skip to main |
skip to sidebar
PETUA UNTUK MENGAWAL DARAH TINGGI
Pada zaman dahulu penyakit darah tinggi dikenali sebagai “penyakit
lemah”. Pesakit biasanya dilarang makan makanan yang terlalu masin,
berlemak dan daging kambing. Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak
menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi
dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor
adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut:
• Serangan jantung
• Angin ahmar
• Kegagalan jantung
• Kerosakan buah pinggang
Petua Perubatan Melayu Tradisional
Pilihan 1: Minum rebusan rumput ambin atau kelek anak. Sukatan yang
digunakan untuk sekali minum ialah secekak jari manis rumput ambin, buah
direbus dengan 3 cawan air. Rumput ini direbus sehingga airnya tinggal
kira-kira secawan. Air rebusan ini diminum tiap-tiap pagi dan malam.
Pilihan 2: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
Pilihan 3: Rebus beberapa helai daun pandan wangi
dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan meminum ramuan tradisional ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 4: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,
bolehlah direbus. Ia mampu menghancurkan penggumpulan darah.
Pilihan 5: Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 6: Makan biji buah Peria.
Pilihan 7: Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
Pilihan 8: Minum air rebusan daun pokok Ati-Ati.
Pilihan 9: Amalkan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman seharian.
Pilihan 10: Minum air rebusan pokok Dukung Anak.
Pilihan 11: Belimbing buluh boleh menghilangkan penyakit darah tinggi
dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda, 2 biji sehari.
Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda.
Anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan daging
serta makanan yang mengandungi lemak.
Pilihan 12: Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E
dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak
kacang tanah mampu merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah.
Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan.
Pilihan 13: Celurkan pucuk dan bunga betik hingga masak dan makan. Ia
boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang
sedikit pahit, tetapi amat berkesan untuk mengubati penyakit darah
tinggi.
Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu
masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah
dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur. Jangan campurkan dengan
air. Dapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau
cawan. Selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum
minum atau makan, anda hendaklah diminum air pati daun kucai serta
dengan selawat 3 kali. Amalkan selama 3 hari berturut-turut.
Pilihan 15: Makan buah Mengkudu. Ia mampu menurunkan kolesterol tinggi,
menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan kadar gula dalam darah.
Petua Perubatan Moden
1.Periksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali
setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda.
2.Jangan merokok kerana narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung
berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus
menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi
keperluan badan anda.
3.Kurangkan pengambilan garam. Garam berlebihan dalam darah boleh
menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini
mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.
4.Kurangkan lemak kerana lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang
5.Kekalkan berat badan unggul.
6.Bersenam secara berkala.
7.Elakkan pengambilan alkohol.
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
No comments:
Post a Comment