pahang, Zul-Hasyimi Mohamed Yunus (87.99 peratus) dan qariah dari Sabah, Nur Faten Izzati Rablin (79 peratus).

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM7,000, pakej menunaikan ibadat haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula qari dari Sabah, Mohamad Raffe Ghalil Abbas (86.68 peratus) dan qariah dari Kedah, Marzian Mohd Deli (78.67 peratus).

Mereka menerima wang tunai RM5,000, pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim dan kerabat diraja lain turut berkenan berangkat ke majlis tilawah itu yang berlangsung di Persada Johor di sini.

Selain itu majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman serta isteri Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin.

Seramai 27 qari dan qariah menyertai tilawah yang berlangsung selama lima hari sejak Isnin lalu dan bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. - Bernama

sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/anuar-che-aminah-qari-dan-qariah-kebangsaan-terbaik-1.54923