BANGI - Sistem dan kaedah pembelajaran serta pengajaran untuk pelajar pintar cerdas perlu diperbaiki serta diperhebatkan selepas sekian lama ia seakan-akan terabai kerana tumpuan lebih diberikan kepada pelajar golongan khas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pendidikan negara selama ini hanya memberi keutamaan dan tumpuan kepada pelajar golongan khas tanpa menyedari tumpuan yang sama harus diberikan kepada pelajar pintar.
"Selama ini, kita lihat dasar pendidikan negara kita ada kelas untuk pelajar biasa dan ada kelas khas untuk pelajar cacat penglihatan, cacat pendengaran, autisme, sindrom down dan segala aspek dari segi kecacatan dan kelemahan diambil kira tapi kita lupa ada pelajar yang kecerdasan mereka merupakan golongan luar biasa.
"Luar biasa dari segi mereka berfikir, luar biasa dari mereka belajar. Mereka juga perlukan pembelajaran yang baik," katanya semasa merasmikan perkhemahan cuti sekolah Permata pintar negara di sini semalam.
Najib berkata, sudah tiba masanya aspek pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk golongan pelajar pintar cerdas diadakan selepas sekian lama ia terbiar sedangkan ia telah lama wujud di negara-negara lain.
Kosmo Online: 7 Disember 2009
No comments:
Post a Comment