Monday, February 15, 2010

GONG XI FA CHAI & RABIUL AWAL

14 FEB 2010 adalah HARI PERMULAAN untuk tahun 4707 menurut kalendar Cina. Tahun ini 14 FEB bukan HARI KEKASIH, tapi HARI RAYA CINA.. Kehadiran TAHUN HARIMAU yang membawa SIMBOL KEKUATAN, KEBERANIAN dan KEKENTALAN dilihat sebagai PENYELAMAT di saat dunia ketandusan SEMANGAT JUANG untuk MENCIPTA KEJAYAAN, KEKAYAAN dan KEMAKMURAN. KEGAGAHAN HARIMAU atau nama khususnya GENG YIN bersatu bersama KEINDAHAN dan KELEMBUTAN yang menjadikannya IKON bagi MEREKA YANG MENGHAYATI ilmu simbolik ini. Di dalam kegagahan dan keberanian itu masih terserlah keindahan rupa dan kelembutan perilaku, ini menjadikan HARIMAU seumpama KESEIMBANGAN YANG dan YIN.

14 FEBUARI 2010 adalah hari akhir BULAN SAFAR 1431H iaitu 29 Safar, 1431H. Berakhirnya SAFAR bermakna RABIUL AWAL pun tiba!!. RABIUL AWAL bulan KEMAKMURAN & KERAHMATAN!! Bulan KELAHIRAN RASULULLAH.. (juga KEWAFATAN Baginda). Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.. RABIUL AWAL menandakan KERAHMATAN itu mula BERBUNGA! Segala ikhtiar yang diusahakan sejak bulan-bulan haram iaitu ZulHijjah, ZulQaedah dan Muharram; mula menampakkan HASILNYA. Berbahagialah bagi mereka yang TELAH KUAT BERUSAHA dan PASRAH menanti REZEKI ALLAH, InsyaAllah – hasilnya akan muncul tak lama lagi. YAKINLAH…

Kehadiran RABIUL AWAL menandakan HARI MENGINGATI KEKASIH kita Baginda RASULULLAH. 1420 tahun yang lalu, HARI ISNIN di bulan Rabiul awwal itu… Baginda Muhammad MEMILIH BERTEMU ALLAH.
Tika tiba saat itu…
Muhammad mengulang-ulang SATU KATA-KATA yang seakan-akan baginda diberi pilihan lagi untuk kali terakhir.
Kata-kata tersebut;

“BAHKAN TEMAN SEJATI DI SYURGA… bahkan teman sejati di syurga..”

Baginda MEMILIH untuk TIDAK KEKAL HIDUP atau KEKAL HIDUP DAN BERHARTA, TETAPI BAGINDA MEMILIH UNTUK BERTEMU KEKASIHNYA.. ALLAH!!!

No comments:

Post a Comment