| PERHATIAN | ; | ||||||||
| 1. | BERMINAT NAK JADI CIKGU? | ||||||||
| 2. | bERCITA-CITA NAK MENGAJAR ANAK BANGSA? | ||||||||
| 3. | CIKGU BEST...mINAT LA JADI CIKGU.. | ||||||||
| OK...kALAU ANDA BERMINAT NAK JADI CIKGU...JOM BACA IKLAN NI DAN ...CEPAT-CEPAT BELI PIN NUMBER DEKAT BSN YANG BERHAMPIRAN... | |||||||||
| CEPATTTTTT...TARIKH TUTUP PADA 21 FEBRUARI 2010. | |||||||||
| SAYA BANGGA MENJADI GURU...ANDA BAGAIMANA..? | |||||||||
| A. IKLAN PERMOHONAN | ||
| Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru. | ||
| 1. KETERANGAN PROGRAM | ||||
| Nama Program | : | KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR) | ||
| Tempoh Pengajian | : | Satu (1) Tahun | ||
| Mode Kursus | : | Sepenuh Masa | ||
| 2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS | ||||
| 2.1 | Kewarganegaraan | ||
| Pemohon mestilah warganegara Malaysia. | |||
| 2.2 | Umur | ||
| a. | Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975. | ||
| 2.3 | Kelayakan Akademik | ||
| 5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN | 
| 5.1 | Sekolah Kebangsaan (SK). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
 | 
| 5.2 | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
 | 
| 5.3 | Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN | 
| 6.1 | Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 08 Febuari 2010. | |
| 6.2 | Permohonan atas talian  boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan  Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). | |
| 6.3 | Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. | |
| 6.4 | Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja. | |
| 6.5 | Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. | |
| 6.6 | Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. | 
| 7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN | 
| 7.1 | Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Jun 2010  di dalam Iklan  Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)        | |
| 7.2 | Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini untuk maklumat lanjut).  | |
| 7.3 | Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan  Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian. | |
| 7.4 | Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran  Pernyataan Hasrat, dan Borang  Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan  makluman secara bersurat  kepada calon. | |
| 7.5 | Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan  berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan  Ketua Jabatan semasa temu duga. | |
| 7.6 | Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran  rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan. | |
| 7.7 | Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp | |
| 7.8 | Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak. | 
| 8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN | 
| Permohonan bagi Ambilan Jun 2010 ditutup  pada 21 Februari 2010. | 
| 9. PENDAFTARAN | 
| Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon. | 
| 10. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU | 
| Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus. | 
| 11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA | 
| Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan : | |||
| BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA ( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar ) | Nombor Telefon : | 03-88841260 03-88841245 03-88841243 03-88841235 03-88841231 03-88841226 | |
| URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah | Nombor Telefon : | 088–236804 | |
| URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak | Nombor Telefon : | 082 – 258045 | |
 
 
 
 
 

No comments:
Post a Comment