Kem
Bestari Solat j-QAF Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan Zon 2 2012 merupakan program
yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program ini merupakan satu usaha murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk mengumpulkan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan guru-guru
j-QAF Pendidikan Khas 2012 .
Terdapat 154
murid dan 77 orang guru pengiring dari 77 buah sekolah diiringi oleh 20 orang Fasilitator Induk
menyertai Kem Bestari Solat Zon 2 kali ini. Zon 2 merangkumi 6 buah negeri
iaitu Pahang,Terengganu,Kelantan,Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.Murid-murid
yang terpilih adalah murid-murid yang pandai mengurus diri.
Program
yang bermula pada Hari Sabtu 20 Oktober 2012 dan berakhir pada Hari Selasa 23
Oktober 2012 ini telah berlangsung di Sanctuary
Cherating Resort ,Mukim Sungai Karang,
Cherating, Kuantan,Pahang Darul Makmur.
Kem
Bestari Solat ini lebih memberi perhatian terhadap teori dan amali bagi
perbuatan wuduk dan solat. Peserta dibahagikan kepada 20 kumpulan. Setiap
kumpulan dibimbing oleh 2 dan 3 orang
fasilitator.
Sepanjang
Kem Bestari Solat dijalankan, peserta –peserta telah mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan
antaranya ialah LDK 1 hingga LDK 9 yang diselangseli dengan aktiviti pengukuhan
bagi menguji tahap kefahaman murid berkenaan cara berwuduk dan perbuatan solat
yang betul. Peserta juga dibimbing dengan mengerjakan solat berjemaah secara
beramai-ramai.
Diharapkan
program Kem Bestari Solat seperti ini mendapat sambutan bukan sahaja daripada
guru-guru malah juga ibubapa bagi membantu murid mendapat pengalaman yang
begitu bermakna untuk bekalan di dunia dan di akhirat kelak.Semoga keikhlasan
dan niat murni kita mendidik insan-insan teristimewa ini mendapat rahmat dan
keberkatannya dari Rabbil Izzati...Tuhan Pencipta Sekelian Makhluk.
No comments:
Post a Comment