Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Friday, October 8, 2010

Hingga Akhir Hayat

pix_gal0

Yayasan CUEPACS beri kemudahan seperti PERKESO

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.7 juta penjawat awam termasuk 590,000 pesara kerajaan akan menikmati pelbagai kemudahan kesihatan seperti alat sokongan perubatan percuma sama seperti dinikmati kakitangan swasta yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) apabila Yayasan CUEPACS ditubuhkan hujung tahun ini.

Di bawah yayasan itu, sebuah Konsortium Kesihatan akan ditubuhkan untuk mengawal selia aspek kesihatan dan perlindungan insurans. Kini, CUEPACS sudah mencapai persetujuan awal dengan Syarikat Insurans Takaful Ikhlas dan akan mempertimbangkan beberapa syarikat insurans lain.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata melalui yayasan itu, nasib dan kebajikan penjawat awam akan lebih terbela kerana mereka yang berdaftar dengan yayasan itu akan diberi perlindungan mengikut skim insurans masing-masing.

“Setiap orang akan dilindungi termasuk pesara sehingga ke akhir hayat. Contohnya, kes anggota JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) disimbah asid di Pulau Pinang, apa yang dia dapat... tak ada apa-apa. Kalau meninggal pun, mereka cuma dapat RM1,000.

“Melalui yayasan, kita akan daftarkan mereka dengan insurans. Kita akan tetapkan jumlah insurans mengikut kemampuan mereka,” katanya pada sidang media semalam.

Ketika ini, sesetengah penjawat awam membeli insurans individu tetapi melalui cadangan baru ini, mereka boleh memilih skim insurans di bawah konsortium berkenaan mengikut kemampuan dengan jumlah caruman minimum RM12 sebulan secara potongan gaji.

Melaluinya, mereka tidak perlu lagi membayar kos tambahan untuk mendapatkan peralatan perubatan yang tidak disediakan seperti kerusi roda, tongkat, alat bantu dengar dan anggota palsu. Ketika ini, mereka hanya menerima rawatan perubatan.

Ditanya ada sesetengah penjawat awam yang diluluskan tuntutan bagi kos tambahan itu, Omar menjelaskan, ia tidak termasuk dalam pekeliling, tetapi dibenarkan atas budi bicara ketua jabatan menggunakan peruntukan subsidi.

“Melalui skim baru ini, mereka sebenarnya mencarum dan menyimpan kerana sebahagian nilai caruman itu boleh dikeluarkan selepas bersara,” katanya.

Keputusan menubuhkan yayasan yang akan bertanggungjawab mencari dana serta menjaga kebajikan ahli dicapai sebulat suara pada mesyuarat khas CUEPACS yang bermesyuarat selama tiga jam, semalam.

Pembentangan usul penuh penubuhan itu termasuk majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan beberapa pihak terbabit akan dilaksanakan ketika mesyuarat tahunan di Pahang, Disember ini.

Selain itu, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat tuntutan bonus dua bulan, Imbuhan Tetap Perumahan dan kajian semula sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) serta memberikan kemudahan pinjaman pendidikan menerusi Yayasan itu.

Sementara itu, katanya, CUEPACS juga akan meminta kerajaan membela nasib 50,000 penjawat awam kontrak yang bakal kehilangan pekerjaan berikutan kebanyakan ketua jabatan tidak menyambung kontrak mereka dengan alasan kurang peruntukan.

Omar berkata, ketika ini semua jabatan sudah mengemukakan cadangan perbelanjaan tahun depan dan kebanyakannya mengambil tindakan drastik dengan menamatkan pekerja berstatus kontrak.

“Ada penjawat awam yang sudah terima surat tamat kontrak. Sesetengah mereka sudah berkhidmat antara 15 hingga 23 tahun manakala sebahagian lagi berusia antara 24 hingga 37 tahun.

“Kalau tak dapat diserap sebagai kakitangan tetap, kekalkan saja mereka secara kontrak sehingga usia 58 tahun, asalkan ada caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja),” katanya

Sumber : beritaharianonline091010

Tuesday, June 15, 2010

Guru wajib ada ijazah


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Semua guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran termasuk guru tadika wajib memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, langkah itu diputuskan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara bagi penambahbaikan perkhidmatan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.


“Usaha ke arah itu sedang dilaksanakan kementerian bagi memastikan matlamat semua guru mempunyai kelayakan seperti ditetapkan kementerian dapat dicapai,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang memenangi Pertandingan Mengarang Esei Eco Aeon ke Jerman 2010 di pusat beli-belah Aeon Jusco AU2, di sini, semalam.


Selain itu, Dr Mohd Puad berkata, untuk guru yang bukan di bawah kementerian iaitu guru tadika Kemas dan Perpaduan, mereka akan dilatih kementerian bagi memastikan bahan yang diajar adalah berkualiti.


Katanya, usaha itu penting bagi melayakkan mereka mempunyai pengetahuan, latihan dan kemahiran yang cukup mendidik generasi baru.


“Kita juga sedang menyelaraskan semua prasekolah di seluruh negara serta menambah bilangannya bagi memastikan sekurang-kurangnya 87 peratus kanak-kanak dapat memasuki ke prasekolah.


“Contohnya ketika ini, kita giat menambah kemudahan prasekolah termasuk menjadikan beberapa rumah panjang di kawasan pedalaman Sarawak untuk ditukar kepada bilik darjah,” Dr Mohd Puad berkata, kementerian juga sedang dalam usaha untuk membangunkan sekolah amanah iaitu sekolah yang diusahakan secara bersama antara kerajaan dan korporat.

Katanya, sudah ada beberapa pihak korporat berminat dan bersetuju bekerjasama dengan kementerian.

myMetro: 12 Jun 2010

Sunday, June 6, 2010

Budu...Sedap sungguh..

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta
menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan
akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab Utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin
B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Sumber Portalppdkerian. Ditulis oleh -Hans.

Thursday, May 27, 2010

Pemimpin anti-Islam guna 30 bas New York papar iklan sasar Muslim



NEW YORK: Seorang aktivis Amerika Syarikat yang mengetuai pertubuhan 'Stop Islamization of America' (Henti Islamkan Amerika) melancarkan kempen menggalakkan orang Islam supaya murtad dengan meletakkan iklan di 30 buah bas setiap bulan di Kota New York, menyuruh sesiapa yang berminat menghubungi sebuah laman web tajaannya.

Pamela Geller mendakwa, laman web itu, RefugefromIslam.com memberi penerangan kepada mereka yang mahu keluar dari agama Islam serta menyifatkan langkahnya sejajar dengan kebebasan beragama meskipun beliau dituduh sebenarnya menyembunyikan agenda anti-Muslim.

Iklan itu mula dilihat pada bas pada 14 Mei lalu, menggunakan soalan berbunyi ‘Leaving Islam’ (Mahu keluar daripada Islam?), ‘Fatwa on your head?’ (Anda diancam fatwa?) dan ‘Is your family threatening you?’ (Adakah keluarga mengancam anda?).

Geller berkata, iklan pada bas itu berharga AS$8,000 (RM26,400) dan turut disumbangkan pembaca blognya selain laman web lain termasuk Atlas Shrugs.
Ada juga iklan berkenaan dilihat pada bas di Miami. Geller juga mengakui, beliau merancang meletakkan iklan sama di bandar lain.

“Iklan itu tidak mencetuskan kemarahan orang Islam, ia sejajar dengan kebebasan beragama. Iklan itu tidak menyasarkan orang Islam yang mengikut ajaran agama mereka. Iklan itu tidak berkata ‘keluar’ tetapi ‘mahu keluar’ dengan simbol tanda tanya,” katanya.
Pegawai Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) berkata, iklan Geller itu sudah dikaji dan tidak melanggar garis panduan MTA dan belum ada aduan diterima mengenai iklan pada bas berkenaan.

Semua iklan diperiksa terlebih dulu, kebanyakannya oleh syarikat yang mengendalikan permohonan iklan MTA tetapi ada yang dihantar kepada MTA untuk kelulusan muktamad, kata jurucakap agensi itu, Aaron Donovan.

Bulan lalu, syarikat pengangkutan Miami-Dade Transit menarik iklan itu daripada 10 bas kerana memutuskan ia mungkin mencetuskan kemarahan orang Islam, lapor akhbar The Miami Herald.

Tetapi, agensi berkenaan membuat keputusan membenarkannya diguna semula selepas mengkaji iklan itu bersama pejabat Peguam Negeri.

Anggota Majlis Perbandaran beragama Islam, Robert Jackson, mempertikai kriteria MTA membenarkan iklan itu serta tidak bersetuju dengan isi kandungannya khususnya Amerika adalah negara yang menyokong kebebasan beragama.

“Ini adalah kempen pelampau berhaluan kanan yang menentang agama Islam. Warga New York memahami perkara ini,” katanya.

Wakil Majlis Hubungan Amerika-Islam di sini, Faiza Ali, berkata iklan itu menggunakan alasan palsu bahawa seseorang itu dipaksa kekal dalam Islam sedangkan orang Islam percaya pihak yang dipaksa memeluk kepercayaan tertentu bukan penganut sebenar.

“Geller bebas berkata apa yang dia suka tetapi anggota masyarakat lain juga bebas mengkritik motif beliau. Geller sudah lama bersikap anti-Muslim dan iklan itu menyembunyikan latar belakang berkenaan,” katanya lagi. – AP

Tuesday, May 11, 2010

Ilmu untuk dikongsi bersama


Ustaz Zawawi bercerita tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dengan lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dengan salam yang penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum...
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

sumber : http://j-qafsksr.blogspot.com/ 

Kerajaan sedia timbang kenaikan gaji guru

SIBU 10 Mei - Isu kenaikan gaji dan elaun guru yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan profesion itu akan diperhalusi sebelum ia dilanjutkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengakui skim kakitangan guru sedia ada perlu mengalami penambahbaikan tetapi perkara itu perlu penelitian terperinci sebelum dimuktamadkan untuk kebaikan 380,000 orang guru di seluruh negara.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran turut berkata, beberapa skim baru membabitkan elaun guru dan kenaikan pangkat yang lebih komprehensif akan diumumkan pada Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ahad ini.
"Pada sambutan Hari Guru, saya akan menyampaikan beberapa perkara penting untuk hala tuju pendidikan dan profesion perguruan masa depan," katanya pada sesi dialog di Majlis Perjumpaan Guru-Guru Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Centenary Sekolah Menengah Sacred Heart di sini hari ini.

Skim itu dijangka memberi manfaat kepada pengetua dan guru besar serta guru daripada segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain, jelas beliau.Turut disentuh ialah menambah baik skim bagi guru yang mengajar di pedalaman yang kini menerima elaun kesusahan RM1,500 sebulan disebabkan kos pengangkutan yang tinggi, katanya.

Muhyiddin berkata, satu kajian perlu dilakukan berhubung keperluan guru di pinggir bandar kerana ia juga harus mengambil kira pembangunan infrastruktur 10,000 sekolah di seluruh negara termasuk 1,500 buah di Sarawak.

Mengenai pengambilan ke maktab perguruan, beliau berkata, kerajaan mungkin menimbang untuk mengambil penduduk tempatan di kawasan-kawasan yang amat memerlukan tenaga guru di Sarawak dan Sabah bagi mengurangkan masalah penempatan guru dan kos pengangkutan.

Sambil mengingatkan semua guru supaya berkhidmat dengan penuh dedikasi, Muhyiddin berkata, kementerian tidak mengamalkan diskriminasi dalam penempatan guru berkelayakan dan berkemahiran di Sarawak, Sabah atau di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat mementingkan pendidikan dan meletakkan ia perkara paling atas dalam pembangunan negara.Malah katanya, lebih 25 peratus belanjawan negara diperuntukkan untuk pembangunan pendidikan supaya dapat melahirkan modal insan yang berkeupayaan dan berkemahiran tinggi.


Utusan Malaysia Online: 11 Mei 2010

Tuesday, May 4, 2010

Kementerian Tapis Ketat Calon KPLI

Bagi permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), syarat dan kelayakan asas serta syarat tambahan untuk menduduki Ujian Calon Guru Malaysia (MTest) dan temu duga adalah berpandukan kepada dasar serta keperluan Kementerian Pelajaran yang berbeza pada setiap tahun.

Untuk Ambilan Jun 2010, antara syarat dan kelayakan asas diperlukan ialah umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010; memiliki ijazah sarjana muda yang diiktiraf kerajaan; memiliki kepujian Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SPMV atau prinsipal Bahasa Melayu pada peringkat STPM dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM/SPMV.

Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga menetapkan syarat tambahan seperti sihat fizikal dan mental; memiliki ijazah sarjana muda dengan PNGK 2.75 ke atas; memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dipohon; memiliki pengalaman mengajar dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Sekiranya seseorang calon itu memenuhi syarat dan kelayakan asas serta syarat tambahan ditetapkan, peluang untuk seseorang calon dipanggil menduduki MTeST dan temu duga adalah lebih besar berbanding calon lain yang tidak menepati syarat dan kelayakan berkenaan.

Ujian MTeST yang diduduki bertujuan untuk melihat kesesuaian calon daripada aspek sahsiah keguruan mereka. Seseorang calon yang berpengalaman mengajar sepatutnya mampu untuk menjawab dan memperoleh tahap yang baik dalam ujian itu.

Pemilihan yang ketat adalah selaras dengan Teras Ke-5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk memartabatkan profesion perguruan agar terus dihormati dan melahirkan guru berkualiti.

Dengan jumlah permohonan yang tinggi iaitu hampir 70,000 orang bagi program KPLI, kementerian tidak berkompromi dalam soal pemilihan seseorang calon guru. Pelbagai aspek diambil kira dengan matlamat untuk melahirkan guru berkualiti dan berwibawa pada masa depan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Berita Harian Online: 3 Mei 2010

Thursday, April 22, 2010

Penyelarasan gaji Guru,Pegawai PTD


Oleh WAHID HASHIM (pendidikan@utusan.com.my)
 
DENGAN doa dan harapan oleh para guru, maka hasrat untuk menerima `tambahan sedikit rezeki’ nampaknya akan menjadi kenyataan pada tahun ini, atau bermula tahun depan. Mungkin ia dalam bentuk pelarasan gaji guru dengan apa yang dinikmati oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Namun begitu, mungkin ada tanggungajwab tambahan kepada guru. Kita tunggu sahaja pengumumannya, kemungkinan besar pada tanggal 16 Mei di Kuantan, Pahang.

Bilangan guru yang sekarang sudah mencecah 400,000 sebenarnya memerlukan rombakan minda, selain daripada peranan yang lebih releven – supaya penyelarasan gaji itu dilihat bukan untuk mengkayakan guru, tetapi memartabatkan profesion itu.

Guru pula perlu ikhlas, bukan kosmetik atau mencukupkan jam kerja. Kalau waktu kerja ditambah lagi, maka bersedialah untuk berbuat demikian secara optimum.

Kini kita mendengar banyak isu tentang ketidakcekapan pengurusan dan komunikasi yang menimpa sekolah. Sekolah terhutang wang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang terpaksa menanggung hutang ratusan ribu untuk membina bangunan tambahan seperti surau dan sebagainya.

Guru besar perlu tahu batas kemampuan mereka, dan risiko jika tersalah langkah ketika hendak berurusan dengan hal berkaitan wang. Ada kalanya penderma bermurah hati mahu mendahulukan wang, tetapi berakhir dengan pergaduhan, bermasam muka kerana hutang tidak terbayar.

Kita telah mendengar pelbagai cadangan strategik untuk membantu pihak sekolah mengurus sekolah secara yang lebih berkesan.Imej dan reputasi profesion itu juga perlu diperbaiki supaya lebih ramai profesional yang mahu menceburi bidang itu sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Satu rumus luar biasa perlu difikirkan supaya proses mendidik anak-anak warisan bangsa ini terus menjadi agenda utama negara. Sebagai contoh, mungkin profesional yang secara sukarela mahu menjadi guru dibenarkan berbuat demikian dengan syarat gaji mereka dikekalkan sepertimana mereka di tempat asal.

Mungkin tidak salah kalau dilebihkan gaji mereka, sepertimana yang berlaku jika profesional melompat ke syarikat lain. Mungkin mereka boleh memegang jawatan tertinggi sekolah seperti pengetua, penolong kanan atau guru panitia, saya pasti ramai yang bakal berminat menjadi guru kalau keterbukaan terhadap profesion yang mulia itu mencapai tahap yang saya makudkan.

Mungkin belum diamalkan di mana-mana bahagian dunia, Malaysia boleh memulakan cadangan itu.
Bayangkan kalau ketua pegawai eksekutif (CEO) memohon menjadi guru dengan gaji yang sama! Pasti kita akan melihat revolusi budaya kerja dan wajah sekolah itu.

Portal Pendidikan Utusan: 21 April 2010

Saturday, April 10, 2010

Makmal nilai pencapaian guru diwujud

Kementerian Pelajaran mewujudkan sebuah lagi makmal bagi menilai tahap pencapaian guru bertujuan memastikan proses kenaikan pangkat guru dapat dibuat dengan lebih telus. adil dan saksama sebagai usaha memartabatkan lagi profesion perguruan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia juga dibuat bagi memastikan tidak ada lagi guru yang sepatutnya mendapat kenaikan kerana cemerlang dalam perkhidmatan terlepas pandang hanya kerana mereka mengajar di pedalaman.

Ada sesetengah guru berasakan mereka seolah-olah tidak diberikan perhatian dan oleh sebab itu kita nak pastikan supaya ada satu sistem yang lebih telus diikuti dengan sistem pengurusan lebih cekap supaya rekod guru yang ada terkini dan kemas.

Melaluinya kita dapat melihat semua profil guru yang ada disimpan dengan lengkap dan bila guru berkhidmat, prestasi guru dinilai dari semasa ke semasa dengan lebih rapi supaya kita boleh memberikan pengiktirafan kepada guru, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Bersama Guru Seluruh Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian, Datuk Noh Omar dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu dilihat sebagai cabaran kerana jabatan yang akan menguruskan bahagian itu bukan jabatan biasa kerana ia memerlukan tenaga manusia ramai untuk menilai dia memastikan sistem itu agak kemas dan wujud dengan cara rapi selain penilaian perlu dibuat secara adil dan saksama.

Langkah itu juga dibuat bagi memastikan tidak ada guru berasa seolah-olah `dianaktirikan atau tidak diberikan layanan yang baik dan saksama atau tidak diberikan perhatian langsung, katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk menyelesaikan masalah banjir yang sering menghantui kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Sentosa, Bukit Beruntung, dekat sini.

Berita Harian Online: 3 April 2010

Friday, April 2, 2010

Seksa jadi cikgu


Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.

“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya.

Berita Harian Online: 1 April 2010

Friday, March 26, 2010

Patuhi pekeliling Kementerian Pelajaran

KUALA PILAH 25 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua Pengarah Pelajaran negeri dan sekolah supaya mematuhi arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia bertujuan mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan guru yang merasakan dibebani oleh kerja tidak relevan dengan tugas hakiki berikutan arahan dikeluarkan di peringkat negeri.
‘‘Saya maklum mengenai perkara itu sejak kebelakangan ini, malahan saya sendiri memberikan perhatian terhadap isu tersebut. Umpamanya beban kerja guru, soal kebajikan selain perjawatan dan sebagainya,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kampus tetap Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan di Beting, dekat sini hari ini.
Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Kampus UiTM Negeri Sembilan, Prof. Madya Zaluddin Sulaiman.
Beliau ditanya berhubung satu cadangan yang dikemukakan oleh Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) yang mengancam untuk mengadakan demonstrasi di seluruh negara sebagai tanda bantahan dengan bebanan kerja tanpa kaitan yang diberikan oleh pengetua dan guru besar.
NUTP mendakwa terdapat guru yang diminta membuat laporan demi laporan, pelan tindakan, kertas kerja, yang mana disifatkan tidak relevan dengan tugas hakiki mereka.
Menurut NUTP, tindakan itu boleh menjejaskan kualiti pengajaran seorang guru dan yang menjadi mangsa utamanya adalah pelajar itu sendiri.
Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan, tugas guru telah diperjelaskan oleh pihak kementerian dan pengarah di negeri serta sekolah wajar mematuhi apa juga pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kementerian tersebut.
Sehubungan itu beliau akan menemui semua Pengarah Pelajaran negeri untuk memastikan bagaimana segala dasar dan arahan yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran dapat dipatuhi.
Kata Muhyiddin, pertemuan itu akan melibatkan Ketua Pengarah Pelajaran, pengarah-pengarah peringkat kementerian serta pengarah pelajaran negeri.
‘‘Selepas itu, saya juga akan mengadakan pertemuan dengan semua Pegawai Pelajaran Daerah untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan apa juga perihal berbangkit termasuklah berkaitan beban tugas dan kebajikan guru,” katanya.
Beliau berkata, Kementerian Pelajaran memang mengeluarkan pekeliling dari semasa ke semasa kepada pengarah peringkat negeri mengenai apa yang perlu dilakukan di sekolah-sekolah.
‘‘Cuma masalah timbul apabila ada pengetua dan guru besar mengambil langkah tertentu mengikut budi bicara mereka sehingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati di kalangan guru.
‘‘Semua itu, bukanlah arahan kementerian kerana kita ada panduan yang hendak dibuat dan dilaksanakan.
‘‘Persoalannya bagaimana kita hendak menyeragamkan semua tindakan itu supaya sesuatu keputusan yang dibuat di peringkat kerajaan dan kementerian dapat dilaksanakan dengan baik. Itulah yang akan kita selesaikan,” tambah beliau.
Muhyiddin berkata, pertemuan dengan Pengarah Pelajaran negeri itu juga bukanlah disebabkan desakan NUTP, tetapi beliau sendiri berhajat menemui mereka.
Ditanya mengenai tindakan demonstrasi yang hendak dilakukan oleh NUTP jika tuntutan mengenai beban tugas tidak dapat diselesaikan, Muhyiddin berkata, Ketua Pengarah, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom telah pun menemui pihak berkenaan.

Utusan Malaysia Online: 26 Mac 2010

Longgar syarat tambahan KPLI

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my 
2010/03/26

Kementerian Pelajaran sasar lebih ramai graduan berkelayakan ambil MTest

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran dalam syarat tambahan yang ditetapkan kepada pemohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi membolehkan lebih ramai diberi peluang mengambil Ujian Calon Guru Malaysia (MTest) sesi kedua yang diadakan esok.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dr Zahri Aziz, berkata MTest kedua yang akan diduduki kira-kira 22,000 calon itu memberi peluang kepada pemohon yang mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih tetapi tidak mempunyai purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda. “Bagi mereka yang mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih, tidak kira walaupun hanya mempunyai setahun pengalaman dan tidak mencapai CGPA 2.75, kita tetap beri peluang kepada mereka untuk mengambil ujian berkenaan.

“Ini bagi memastikan peluang dan ruang yang lebih terbuka diberikan kepada pemohon,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

MTest sesi pertama yang membabitkan 34,849 calon dilakukan pada 13 Mac lalu di 27 institut pendidikan guru (IPG) dan 107 sekolah seluruh negara manakala MTest sesi kedua pula akan dilakukan di 27 IPG dan 68 sekolah, tidak lama lagi.

Berdasarkan keputusan MTest itu, calon yang layak akan dipanggil temu duga sebelum dipilih mengikuti kursus berkenaan.
Kementerian Pelajaran menerima lebih 68,000 permohonan, namun hanya 1,898 yang akan terpilih mengikuti program berkenaan Jun depan.

Berikutan permohonan yang tinggi itu berbanding jumlah tempat yang ditawarkan, kementerian mengetatkan syarat kemasukan termasuk mempunyai sarjana muda dengan CGPA 2.75 ke atas selain syarat asas mendapat kredit Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris.

Zahri turut memberi jaminan bahawa MTest yang dijalankan itu telus untuk mencari calon yang benar-benar layak membimbing murid.

“Mtest dibuat oleh pensyarah universiti dan institut pendidikan guru yang dilakukan secara saintifik. Kita tidak boleh persoalkan kesahihan instrumen yang digunakan dalam ujian itu,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pembaca Berita Harian menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai Mtest yang dikatakan tidak telus dan ada yang membuat aduan tidak terpilih mengambil ujian berkenaan walaupun menepati kriteria yang ditetapkan.

Berita Harian Online: 26 Mac 2010

Saturday, March 20, 2010

Awasi anasir jenayah terhadap pelajar

 
 
PENGLIBATAN murid sekolah dalam kegiatan salah laku disiplin merupakan perbuatan yang perlu dilihat secara serius oleh semua pihak khususnya pihak pengurusan sekolah.


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini semakin serius melanda golongan pelajar antaranya ialah :

Faktor pertama ialah kemerosotan moral dan akhlak yang berleluasa akibat kesan pembangunan negara dan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Faktor kedua, keruntuhan institusi kekeluargaan untuk memainkan peranannya sebagai institusi pembentukan insan yang positif dan produktif.

Faktor ketiga, masalah dan krisis rumah tangga yang dihadapi oleh remaja sekolah. Akhirnya faktor pengaruh negatif rakan sebaya.

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik generasi muda membenci jenayah seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah sejak tahun 1999 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Penubuhan kelab pencegahan jenayah di sekolah merupakan salah satu saluran terbaik mengurangkan masalah salah laku disiplin murid. Penubuhan kelab ini di sekolah-sekolah bukanlah kerana sekolah itu bermasalah tetapi kerana sekolah adalah satu-satunya tempat di mana satu kumpulan murid atau pelajar diletakkan bersama-sama dalam satu persekitaran dan kumpulan besar yang perlu diselia dengan baik oleh para guru.

Mengikut Perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia, setakat ini terdapat 1,972 Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah menengah dan 5,074 kelab di sekolah rendah.


Matlamat MCPF ialah membentuk masyarakat remaja agar mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pencegahan jenayah dan agar mereka mempunyai kefahaman mengenai penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan kami agar semua pihak sama ada agensi penguatkuasaan undang-undang atau NGO bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menangani masalah tersebut demi kebaikan masa depan generasi muda kita.

Saya mengharapkan agar pelajar juga turut memainkan peranan yang berkesan dalam membantu polis menangani masalah ini. Caranya tidak sukar, iaitu dengan tidak terlibat dan tidak melakukan jenayah. Para pelajar bertindak mengawasi anasir-anasir dari luar dan rakan-rakan sekolah yang cuba melakukan perbuatan jenayah, membuli rakan-rakan, penyalahgunaan dadah dan lain-lain salah laku jenayah.

Kekuatan diri boleh dibina menerusi didikan dan penghayatan agama dan moral yang mantap. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan pelajaran sebagai keutamaan masa kini. Tanpa pelajaran, pelajar sukar untuk menempuh kejayaan di masa hadapan.

Golongan Pelajar adalah aset yang berharga kepada negara kerana mereka jugalah yang akan menentukan corak kehidupan kepimpinan di masa akan datang. Para pelajar harus sedar di samping belajar dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, mereka juga perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa, sekolah, masyarakat, negara dan seterusnya kepada harta benda awam.

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

Utusan Malaysia Online: 18 Mac 2010

Sunday, March 14, 2010

Maahad Muhammadi Lelaki terbaik


KOTA BHARU – Sekolah Menengah Ugama Arab Maahad Muhammadi Lelaki muncul sekolah terbaik di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta mengekalkan keputusan peperiksaan 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sekolah tersebut turut sama mencatatkan sejarah apabila seorang daripada pelajarnya mendapat 15A, 14A,13A,12A,11A dan 10A.

Pengetuanya, Azhar Saleh berkata, Ahmad Harith Zabidi Azhar dinobatkan sebagai pelajar terbaik apabila mendapat 15A (12A+, 2A, 1A-).

Beliau berkata, manakala bagi 14A dan 13A masing-masing seorang pelajar, enam pelajar mendapat 12A, 10 orang 11A, dan 14 pelajar mendapat 10A.

Azhar berkata, secara keseluruhannya 53 pelajar mendapat 9A ke atas berbanding 22 orang pada tahun 2008.

Menurutnya, kejayaan tersebut adalah berkat usaha keras pihak sekolah yang banyak dibantu oleh guru-guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Program Maahad Gemilang merupakan salah satu program yang banyak membantu pelajar dalam mencapai keputusan yang membanggakan,’’ katanya yang merupakan bekas pengetua Maahad Muhammadi Perempuan yang telah melahirkan ramai pelajar cemerlang di peringkat negara.

Beliau berkata, bukan itu sahaja kerja keras serta semangat para pelajar sepanjang pelajaran serta solat sunat hajat yang dilakukan oleh mereka antara penyumbang kepada kejayaan tersebut.

Azhar berkata, seperti mana keputusan peperiksaan STAM sebelum ini turut sama menunjukkan keunggulan serta kecemerlangan Maahad Muhammadi di peringkat kebangsaan.

Sumber : SinarHarian

Saturday, March 6, 2010

Praktikum lagi 5 Minggu..Sabar Yer...

Assalamualaikum....

Lamanya hamba tak menaip kata di blog kita ni.Sibuk sangat tu tak la jugak.Tapi...Tension woooo...Hmnhhh...Saya pun dapat rasakan bahawa sahabat sibuk jugak kan?Dah tak kenal kawan.Kalau saya tak call...mbe masing-masing dengan dunia praktikumnya....

Inilah penangan praktikum.Bermacam ragam dan budaya.Ada yang cool n ada yang sangat tak bernasib baik...Haiyya wooo...Dugaaan...Cubaaannn...Yang pasti kena ikut segala apa yang disuruh.Masuk kandang kambing mengembek.Masuk kandang Lembu mengeboh.Masuk kandang rimau...Cari nahas la.

Okay...Banyakkan berzikir...ingatkan Allah selalu...jaga solat n jaga nafsu....Yang penting...Semangat nak kembangkan agama islam subur dalam sanubari anda.Jangan cakap kat orang.Kita kan yang terpilih.Bukan setakat insan biasa...Insan istimewa lagi.So...jangan putus asa dalam berdakwah.Duri ada dimana-mana.Hati-hati agak tidak terpijak.

hmnhhh...Tolong hantar GERKO 3 yer.Saya pun...hehehe...on da way gak.sibuk wooooo....tapi hantar ek.markah penting tu.Bye..

Thursday, March 4, 2010

Guru tidak boleh kenakan hukuman fizikal

KUALA LUMPUR: “Tiada peraturan yang membolehkan guru mengenakan sebarang hukuman fizikal terhadap murid,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan SS 17 yang didakwa mencubit pipi dan lengan seorang murid Orang Kurang Upaya (OKU), Zulhilmi Hakim, 12, hingga meninggalkan kesan lebam.


Kejadian berkenaan disedari bapa mangsa, Ismail Humaidi Ahmat, 45, selepas menjemput anak kedua daripada tiga beradik itu dari sekolah, di Subang Jaya, jam 3 petang, Isnin lalu. Bagaimanapun katanya, hanya guru besar dan pengetua saja mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman fizikal terhadap murid seperti merotan tapi perlu mengikut peraturan tertentu.


“Walaupun mereka mempunyai kuasa berbuat demikian, ia haruslah mengikut kaedah disediakan semasa pelaksanaan hukuman seperti dengan dihadiri saksi, dalam keadaan tertutup dan melalui cara tertentu.


“Selain itu, dalam keadaan sekarang, sentuhan fizikal antara guru dan murid memang tidak dibenarkan sama sekali,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, beliau akan mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak (guru dan murid terbabit) dan memaklumkan kepada guru besar sekolah itu supaya menyediakan laporan lengkap berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, jika laporan didapati tidak lengkap, saya akan meminta jemaah nazir sekolah menyediakannya. Perkara berkaitan anak-anak perlu dibincang antara kedua-dua pihak dan diharap ibu bapa tidak perlu bimbang kerana siasatan akan dijalankan secepat mungkin,” katanya.


Mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap guru berkenaan, Alimuddin berkata, keputusan hanya akan diketahui selepas siasatan terperinci dilaksanakan jawatan kuasa disiplin. Semalam, Harian Metro menyiarkan dakwaan murid OKU yang didera guru pendidikan Islam di sekolahnya hingga lebam di pipi dan kedua-dua lengannya. Zulhilmi yang menghidap ‘dyslexia’ turut mendakwa guru berkenaan akan mencubitnya apabila dia tidak dapat membaca dan ia berlaku sebelum cuti Tahun Baru Cina dan selepas sekolah dibuka selepas perayaan itu. Dia yang pada mulanya hanya mendiamkan diri apabila ditanya kesan itu akhirnya mengakui kejadian berkenaan dilakukan ustaz di sekolahnya selepas dipujuk berulang kali oleh ibunya, Che Zaini Ahmad, 45.


Bagaimanapun, ketika ditanya guru yang dimaksudkan murid itu sehari selepas kejadian, dia menafikan perkara terbabit dan mendakwa Zulhilmi mungkin terjatuh ketika di rumah.

myMetro: 2 Mac 2010

Sunday, February 14, 2010

Iklan KPLI-SR Ambilan Jun 2010

PERHATIAN ;
1.BERMINAT NAK JADI CIKGU?
2.bERCITA-CITA NAK MENGAJAR ANAK BANGSA?
3.CIKGU BEST...mINAT LA JADI CIKGU..



OK...kALAU ANDA BERMINAT NAK JADI CIKGU...JOM BACA IKLAN NI DAN ...CEPAT-CEPAT BELI PIN NUMBER DEKAT BSN YANG BERHAMPIRAN...



CEPATTTTTT...TARIKH TUTUP PADA 21 FEBRUARI 2010.



SAYA BANGGA MENJADI GURU...ANDA BAGAIMANA..?




A. IKLAN PERMOHONAN  
  Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.
   
1. KETERANGAN PROGRAM

Nama Program : KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)

Tempoh Pengajian : Satu (1) Tahun

Mode Kursus : Sepenuh Masa
2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  2.1 Kewarganegaraan
    Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2.2 Umur
    a. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.
2.3 Kelayakan Akademik


a.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.


b.
Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
    c. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
    d.
Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).
3. SYARAT TAMBAHAN
  3.1   Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  3.2   Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
  3.3   Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
  3.4   Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
  3.5   Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.
4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

4.1
 
Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

4.2
 
Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.3
 
Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

4.4
 
Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

4.5
 
Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
       
5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
  5.1 Sekolah Kebangsaan (SK).
   
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 10. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
2. Bahasa Melayu 11. Agama Islam
3. Bahasa Inggeris 12. Pendidikan Seni Visual
4. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan 13. Pendidikan Jasmani
5. Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan 14. Bimbingan dan Kaunseling
6. Matematik 15. Pendidikan Pemulihan
7. Sains 16. Pendidikan Muzik
8. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 17. Malaysia Negaraku
9.
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
   
  5.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
   
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
2. Bahasa Melayu 10. Agama Islam
3. Bahasa Inggeris 11. Pendidikan Seni Visual
4. Bahasa Cina 12. Pendidikan Jasmani
5. Matematik 13. Bimbingan dan Kaunseling
6. Sains 14. Pendidikan Pemulihan
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 15. Pendidikan Muzik
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 16. Malaysia Negaraku
  5.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
   
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
2. Bahasa Melayu 10. Agama Islam
3. Bahasa Inggeris 11. Pendidikan Seni Visual
4. Bahasa Tamil 12. Pendidikan Jasmani
5. Matematik 13. Bimbingan dan Kaunseling
6. Sains 14. Pendidikan Pemulihan
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 15. Pendidikan Muzik
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 16. Malaysia Negaraku
 
6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 08 Febuari 2010.
   
 
6.2
Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
  6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
 
6.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
 
7.1
Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Jun 2010 di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)
   
 
7.2
Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini untuk maklumat lanjut).
 
 
7.3
Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.
 
 
7.4
Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan  makluman secara bersurat  kepada calon.
 
 
7.5
Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.
 
 
7.6
Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.
 
  7.7 Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut :
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
 
7.8
Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
 
Permohonan bagi Ambilan Jun 2010 ditutup pada 21 Februari 2010.
9. PENDAFTARAN
 
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
10. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
  Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
  BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )
Nombor Telefon :
03-88841260
03-88841245
03-88841243
03-88841235
03-88841231
03-88841226
     
  URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804
       
  URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045

Saturday, January 30, 2010

1,473 calon berjaya sertai KPLI sesi 2010

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

60,000 permohonan diterima kementerian

KUALA LUMPUR: Hanya 1,473 calon daripada kira-kira 60,000 permohonan graduan di seluruh negara, terpilih untuk memasuki Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Januari 2010.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Asariah Mior Shaharuddin, berkata semua calon ditawarkan mengikuti 17 bidang pengajian di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG).
Beliau berkata, jumlah kemasukan menurun tetapi mengikut unjuran keperluan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Selain itu katanya, syarat pengambilan turut diperketat dengan menetapkan calon mesti memiliki kelulusan ijazah pengajian yang sesuai dengan kursus.

"Berbanding dulu kementerian tidak menekankan bidang pengkhususan, tetapi sekarang calon yang hendak mengajar Matematik mesti memiliki ijazah dalam bidang itu.
"KPLI menekankan aspek pedagogi, justeru kita berharap calon sudah mendapat ilmu dalam bidang mata pelajaran yang mereka dikehendaki mengajar ketika mengikuti pengajian ijazah sarjana muda.

"Selain itu, kementerian juga membuat penambahbaikan dengan mengambil kira tempat asal calon yang memohon. Sebagai contoh jika kementerian ada keperluan guru untuk Sabah dan Sarawak, kita akan beri keutamaan kepada calon tempatan," katanya.

Katanya selepas mewakili Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI Ambilan Januari 2010 di IPG Kampus Ilmu Khas di sini, semalam.

Katanya, kementerian sedang berusaha meningkatkan jumlah pengambilan calon lelaki bagi menyertai profesion keguruan.
Ketika mengulas dakwaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa ada segelintir guru besar menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan guru yang 'tidak sebulu' Asariah berkata, beliau belum mendapat sebarang laporan rasmi tetapi guru terbabit boleh merujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing.

Berita Harian Online: 20 Januari 2010

Friday, January 29, 2010

Kementerian Pelajaran terima bantuan tambahan RM700j

CEBU 27 Jan. - Kementerian Pelajaran dijangka menerima bantuan tambahan sebanyak kira-kira RM700 juta bagi membolehkan bantuan untuk pendidikan yang dikurangkan pada Bajet 2010 lalu, diteruskan semula.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah perkiraan kasar yang dibuat kementerian beliau selepas Kabinet hari ini bersetuju meluluskan usul menimbangkan semula pemberian bantuan itu.

Beliau pada mesyuarat Kabinet itu diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalankan tugas sebagai Menteri Pelajaran.

"Kita akan berunding dengan Kementerian Kewangan berapa bantuan yang disediakan semula itu supaya mana-mana bantuan yang terpaksa kita kurangkan sebelum ini boleh dilaksanakan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat salah satu sesi perbincangan yang dihadiri beliau di sini, sempena Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEC) Ke-45.
Pada pembentangan Bajet 2010 lalu, kerajaan terpaksa mengurangkan bantuan tahunan bagi sekolah-sekolah berbanding tahun sebelum ini kerana defisit yang didepani negara.

Pengurangan bantuan itu mencakupi enam perkara iaitu skim bantuan tuisyen, bantuan pakaian sekolah beruniform, bantuan makanan asrama dan rancangan makanan tambahan.

Turut dikurangkan ialah bantuan elaun murid berkeperluan khas dan sukan serta kokurikulum.
Menurut Muhyiddin, keputusan memberikan semula bantuan bagi pendidikan itu menunjukkan kerajaan sangat prihatin dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar.

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan kerana memberi perhatian sewajarnya kepada perkara tersebut.

"Harapan saya isu bantuan kepada pendidikan selepas ini tidak lagi berbangkit di kalangan ibu bapa dan para pelajar pula tidak menjadikannya alasan untuk meneruskan pembelajaran dengan sempurna," katanya.

Sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Friday, January 22, 2010

JPA nafi potong elaun COLA, ITKA

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan beberapa elaun dinikmati kakitangan kerajaan seperti elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) akan dipotong.

"JPA ingin memaklumkan bahawa tidak ada keputusan kerajaan untuk memotong elaun-elaun seperti COLA dan ITKA," menurut jabatan itu dalam kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan JPA itu sekali gus menyangkal desas-desus yang mengatakan bantuan sara hidup kepada kakitangan awam termasuk COLA dan ITKA akan ditarik sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan.

Sejak beberapa hari lalu, kira-kira sejuta kakitangan awam berada dalam dilema berikutan tersebarnya berita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun kakitangan awam akan ditarik.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman yang turut menafikan khabar angin tersebut.

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan 23 Januari 2010