Wednesday, December 30, 2015

Dalam Diri Kita Ada Tanda-Tanda Kebesaran Tuhan..






Hayati Dan Fahami…

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan”. 

Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan- garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
 
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Tuesday, December 1, 2015




Setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas daripada menghidapi penyakit. Ada masanya penyakit datang sekali sekala seperti demam panas, pening kepala dan sakit gigi . Dan ada penyakit datang berterusan menyebabkan penghidapnya hidup menderita hingga membawa kepada kematian. Penyakit yang datang berpunca daripada kuman, virus atau bakteria yang menyerang organ manusia hingga menyebabkan kerosakkan organ-organ tersebut seperti buah pinggang, hati, jantung, paru-paru, usus dan lain-lain. Penyakit seperti kanser, sakit kencing manis, sakit jantung, paru-paru berair dan penyakit-penyakit lain adalah penyakit yang sering menyerang manusia samaada orang dewasa , remaja atau kanak-kanak.

Sebagai seorang Mukmin kita kena redha bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan Dia juga yang akan memulihkannya. Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya yang di sediakan oleh Allah s.w.t. Dia mendatangkan penyakit kepada hamba-Nya adalah semata-mata Dia ingin menguji kesabaran dan keimanan hamba-Nya adakah dengan penyakit itu seorang hamba akan rasa kecewa dan putus asa ? Atau dengan penyakit yang dihadapinya dia akan redha dengan Qadha' dan Qadar Allah s.w.t.?

Walau apa saja yang kita alami di dunia ini, ia adalah sunnatullah yang telah ditetapkan menurut hikmah-Nya sebagai cubaan dan ujian. Dalam al-Qur'an banyak disebut mengenai ujian Allah ini. Dengan kata lain, manusia sentiasa diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk sama ada manusia suka atau tidak Allah tetap mengujinya.

Al-Qur'an dalam surah Al-Anbiya ayat 35 Allah berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”

Dalam surah Al-A’raf ayat 168 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan, Kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran).”






Apa itu Angiogram?

Asas jantung dan sistem kardiovaskular

Jantung merupakan satu otot, terletak antara dua paru-paru, sebesar genggaman orang dewasa, sedikit condong ke kiri. Fungsi jantung adalah untuk mengepam darah ke seluruh badan. Darah pula merupakan pembawa oksigen dan tenaga kepada organ-organ badan. Tanpa oksigen dan tenaga, organ tidak dapat berfungsi dengan baik.

Otot jantung juga memerlukan bekalan oksigen dan tenaga yang mencukupi untuk menjalankan fungsinya. Bahan-bahan ini dibekalkan kepada otot jantung melalui salur darah jantung atau dikenali sebagai arteri koronari.

Terdapat 3 arteri koronari utama pada jantung manusia: satu di sebelah kanan (right coronary artery “RCA”) dan dua di sebelah kiri (left anterior descending artery “LAD” dan left circumflex artery “LCX”). Jika arteri koronari ini tersumbat, jantung tidak akan menerima oksigen yang mencukupi dan tidak dapat berfungsi seperti biasa dan berkemungkinan rosak secara kekal.

Sumbat di dalam salur darah jantung

Angiogram is suggested if your doctor suspects that there are blockages within the heart arteries. The medical term for this is atherosclerosis. The blockages (also called plaques) consist of fat, cholesterol, blood clots or even calcium. If the arteries have blockages, the blood flow across the blockages is limited. If the blockage is very severe, the blood flow might completely stop.

Akibat daripada kejadian tersebut, otot jantung tidak mendapat bekalan oksigen dan tenaga yang mencukupi, seterusnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya penyumbatan penuh berlaku, sebahagian daripada otot jantung mungkin mati. Proses penyumbatan salur darah jantung merupakan proses yang perlahan selama beberapa tahun. Pada mulanya, pesakit mungkin tidak akan mengalami sebarang masalah. Walau bagaimanapun, apabila sumbatan kritikal berlaku, pesakit akan mengalami simptom seperti sakit dada, sukar bernafas atau bengkak kaki.

Penyebab salur darah jantung tersumbat?

Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan sesetengah orang lebih cenderung mengalami sumbatan jantung: merokok, diabetes, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang tinggi, faktor genetik, umur yang meningkat, jantina lelaki, obesiti dan kurang bersenam.

Mengapa doktor saya mencadangkan angiogram?

Terdapat beberapa sebab mengapa doktor anda mencadangkan angiogram. Selalunya pesakit akan mengalami tanda-tanda salur darah jantung tersumbat: sakit dada ketika rehat atau sakit dada semasa melakukan aktiviti. Sekiranya terdapat tanda-tanda berkenaan dan faktor risiko yang mencukupi, anda disarankan untuk menjalani angiogram.

Selain itu, pesakit yang pernah mengalami serangan jantung juga turut disarankan menjalani angiogram. Selalunya, beberapa ujian akan dijalankan oleh doktor sebelum menyarankan prosedur ini kepada anda. Ujian-ujian tersebut adalah seperti Exercise Stress Test (EST), MRI kardiak, CT arteri koronari, ujian nuclear (Myoview), Echocardiogram atau ujian darah.

Apa itu angiogram?

Angiogram koronari merupakan ujian x-ray salur darah jantung. Suatu tiub kecil (catheter) akan dimasukkan ke dalam salur darah tangan (radial artery) atau kaki (femoral artery) dan terus ke jantung. Apabila tiba di salur darah jantung, cecair pewarna (contrast) akan dimasukkan dan gambar x-ray akan diambil. Doktor dapat mengenalpasti samada terdapat sumbatan di dalam salur darah jantung. Sekiranya angiogram adalah normal, prosedur akan dihentikan dan pesakit akan dihantar pulang ke wad. Sekiranya sumbatan dikenalpasti dan sesuai, prosedur angioplasti akan dijalankan. Jika terdapat beberapa sumbatan pada salur darah jantung yang berlainan dan tidak sesuai untuk angioplasti, doktor akan menghentikan prosedur dan berbincang dengan anda rancangan perawatan seperti pembedahan pintasan jantung, ubat-ubatan dan rawatan ‘shockwave’ dengan anda.

Apa itu angioplasti?

Angioplasti adalah proses di mana doktor akan cuba untuk membuka penyumbatan salur darah jantung menggunakan belon khas atau ‘stent’. Ia hanya akan dilakukan sekiranya doktor merasakan bahawa prosedur ini akan mendatangkan kebaikan kepada anda dan tiada alternatif rawatan lain. Kebiasaanya doktor akan merawat sumbatan yang melebihi 70% (diameter salur darah) melalui kaedah angioplasti kerana sumbatan yang kurang daripadanya pada lazimnya tidak mengganggu aliran darah di dalam salur darah jantung berkenaan. Sumbatan yang tidak serius ini biasanya akan dirawat menggunakan ubat-ubatan.

Apa yang akan berlaku ketika angiogram/angioplasti?

Pastikan anda pergi ke tandas sebelum prosedur angiogram. Ini adalah kerana prosedur in akan mengambil masa kira-kira 1 hingga 2 jam dan anda tidak dibenarkan bergerak ketika itu. Prosedur angiogram akan dilakukan di makmal invasif kardiovaskular (catheter lab). Anda akan dibaringkan di atas meja x-ray. Kawasan di mana kateter khas akan dimasukkan (salur darah tangan atau kaki) akan dibersih dan disterilkan. Ada kalanya, mencukur di bahagian berkenaan akan memudahkan proses. Elektrod akan dipasangkan pada dada anda dan dihubungkan kepada monitor jantung. Anda akan diselubungi oleh kain steril (kecuali pada bahagian kepala). Kamera x-ray akan berada di atas anda dan bergerak mengikut kesesuaian. Suntikan ubat bius pada bahagian yang akan dicucuk akan diberikan. Ketika kateter khas dimasukkan untuk angiogram, anda mungkin akan berasa sedikit sakit tetapi kebiasaannya tidak. Sekiranya kesakitan adalah terlalu kuat, sila maklumkan kepada doktor berkenaan. Anda akan berada dalam keadaan sedar sepenuhnya sepanjang prosedur dan ada ketika anda akan diberikan arahan khusus seperti mengawal pernafasan untuk mendapatkan gambar x-ray yang lebih jelas.



Penggunaan belon khas di dalam salur darah jantung anda

Doktor akan memasukkan kateter khas melalui salur darah dan terus ke jantung. Selepas itu, dawai halus akan dimasukkan sehingga merentasi kawasan sumbatan. Dawai halus ini akan menjadi laluan untuk memasukkan belon. Belon tersebut akan dimasukkan sehingga merentasi kawasan sumbatan dan akan dikembangkan dengan tekanan yang tinggi. Plak atau bahan sumbatan akan ditolak ketepi bahagian salur darah jantung dan membuka laluan untuk aliran darah di bahagian tengah salur darah jantung. Ketika belon berkenaan dikembangkan, anda mungkin akan berasa sedikit ketidakselesaan pada dada anda. Ia akan hilang setelah belon itu kembali kempis.

Memasukkan ‘stent’ ke dalam salur darah jantung anda

Sekiranya hanya belon digunakan untuk angioplasti, terdapat kira-kira 50% kemungkinan sumbatan akan kembali berlaku dalam tempoh 6 bulan. Bagi mengelakkan ini daripada berlaku, ‘stent’ mungkin perlu digunakan. ‘Stent’ adalah seperti gegelung besi atau spring yang kecil yang dilatakkan ke dalam salur darah jantung anda bagi memastikan aliran darah dapat diperbaiki. Bagi memasukkan ‘stent’ ini, belon akan digunakan. Setelah belon bersama ‘stent’ dikembangkan, belon tersebut akan dikeluarkan manakala ‘stent’ akan kekal berada di dalam salur darah jantung anda bagi menyokong dindingnya daripada berlaku sumbatan.

Apa akan berlaku setelah angiogram/angioplasti?

Ini bergantung kepada tempat kateter dimasukkan kepada anda:

1.)    Sekiranya angiogram atau angioplasti dilakukan melalui salur darah tangan (radial artery), kateter akan dikeluarkan serta-merta selepas prosedur dan lukanya akan ditekan selama 4 jam berikutnya.
2.)    Jika angiogram dilakukan melalui salur darah kaki (femoral artery), kateter juga akan dikeluarkan selepas prosedur dan lukanya akan ditekan dengan kuat selama 20 minit untuk menghentikan sebarang pendarahan. Kebiasaannya pesakit akan berasa sedikit kesakitan ketika luka ini ditekan tetapi ia perlu dilakukan. Selepas itu, anda perlu berbaring di atas katil selama 6 jam berikutnya sebelum anda akan dibenarkan untuk bergerak. Anda tidak boleh menggerakkan kaki kanan anda selama masa berbaring (kateter kebiasaannya dimasukkan di sebelah kanan). Sekiranya anda mendapati terdapat pendarahan atau bengkak besar daripada luka kesan cucukan kateter, anda perlu memaklumkan kepada kakitangan perubatan dengan segera.
3.)    Sekiranya angioplasti dilakukan melalui salur darah kaki (femoral artery), satu kanula besar (sheath) akan ditinggalkan di situ selama 4 hingga 6 jam sebelum ia boleh dikeluarkan. Setelah dikeluarkan, tekanan kuat perlu diberikan pada kawasan luka tersebut bagi mengelakkan pendarahan. Walau pun ‘sheath’ telah dikeluarkan, anda masih perlu berbaring selama 6 jam lagi sebelum anda dibenarkan untuk berjalan.

Sebarang kesakitan atau ketidakselesaan pada dada adalah perkara biasa selama 1 hingga 2 jam selepas angioplasti. Anda perlu memaklumkan kepada kakitangan perubatan sekiranya ia berlaku.
Doktor akan kembali semula selepas prosedur bagi memastikan keadaan anda baik. Pada ketika ini, keputusan prosedur akan dimaklumkan dan perancangan bagi perawatan akan datang akan turut dibincangkan.

Sila pastikan anda mengambil air yang mencukupi setelah prosedur (melainkan dinasihatkan sebaliknya oleh doktor) bagi memastikan bahan cecair pewarna (contrast) yang digunakan dapat dikeluarkan daripada badan anda.

Berapa lamakah anda perlu berada di hospital selepas prosedur?

Jika hanya angiogram dilakukan, anda biasanya akan dibenarkan pulang pada hari yang sama setelh mendapat rehat yang mencukupi. Sekiranya angioplasti dilakukan, anda perlu berehat di hospital selama semalaman untuk pemerhatian.

Apakah yang perlu dilakukan setelah pulang dari hospital?

Setelah ‘stent’ dimasukkan, terdapat risiko kecil berlaku penyumbatan oleh darah beku. Risiko tersebut dapat dikurangkan dengan ubat mencairkan darah. Terdapat 2 jenis ubat mencairkan darah yang biasa diberikan oleh doctor anda. Anda harus mengikut arahan dan jangan lupa untuk mengambil ubat bagi mengelakkan berlakunya risiko penyumbatan ‘stent’.

Elakkan daripada melakukan kerja berat selama 1 minggu setelah angiogram.

Doktor pada lazimnya akan member cuti rehat seperti berikut: 3 hari untuk angiogram, 1 minggu untuk angioplasti dan 6 minggu sekiranya selepas mengalami serangan jantung.

Tempat untuk memasukkan kateter?

Angiogram dan angioplasti boleh dilakukan melalui salur darah tangan atau kaki. Salur darah tangan adalah lebih selesa bagi kebanyakkan pesakit dan mempunyai risiko pendarahan yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan seperti salur darah tangan yang terlalu kecil, gangguan fungsi buah pinggang, prosedur yang dijangka sukar atau kecemasan, salur darah kaki akan digunakan.

Apakah risiko dan kemungkinan masalah prosedur?

Prosedur ini adalah sangat biasa dilakukan di hospital ini dan biasanya sangat selamat. Akan tetapi seperti prosedur perubatan yang lain, terdapar risiko kecil kemungkinan masalah boleh berlaku. Risiko untuk masalah besar seperti serangan jantung, strok dan kematian boleh berlaku adalah kurang daripada 0.5%. Jika prosedur dilakukan melalui salur darah kaki, terdapat risiko kecil (kira-kira 5%) komplikasi setempat boleh berlaku seperti pendarahan atau bengkak. Kebiasaanya komplikasi kecil seperti ini dapat diatasi dengan rawatan ringkas. Cuma sebahagian kecil sahaja memerlukan pembedahan kecil sebagai rawatan.



Apa yang perlu anda lakukan sebelum prosedur?

1 hari sebelum prosedur, pemeriksaan rapi termasuk ujian darah akan dilakukan oleh doktor anda bagi memastikan anda dapat menjalani prosedur dengan selamat. Kebanyakkan pesakit akan dimasukkan ke wad 1 hari sebelum prosedur tetapi sekiranya keadaan wad penuh dan anda stabil, anda mungkin akan dibenarkan bermalam di rumah dan kembali ke hospital pada keesokan harinya. Anda perlu memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:

ü  Doktor anda akan memberikan anda ubat mencairkan darah (biasanya Aspirin dan Plavix). Pastikan anda mengambil ubat-ubat ini sekurang-kurangnya 4 hari sebelum prosedur. Sekiranya tidak, sila maklumkan kepada doktor anda.
ü  Sekiranya anda menghidapi asma (lelah) atau alahan, doktor akan mengarahkan anda memakan Prednisolone sebelum prosedur dan pastikan anda mengambilnya. Sila maklumkan kepada doktor anda jika anda menghidapi asma atau alahan.
ü  Pastikan anda meminum air yang mencukupi sebelum prosedur bagi memastikan anda terhidrat secukupnya. Elakkan daripada kekeringan kerana ini akan menjejaskan buah pinggang anda.
ü  Anda dimestikan berpuasa daripada tengah malam sebelum prosedur.
ü  Anda tidak dibenarkan bersarapan pada hari prosedur tetapi anda dibolehkan menambil ubat-ubatan dengan sedikit air kosong. Sekiranya anda menghidapi diabetes, jangan ambil ubat diabetes anda pada hari prosedur kerana anda sedang berpuasa!
ü  Pastikan anda berada di hospital sebelum pukul 8 pagi pada hari prosedur (jika anda dibenarkan pulang bermalam di rumah)
ü  Pastikan ahli keluarga bersama anda semasa prosedur supaya doktor dapat memaklumkan keputusan angiogram dan berbincang tentang pelan perawatan anda.

Bagaimana jika sumbatan anda tidak sesuai untuk angioplasti?

Bagi sesetengah pesakit, angioplasti tidak dapat dilakukan kerana beberapa sebab:

ü  Lokasi sumbatan yang tidak bersesuaian
ü  Salur darah jantung terlalu kecil bagi memasukkan belon dan ‘stent’
ü  Beberapa sumbatan yang memerlukan terlalu banyak ‘stent’
ü  Terlalu banyak kalsium pada dinding salur darah jantung anda dan sebab-sebab lain

Jika angioplasti tidak dapat dilakukan, doktor kebiasaannya akan menyarankan kepada anda salah satu daripada 3 rawatan berikut:

1)      Rawatan ubat-Ubat-ubatan akan diberikan kepada anda. Ia akan membantu mengurangkan gejala sakit jantung dan mengelakkan berlakunya sumbatan pada masa akan dating. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat membuka semula salur darah jantung yang telah tersumbat.
2)      Pembedahan pintasan koronari jantung
Pembedahan jantung adalah suatu pembedahan yang besar yang akan dilakukan oleh pakar bedah jantung. Sekiranya anda adalah calon yang sesuai untuk pembedahan, kes anda akan dibincangkan bersama pakar bedah jantung. Pintasan koronari jantung bermaksud bahawa salur darah baru (kebiasaannya di ambil daripada salur darah kaki atau di dalam dada) akan disambungkan kepada salur darah jantung anda bagi mengelakkan kawasan sumbatan. Pembedahan ini mempunyai risikonya tersendiri tetapi ia adalah rawatan terbaik untuk masalah beberapa salur darah tersumbat yang teruk. Pakar bedah jantung akan berbincang dengan anda berkenaan pembedahan tersebut sebelum keizinan anda untuk dibedah akan diambil.

Apakah kos untuk prosedur ini?

Ia bergantung kepada status insurans anda. Sekiranya anda diliputi perlindungan insurans, anda tidak perlu membayar sebarang kos.

Sekiranya anda terpaksa membiayai sendiri kos prosedur, syarat-syaratnya adalah seperti berikut (setakat Oktober 2010):

ü  Semua pembayaran adalah semata-mata untuk peralatan yang digunakan (‘stents’, belon, kateter dan sebagainya) ketika prosedur. Doktor dan staf hospital tidak menerima sebarang pembayaran.
ü  Anda perlu membayar deposit sebanyak RM 2000 untuk angiogram.
ü  Setelah angiogram dijalankan, doktor akan berbincang dengan anda dan keluarga berkenaan keputusannya.
ü  Jika terdapat sumbatan yang sesuai untuk angioplasti, doktor akan memberikan anggaran kos peralatan yang akan digunakan. Keluarga anda perlu melakukan pembayaran di Pharm UMMC untuk peralatan tersebut dan pada waktu yang sama, doktor akan meneruskan prosedur angioplasti.
ü  Sebarang kos berlebihan akan dipulangkan dan sekiranya kosnya berlebihan, pihak hospital akan memasukkannya ke dalam bil hospital selepas prosedur berkenaan.

Kesukaran berlaku kerana doctor hanya dapat menganggarkan kos rawatan ketika prosedur dijalankan. Secara amnya, angioplasti menggunakan 1 jenis belon dan 1 jenis ‘stent’ yang disaluti ubat akan meningkatkan kos kira-kira RM 7000.

SUMBER :
  
http://alinmarlini.com/apa-itu-angiogram/