Apa itu Angiogram?
Asas jantung dan sistem
kardiovaskular
Jantung merupakan satu otot,
terletak antara dua paru-paru, sebesar genggaman orang dewasa, sedikit condong
ke kiri. Fungsi jantung adalah untuk mengepam darah ke seluruh badan. Darah
pula merupakan pembawa oksigen dan tenaga kepada organ-organ badan. Tanpa
oksigen dan tenaga, organ tidak dapat berfungsi dengan baik.
Otot jantung juga memerlukan bekalan
oksigen dan tenaga yang mencukupi untuk menjalankan fungsinya. Bahan-bahan ini
dibekalkan kepada otot jantung melalui salur darah jantung atau dikenali
sebagai arteri koronari.
Terdapat 3 arteri koronari utama
pada jantung manusia: satu di sebelah kanan (right coronary artery “RCA”) dan
dua di sebelah kiri (left anterior descending artery “LAD” dan left circumflex
artery “LCX”). Jika arteri koronari ini tersumbat, jantung tidak akan menerima
oksigen yang mencukupi dan tidak dapat berfungsi seperti biasa dan
berkemungkinan rosak secara kekal.
Sumbat di dalam salur darah jantung
Angiogram is suggested if your
doctor suspects that there are blockages within the heart arteries. The medical
term for this is atherosclerosis. The blockages (also called plaques) consist
of fat, cholesterol, blood clots or even calcium. If the arteries have blockages,
the blood flow across the blockages is limited. If the blockage is very severe,
the blood flow might completely stop.
Akibat daripada kejadian tersebut,
otot jantung tidak mendapat bekalan oksigen dan tenaga yang mencukupi,
seterusnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya penyumbatan penuh
berlaku, sebahagian daripada otot jantung mungkin mati. Proses penyumbatan
salur darah jantung merupakan proses yang perlahan selama beberapa tahun. Pada
mulanya, pesakit mungkin tidak akan mengalami sebarang masalah. Walau
bagaimanapun, apabila sumbatan kritikal berlaku, pesakit akan mengalami simptom
seperti sakit dada, sukar bernafas atau bengkak kaki.
Penyebab salur darah jantung
tersumbat?
Terdapat beberapa faktor risiko yang
menyebabkan sesetengah orang lebih cenderung mengalami sumbatan jantung:
merokok, diabetes, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang tinggi, faktor
genetik, umur yang meningkat, jantina lelaki, obesiti dan kurang bersenam.
Mengapa
doktor saya mencadangkan angiogram?
Terdapat beberapa sebab mengapa
doktor anda mencadangkan angiogram. Selalunya pesakit akan mengalami
tanda-tanda salur darah jantung tersumbat: sakit dada ketika rehat atau sakit
dada semasa melakukan aktiviti. Sekiranya terdapat tanda-tanda berkenaan dan
faktor risiko yang mencukupi, anda disarankan untuk menjalani angiogram.
Selain itu, pesakit yang pernah
mengalami serangan jantung juga turut disarankan menjalani angiogram.
Selalunya, beberapa ujian akan dijalankan oleh doktor sebelum menyarankan
prosedur ini kepada anda. Ujian-ujian tersebut adalah seperti Exercise Stress
Test (EST), MRI kardiak, CT arteri koronari, ujian nuclear (Myoview),
Echocardiogram atau ujian darah.
Apa itu angiogram?
Angiogram koronari merupakan ujian
x-ray salur darah jantung. Suatu tiub kecil (catheter) akan dimasukkan ke dalam
salur darah tangan (radial artery) atau kaki (femoral artery) dan terus ke
jantung. Apabila tiba di salur darah jantung, cecair pewarna (contrast) akan
dimasukkan dan gambar x-ray akan diambil. Doktor dapat mengenalpasti samada
terdapat sumbatan di dalam salur darah jantung. Sekiranya angiogram adalah
normal, prosedur akan dihentikan dan pesakit akan dihantar pulang ke wad.
Sekiranya sumbatan dikenalpasti dan sesuai, prosedur angioplasti akan
dijalankan. Jika terdapat beberapa sumbatan pada salur darah jantung yang
berlainan dan tidak sesuai untuk angioplasti, doktor akan menghentikan prosedur
dan berbincang dengan anda rancangan perawatan seperti pembedahan pintasan
jantung, ubat-ubatan dan rawatan ‘shockwave’ dengan anda.
Apa itu angioplasti?
Angioplasti adalah proses di mana
doktor akan cuba untuk membuka penyumbatan salur darah jantung menggunakan
belon khas atau ‘stent’. Ia hanya akan dilakukan sekiranya doktor merasakan
bahawa prosedur ini akan mendatangkan kebaikan kepada anda dan tiada alternatif
rawatan lain. Kebiasaanya doktor akan merawat sumbatan yang melebihi 70%
(diameter salur darah) melalui kaedah angioplasti kerana sumbatan yang kurang
daripadanya pada lazimnya tidak mengganggu aliran darah di dalam salur darah
jantung berkenaan. Sumbatan yang tidak serius ini biasanya akan dirawat
menggunakan ubat-ubatan.
Apa yang akan berlaku ketika
angiogram/angioplasti?
Pastikan anda pergi ke tandas
sebelum prosedur angiogram. Ini adalah kerana prosedur in akan mengambil masa
kira-kira 1 hingga 2 jam dan anda tidak dibenarkan bergerak ketika itu.
Prosedur angiogram akan dilakukan di makmal invasif kardiovaskular (catheter
lab). Anda akan dibaringkan di atas meja x-ray. Kawasan di mana kateter khas
akan dimasukkan (salur darah tangan atau kaki) akan dibersih dan disterilkan.
Ada kalanya, mencukur di bahagian berkenaan akan memudahkan proses. Elektrod
akan dipasangkan pada dada anda dan dihubungkan kepada monitor jantung. Anda
akan diselubungi oleh kain steril (kecuali pada bahagian kepala). Kamera x-ray
akan berada di atas anda dan bergerak mengikut kesesuaian. Suntikan ubat bius
pada bahagian yang akan dicucuk akan diberikan. Ketika kateter khas dimasukkan
untuk angiogram, anda mungkin akan berasa sedikit sakit tetapi kebiasaannya
tidak. Sekiranya kesakitan adalah terlalu kuat, sila maklumkan kepada doktor
berkenaan. Anda akan berada dalam keadaan sedar sepenuhnya sepanjang prosedur
dan ada ketika anda akan diberikan arahan khusus seperti mengawal pernafasan
untuk mendapatkan gambar x-ray yang lebih jelas.
Penggunaan belon khas di dalam salur
darah jantung anda
Doktor akan memasukkan kateter khas
melalui salur darah dan terus ke jantung. Selepas itu, dawai halus akan
dimasukkan sehingga merentasi kawasan sumbatan. Dawai halus ini akan menjadi
laluan untuk memasukkan belon. Belon tersebut akan dimasukkan sehingga
merentasi kawasan sumbatan dan akan dikembangkan dengan tekanan yang tinggi.
Plak atau bahan sumbatan akan ditolak ketepi bahagian salur darah jantung dan
membuka laluan untuk aliran darah di bahagian tengah salur darah jantung.
Ketika belon berkenaan dikembangkan, anda mungkin akan berasa sedikit
ketidakselesaan pada dada anda. Ia akan hilang setelah belon itu kembali
kempis.
Memasukkan ‘stent’ ke dalam salur
darah jantung anda
Sekiranya hanya belon digunakan
untuk angioplasti, terdapat kira-kira 50% kemungkinan sumbatan akan kembali
berlaku dalam tempoh 6 bulan. Bagi mengelakkan ini daripada berlaku, ‘stent’
mungkin perlu digunakan. ‘Stent’ adalah seperti gegelung besi atau spring yang
kecil yang dilatakkan ke dalam salur darah jantung anda bagi memastikan aliran
darah dapat diperbaiki. Bagi memasukkan ‘stent’ ini, belon akan digunakan.
Setelah belon bersama ‘stent’ dikembangkan, belon tersebut akan dikeluarkan
manakala ‘stent’ akan kekal berada di dalam salur darah jantung anda bagi
menyokong dindingnya daripada berlaku sumbatan.
Apa akan berlaku setelah
angiogram/angioplasti?
Ini bergantung kepada tempat kateter
dimasukkan kepada anda:
1.)
Sekiranya
angiogram atau angioplasti dilakukan melalui salur darah tangan (radial
artery), kateter akan dikeluarkan serta-merta selepas prosedur dan lukanya akan
ditekan selama 4 jam berikutnya.
2.)
Jika
angiogram dilakukan melalui salur darah kaki (femoral artery), kateter juga
akan dikeluarkan selepas prosedur dan lukanya akan ditekan dengan kuat selama
20 minit untuk menghentikan sebarang pendarahan. Kebiasaannya pesakit akan
berasa sedikit kesakitan ketika luka ini ditekan tetapi ia perlu dilakukan.
Selepas itu, anda perlu berbaring di atas katil selama 6 jam berikutnya sebelum
anda akan dibenarkan untuk bergerak. Anda tidak boleh menggerakkan kaki kanan
anda selama masa berbaring (kateter kebiasaannya dimasukkan di sebelah kanan).
Sekiranya anda mendapati terdapat pendarahan atau bengkak besar daripada luka
kesan cucukan kateter, anda perlu memaklumkan kepada kakitangan perubatan
dengan segera.
3.)
Sekiranya
angioplasti dilakukan melalui salur darah kaki (femoral artery), satu kanula
besar (sheath) akan ditinggalkan di situ selama 4 hingga 6 jam sebelum ia boleh
dikeluarkan. Setelah dikeluarkan, tekanan kuat perlu diberikan pada kawasan
luka tersebut bagi mengelakkan pendarahan. Walau pun ‘sheath’ telah
dikeluarkan, anda masih perlu berbaring selama 6 jam lagi sebelum anda
dibenarkan untuk berjalan.
Sebarang kesakitan atau ketidakselesaan pada dada adalah
perkara biasa selama 1 hingga 2 jam selepas angioplasti. Anda perlu memaklumkan
kepada kakitangan perubatan sekiranya ia berlaku.
Doktor akan kembali semula selepas prosedur bagi memastikan
keadaan anda baik. Pada ketika ini, keputusan prosedur akan dimaklumkan dan
perancangan bagi perawatan akan datang akan turut dibincangkan.
Sila pastikan anda mengambil air yang mencukupi setelah
prosedur (melainkan dinasihatkan sebaliknya oleh doktor) bagi memastikan bahan
cecair pewarna (contrast) yang digunakan dapat dikeluarkan daripada badan anda.
Berapa lamakah anda perlu berada di hospital selepas
prosedur?
Jika hanya angiogram dilakukan, anda biasanya akan
dibenarkan pulang pada hari yang sama setelh mendapat rehat yang mencukupi.
Sekiranya angioplasti dilakukan, anda perlu berehat di hospital selama semalaman
untuk pemerhatian.
Apakah yang perlu dilakukan setelah pulang dari hospital?
Setelah ‘stent’ dimasukkan, terdapat risiko kecil berlaku
penyumbatan oleh darah beku. Risiko tersebut dapat dikurangkan dengan ubat
mencairkan darah. Terdapat 2 jenis ubat mencairkan darah yang biasa diberikan
oleh doctor anda. Anda harus mengikut arahan dan jangan lupa untuk mengambil
ubat bagi mengelakkan berlakunya risiko penyumbatan ‘stent’.
Elakkan daripada melakukan kerja berat selama 1 minggu
setelah angiogram.
Doktor pada lazimnya akan member cuti rehat seperti berikut:
3 hari untuk angiogram, 1 minggu untuk angioplasti dan 6 minggu sekiranya
selepas mengalami serangan jantung.
Tempat untuk memasukkan kateter?
Angiogram dan angioplasti boleh dilakukan melalui salur
darah tangan atau kaki. Salur darah tangan adalah lebih selesa bagi kebanyakkan
pesakit dan mempunyai risiko pendarahan yang lebih rendah. Walau bagaimanapun,
dalam sesetengah keadaan seperti salur darah tangan yang terlalu kecil,
gangguan fungsi buah pinggang, prosedur yang dijangka sukar atau kecemasan,
salur darah kaki akan digunakan.
Apakah risiko dan kemungkinan masalah prosedur?
Prosedur ini adalah sangat biasa dilakukan di hospital ini
dan biasanya sangat selamat. Akan tetapi seperti prosedur perubatan yang lain,
terdapar risiko kecil kemungkinan masalah boleh berlaku. Risiko untuk masalah
besar seperti serangan jantung, strok dan kematian boleh berlaku adalah kurang
daripada 0.5%. Jika prosedur dilakukan melalui salur darah kaki, terdapat
risiko kecil (kira-kira 5%) komplikasi setempat boleh berlaku seperti
pendarahan atau bengkak. Kebiasaanya komplikasi kecil seperti ini dapat diatasi
dengan rawatan ringkas. Cuma sebahagian kecil sahaja memerlukan pembedahan kecil
sebagai rawatan.
Apa yang perlu anda lakukan sebelum prosedur?
1 hari sebelum prosedur, pemeriksaan rapi termasuk ujian
darah akan dilakukan oleh doktor anda bagi memastikan anda dapat menjalani
prosedur dengan selamat. Kebanyakkan pesakit akan dimasukkan ke wad 1 hari
sebelum prosedur tetapi sekiranya keadaan wad penuh dan anda stabil, anda
mungkin akan dibenarkan bermalam di rumah dan kembali ke hospital pada keesokan
harinya. Anda perlu memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:
ΓΌ Doktor anda akan memberikan anda
ubat mencairkan darah (biasanya Aspirin dan Plavix). Pastikan anda mengambil
ubat-ubat ini sekurang-kurangnya 4 hari sebelum prosedur. Sekiranya tidak, sila
maklumkan kepada doktor anda.
ΓΌ Sekiranya anda menghidapi asma
(lelah) atau alahan, doktor akan mengarahkan anda memakan Prednisolone sebelum
prosedur dan pastikan anda mengambilnya. Sila maklumkan kepada doktor anda jika
anda menghidapi asma atau alahan.
ΓΌ Pastikan anda meminum air yang
mencukupi sebelum prosedur bagi memastikan anda terhidrat secukupnya. Elakkan
daripada kekeringan kerana ini akan menjejaskan buah pinggang anda.
ΓΌ Anda dimestikan berpuasa daripada
tengah malam sebelum prosedur.
ΓΌ Anda tidak dibenarkan bersarapan
pada hari prosedur tetapi anda dibolehkan menambil ubat-ubatan dengan sedikit
air kosong. Sekiranya anda menghidapi diabetes, jangan ambil ubat diabetes anda
pada hari prosedur kerana anda sedang berpuasa!
ΓΌ Pastikan anda berada di hospital
sebelum pukul 8 pagi pada hari prosedur (jika anda dibenarkan pulang bermalam
di rumah)
ΓΌ Pastikan ahli keluarga bersama anda
semasa prosedur supaya doktor dapat memaklumkan keputusan angiogram dan
berbincang tentang pelan perawatan anda.
Bagaimana jika sumbatan anda tidak sesuai untuk angioplasti?
Bagi sesetengah pesakit, angioplasti tidak dapat dilakukan
kerana beberapa sebab:
ΓΌ Lokasi sumbatan yang tidak
bersesuaian
ΓΌ Salur darah jantung terlalu kecil
bagi memasukkan belon dan ‘stent’
ΓΌ Beberapa sumbatan yang memerlukan
terlalu banyak ‘stent’
ΓΌ Terlalu banyak kalsium pada dinding
salur darah jantung anda dan sebab-sebab lain
Jika angioplasti tidak dapat
dilakukan, doktor kebiasaannya akan menyarankan kepada anda salah satu daripada
3 rawatan berikut:
1)
Rawatan
ubat-Ubat-ubatan akan diberikan kepada anda. Ia akan membantu mengurangkan
gejala sakit jantung dan mengelakkan berlakunya sumbatan pada masa akan dating.
Walau bagaimanapun, ia tidak dapat membuka semula salur darah jantung yang
telah tersumbat.
2)
Pembedahan
pintasan koronari jantung
Pembedahan jantung adalah suatu pembedahan yang besar yang
akan dilakukan oleh pakar bedah jantung. Sekiranya anda adalah calon yang
sesuai untuk pembedahan, kes anda akan dibincangkan bersama pakar bedah
jantung. Pintasan koronari jantung bermaksud bahawa salur darah baru
(kebiasaannya di ambil daripada salur darah kaki atau di dalam dada) akan
disambungkan kepada salur darah jantung anda bagi mengelakkan kawasan sumbatan.
Pembedahan ini mempunyai risikonya tersendiri tetapi ia adalah rawatan terbaik
untuk masalah beberapa salur darah tersumbat yang teruk. Pakar bedah jantung
akan berbincang dengan anda berkenaan pembedahan tersebut sebelum keizinan anda
untuk dibedah akan diambil.
Apakah
kos untuk prosedur ini?
Ia bergantung kepada status insurans anda. Sekiranya anda
diliputi perlindungan insurans, anda tidak perlu membayar sebarang kos.
Sekiranya anda terpaksa membiayai sendiri kos prosedur,
syarat-syaratnya adalah seperti berikut (setakat Oktober 2010):
ΓΌ Semua pembayaran adalah semata-mata
untuk peralatan yang digunakan (‘stents’, belon, kateter dan sebagainya) ketika
prosedur. Doktor dan staf hospital tidak menerima sebarang pembayaran.
ΓΌ Anda perlu membayar deposit sebanyak
RM 2000 untuk angiogram.
ΓΌ Setelah angiogram dijalankan, doktor
akan berbincang dengan anda dan keluarga berkenaan keputusannya.
ΓΌ Jika terdapat sumbatan yang sesuai
untuk angioplasti, doktor akan memberikan anggaran kos peralatan yang akan
digunakan. Keluarga anda perlu melakukan pembayaran di Pharm UMMC untuk
peralatan tersebut dan pada waktu yang sama, doktor akan meneruskan prosedur
angioplasti.
ΓΌ Sebarang kos berlebihan akan
dipulangkan dan sekiranya kosnya berlebihan, pihak hospital akan memasukkannya
ke dalam bil hospital selepas prosedur berkenaan.
Kesukaran berlaku kerana doctor
hanya dapat menganggarkan kos rawatan ketika prosedur dijalankan. Secara amnya,
angioplasti menggunakan 1 jenis belon dan 1 jenis ‘stent’ yang disaluti ubat
akan meningkatkan kos kira-kira RM 7000.
SUMBER :
SUMBER :
http://alinmarlini.com/apa-itu-angiogram/
No comments:
Post a Comment