Friday, December 11, 2009

Amalan Untuk Mudah Melahirkan Anak

1. Membaca surah al-Ikhlas 15x.

2. Kemudian berdoa:

بسم الله الرحمن الرحيم

حَناَ وَلَدَتْ مَرْيَمَ


Hana melahirkan Maryam,


وَمَرْيَمُ وَلَدَتْ عِيْسَى


Sedangkan Maryam melahirkan Isa,


أُخْرُجْ أَيُّهاَ الْمَوْلُوْدُ بِقُدْرَةِ الْمَلِكِ الْمَعْبُوْدُ


Keluarlah wahai bayi dalam kandungan dengan kuasa Pemilik Sekalian Hamba (Allah).


3. Dibaca pada air lalu ditipu dan dibuat minum, dicampur pada air beras untuk dimakan dan diusapkan sedikit air tadi ke perut ibu yang mengandung.


Sumber :

http://antalhaq.blogspot.com/2007/06/amalan-untuk-mudah-kelahiran_01.

Taqwim Persekolahan 2010

Skuad bola sepak ke separuh akhir

Malaysia tewaskan Thailand 2-1, layak ke separuh akhir

VIENTIANE – Malaysia melakar kejutan terbesar apabila membenam juara bertahan, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan A untuk melangkah ke separuh akhir, semalam.

Ahmad Fakri Saarani menjadi pemusnah juara lapan kali berturut-turut Sukan SEA mulai 1983, Thailand apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan babak kedua apabila mudah menolak masuk bola hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha.

Thailand, yang tidak pernah gagal ke separuh akhir Sukan SEA sejak 36 tahun lalu, iaitu mulai Sukan SEA 1963, hampir menafikan hajat Malaysia apabila mendahului menerusi sepakan bebas Arthit Sunthorphit pada minit ke-52.

Namun, Mohd. Nasriq Baharom berjaya mengimbangi kedudukan dengan gol penyamaan pada minit ke-80.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia muncul naib juara Kumpulan A dan akan bertemu juara Kumpulan B, Laos pada perlawanan separuh akhir Isnin ini.

Juara Kumpulan A, Vietnam pula bertemu naib Juara Kumpulan B, Singapura pada satu lagi separuh akhir.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara bola sepak Sukan SEA ialah 20 tahun lalu.

Mengulas kemenangan bermakna itu, jurulatih kebangsaan K. Rajagobal berkata, dia memuji semangat para pemain yang tetap tenang walaupun beraksi di bawah tekanan setelah ketinggalan di babak kedua.

Katanya, tekanan memihak kepada Malaysia kerana perlu menang sedangkan Thailand hanya perlu seri untuk layak ke separuh akhir.

“Saya bangga dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain terutama pada babak akhir, khusnya selepas kita mendapat gol penyamaan.

“Ketika kedudukan seri 1-1, kelebihan masih memihak kepada Thailand, namun, pemain terus melakukan asakan dan akhir berjaya menjaringkan gol kemenangan.

“Apa yang kita capai hari ini berbaloi dengan kesungguhan pemain yang beraksi bermati-matian untuk memburu kemenangan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Thailand, Steve Darby, berkata, dia tiada alasan terhadap kekalahan pasukannya kerana Malaysia bermain lebih baik.

“Sepuluh minit terakhir memusnahkan kami. Setelah Malaysia mendapat gol penyamaan, mereka tidak henti-henti mengasak dan akhir memperoleh gol kemenangan.

‘‘Saya bertanggungjawab terhadap kekalahan pasukan saya,” katanya. – Utusan

Wednesday, December 9, 2009

Sajak : Guru oh Guru

Dedikasi buat sahabat-sahabat yang akan berpraktikum pada 18 Januari 2009 - 16 April 2009.Hayatilah sajak ini.Semoga anda dapat menjadi guru sebenar guru.

Suhaimi Shaarani
Ahad, 10 Mei 2009 22:35

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Kuliah 0h Kuliah...

Assalamualaikum wbt...

Pejam celik pejam celik,dah pun nak habis kuliah kita yer.Saya tengok guru-guru pelatih KPLI SR j-QAF mode LPBS Masalah Pembelajaran ambilan Januari 2009 cukup berkobar-kobar menghadapi kuliah semester ini.

Seronoknya tengok kawan-kawan semangat.Hadapi subjek-subjek dengan semangat yang cekal.Malam pun masih ada kuliah.Inilah yang saya tengok kekuatan yang ada pada kawan-kawan semua.Sentiasa bersungguh-sungguh.

Bermula dengan Pendidikan Islam,Ilmu Pendidikan,Pendidikan Khas,PDIG,SDP dan Bahasa Inggeris pada hari ini....Banyak Ilmu yang dapat diterokai.Terima Kasih Pensyarah-pensyarah yang kami kasihi.Insya Allah ilmu-ilmu yang dipelajari ini akan kami adaptasikan di medan realiti.Insya Allah.

Sesuai dengan Motto IPGM IK tahun ini - Saya Bangga Menjadi Guru - amat bermakna buat guru-guru pelatih KPLI SR j-QAF mode LPBS Masalah Pembelajaran ambilan Januari 2009 kerana tahun inilah pelbagai cabaran dan variasi baru di perkenalkan.Bertuahlah anda semua.

Doa dan Harapan saya agar anda semua tabah dan bersemangat menghadapi segala dugaan.Bersedialah untuk menghadapi Praktikum yang bakal menjengah tiba.Jangan tension yer.Jumpa lagi Nanti.

Pengetua, guru besar diberi kuasa

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Pengetua dan guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat mana-mana guru pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika membayangkan perkara itu berkata, kuasa berkenaan boleh 'diperturunkan' kepada pengetua dan guru besar memandangkan mereka lebih mengenali prestasi setiap guru.

"Kemungkinan suatu hari nanti mereka (pengetua dan guru besar) boleh mengambil dan memecat. Ia bagi membantu mereka mengenal pasti guru yang berdedikasi dalam membantu mewujudkan sekolah yang cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Bajet 2010, peringkat jawatankuasa kementerian itu, pada Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Mohd. Puad, langkah luar biasa itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian tersebut untuk melakukan revolusi dalam bidang pendidikan negara.

Mengulas lanjut mengenai revolusi itu, beliau menambah, semua guru turut diwajibkan melafazkan aku janji (baiah) baru.

Jelasnya, aku janji tersebut bagi memastikan tiada lagi guru-guru selepas ini mohon untuk bertukar selepas hanya dua tahun bertugas walaupun atas alasan mengikuti suami atau sebagainya.

"Ini juga sebahagian perubahan minda kepada guru-guru agar mereka menampilkan prestasi terbaik. Melalui akur janji ini kementerian tidak lagi melayan permohonan pertukaran yang kurang dari tempoh dua tahun," jelasnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan kementerian tidak bersedia untuk merombak jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi mengelak daripada bertembung dengan musim tengkujuh.

Katanya, rombakan jadual peperiksaan belum dapat dilaksanakan kerana ia akan melibatkan penyusunan semula secara keseluruhan struktur pengajaran dan pembelajaran selain rumit.

"Memang perkara ini telah ditimbulkan pada mesyuarat kementerian kerana jadual peperiksaan sekarang yang berlangsung pada hujung tahun mendedahkan pelajar di pantai timur kepada bahaya banjir.

"Walaupun mengakui idea ini bagus tetapi ia memerlukan kajian secara menyeluruh," katanya mengulas pandangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).

Ibrahim ketika membangkitkan cadangan itu berkata, kementerian tersebut wajar merombak semula jadual dua peperiksaan utama berkenaan ke bulan Januari.

Menurutnya, langkah itu wajar kerana saban tahun, calon SPM dan STPM di pantai timur terpaksa menjawab peperiksaan dalam keadaan tidak selesa selain turut mengancam nyawa.

Utusan Malaysia Online: 9 Disember 2009

Tuesday, December 8, 2009

Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa



Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.

Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yangdiumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Hakikat inilah perludirenungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.
Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud) Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab :” Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

*Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain. Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati.

Monday, December 7, 2009

Sistem dan kaedah pembelajaran serta pengajaran untuk pelajar pintar cerdas perlu diperbaiki



NAJIB bersalaman dengan sebahagian anak-anak pintar selepas majlis perasmian
perkhemahan cuti sekolah PERMATA pintar negara di UKM Bangi semalam.


BANGI - Sistem dan kaedah pembelajaran serta pengajaran untuk pelajar pintar cerdas perlu diperbaiki serta diperhebatkan selepas sekian lama ia seakan-akan terabai kerana tumpuan lebih diberikan kepada pelajar golongan khas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pendidikan negara selama ini hanya memberi keutamaan dan tumpuan kepada pelajar golongan khas tanpa menyedari tumpuan yang sama harus diberikan kepada pelajar pintar.

"Selama ini, kita lihat dasar pendidikan negara kita ada kelas untuk pelajar biasa dan ada kelas khas untuk pelajar cacat penglihatan, cacat pendengaran, autisme, sindrom down dan segala aspek dari segi kecacatan dan kelemahan diambil kira tapi kita lupa ada pelajar yang kecerdasan mereka merupakan golongan luar biasa.

"Luar biasa dari segi mereka berfikir, luar biasa dari mereka belajar. Mereka juga perlukan pembelajaran yang baik," katanya semasa merasmikan perkhemahan cuti sekolah Permata pintar negara di sini semalam.

Najib berkata, sudah tiba masanya aspek pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk golongan pelajar pintar cerdas diadakan selepas sekian lama ia terbiar sedangkan ia telah lama wujud di negara-negara lain.

Kosmo Online: 7 Disember 2009

Sunday, December 6, 2009

Buku Praktikum IPGM IK 2010

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia...

Sahabat-sahabat j-QAF PK IPGM IK...Tadi ana dah call En. Adam Prakash,Ketua Unit Praktikum IPGM IK.Maklumatnya Sebegini :

1) Buku Praktikum boleh didapati di Unit Praktikum sebelum atau pada 16 Disember 2009 melalui Pn. Lili.Harga Sebuah buku RM 20.00.Bayaran boleh dibuat melalui KK masing2 dan diserahkan kepada ana( Ustaz Zailanie) selewat-lewatnya sblm 15 Disember 2009.

2) File Holder Praktikum yang berwarna putih boleh didapati daripada En. Zamri di Pusat Sumber IPGM IK dengan Harga RM10.00.Bayaran boleh dibuat melalui KK masing2 dan diserahkan kepada ana( Ustaz Zailanie) selewat-lewatnya sblm 15 Disember 2009.

3)Peraturan dan Syarat-syarat berkaitan Praktikum Januari 2010 boleh didapati melalui Puan Lili di Unit Praktikum.

Sila war-warkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.Pastikan semua dapat tahu maklumat ini.

Friday, December 4, 2009

Punca KPLI tidak diiklankan

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada surat dalam ruangan ini bertarikh 17 November 2009 bertajuk Kenapa tiada pengambilan calon KPLI sesi 2010 oleh Cik Ziezie dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Untuk makluman penulis, iklan KPLI tidak diiklankan kerana masih ramai calon atau pemohon Ambilan Khas Jun 2009 berkelayakan yang masih belum ditawarkan kursus.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM juga telah mendapat kebenaran daripada Menteri Pelajaran Malaysia untuk tidak mengiklankan pengambilan KPLI.

Keputusan ini juga selaras usaha kerajaan melaksanakan langkah berhemah dalam penggunaan belanja mengurus.

Calon KPLI Ambilan Januari 2010 diproses daripada calon simpanan sejumlah hampir 40,000 orang yang telah lulus Ujian Saringan tetapi tidak dapat ditawarkan pada Ambilan Jun 2009 kerana unjuran keperluan guru bagi Ambilan Januari 2010 hanya seramai 1,555 calon sahaja.

Relevannya BPG, KPM mengambil calon simpanan adalah kerana kesemua calon simpanan terdiri daripada calon yang telah lulus Ujian MTeST dan calon yang telah menjalani temu duga.

Disebabkan unjuran atau keperluan jawatan yang sedikit sebelum ini, mereka tidak dapat ditempatkan atau ditawarkan KPLI.

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Pelajaran Malaysia

Utusan Malaysia Online: 4 Disember 2009

Sokong usaha tambah guru J-Qaf

SAYA menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, bahawa Kementerian Pelajaran mengalu-alukan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk mengikuti kursus ijazah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi mengatasi kekurangan guru j-Qaf di seluruh negara.

Ini kerana selama ini guru j-Qaf terdiri daripada mereka yang pernah belajar di Timur Tengah dan juga dari universiti tempatan. Sekiranya kursus j-Qaf ini ditawarkan kepada lepasan SPM, STAM, mahupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), sudah tentu sedikit sebanyak akan dapat mengatasi kekurangan guru j-Qaf pada masa akan datang.

Cuma diharapkan cadangan pengambilan ini mestilah seiring dengan jumlah guru Pendidikan Islam. Jangan pula nanti guru Pendidikan Islam pula yang kurang. Justeru saya menyeru Kementerian Pelajaran menambah bilangan calon yang mengambil bidang Pendidikan Islam di IPGM seluruh negara.

Tambahan pula, ada di kalangan guru Pendidikan Islam yang telah bertukar bidang setelah mereka berjaya memasuki program ijazah, sama ada sepenuh atau separuh masa. Ada juga sebahagiannya yang mengajar mata pelajaran lain di sekolah kerana mengisi kekosongan guru yang mengajar mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Matematik dan sebagainya atas arahan pentadbir.

Jadi ini menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Itu belum lagi guru Pendidikan Islam yang diminta mengajar di kelas Pendidikan Khas. Umum mengetahui bahawa guru yang mengajar di kelas Pendidikan Khas diberi elaun. Tetapi guru Pendidikan Islam yang mengajar di kelas Pendidikan Khas tidak layak mendapat elaun kerana tidak sepenuhnya mengajar di kelas khas.

Ada antara guru Pendidikan Islam yang sebahagiannya mengajar di kelas arus perdana dan sebahagian lagi di kelas Pendidikan Khas padahal jumlah waktu mengajar di kelas Pendidikan Khas adalah 24 waktu.

Ada juga guru Pendidikan Islam yang mengajar di kelas Pendidikan Khas dan sebahagian waktu lagi mengajar di kelas Prasekolah padahal jumlah waktu mengajar di kelas Pendidikan khas adalah 26 waktu.

Apabila diajukan perkara ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru Pendidikan Islam tersebut memang tidak layak diberi elaun kerana tidak sepenuh masa mengajar di kelas Pendidikan Khas. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana mengikut arahan daripada pentadbir sekolah masing-masing.

Saya mohon pihak kementerian melonggarkan syarat pemberian elaun kepada guru Pendidikan Islam yang mengajar di kelas Pendidikan Khas. Pemberian elaun tersebut mestilah menyeluruh meliputi guru yang mengajar di kelas Pendidikan Khas.

Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar mewujudkan serta menawarkan bidang kursus Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas di IPGM seluruh negara bersesuaian dengan kehendak semasa.

ustaz dilema

Shah Alam Selangor

Utusan Malaysia Online: 4 Disember 2009

Undian Bolasepak Piala Dunia 2010

Undian kumpulan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010

Kumpulan A

A1- Afrika Selatan

A2- Mexico

A3- Uruguay

A4- Perancis

Kumpulan B

B1- Argentina

B2- Nigeria

B3- Korea Selatan

B4- Greece

Kumpulan C

C1- England

C2- Amerika syarikat

C3- Algeria

c4- Slovenia

Kumpulan D

D1- Jerman

D2- Australia

D3- Serbia

D4- Ghana

Kumpulan E

E1- Belanda

E2- Denmark

E3- Jepun

E4- Cameroon

Kumpulan F

F1- Itali

F2- Paraguay

F3- New Zealand

F4- Slovakia

Kumpulan G

G1- Brazil

G2- Korea Utara

G3- Ivory Coast

G4- Portugal

Kumpulan H

H1- Sepanyol

H2- Switzerland

H3- Honduras

H4- Chile

Thursday, December 3, 2009

Pandaikah Kita...Satu Renungan...!!!

Kalau kita dan KAWAN kita adalah orang-orang BODOH carilah kawan kawan yang PANDAI agar kita semua menjadi PANDAI

Kalau orang-orang PANDAI tak mau berkawan dengan kita, marilah belajar agar kita menjadi PANDAI

Kalau kita adalah orang PANDAI ajaklah kawan yang BODOH untuk belajar agar menjadi PANDAI

Kalau kita dan kawan kita orang-orang PANDAI ajaklah orang-orang BODOH untuk belajar agar menjadi orang-orang PANDAI

Kalau semua orang adalah orang BODOH marilah bersama-sama belajar agar kita semua menjadi PANDAI

Kalau semua orang adalah orang PANDAI marilah bersama-sama terus belajar agar menjadi semakin PANDAI

Berhenti berkawan dengan orang BODOH kerana sudah tidak ada lagi orang yang BODOH
Berkawanlah dengan orang PANDAI kerana semua orang sudah menjadi PANDAI

Jauhkan keBODOHan dari kita, kerana keBODOHan mendekatkan kita pada keFAKIRan

Jauhkan keFAKIRan dari kita, kerana keFAKIRan mendekatkan kita pada keKUFURan

Jauhkan keKUFURan dari kita, kerana keKUFURan menghalangi kita dari keIMANan

Dekatkan diri kita pada keIMANan, kerana keIMANan menjauhkan kita dari keTIDAKBERDAYAan

Jauhkan diri kita dari keTIDAKBERDAYAan, kerana ke TIDAKBERDAYAan mendorong kita pada kePUTUS ASAan

Jauhkan diri kita dari kePUTUS ASAan, kerana kePUTUS ASAan mendorong kita pada keMALASan

Jauhkan diri kita dari keMALASan, kerana keMALASan mendekatkan kita pada keBODOHan

Allah meninggikan dArjat orang-orang beriman yang berilmu di antara kamu.

Tahukah anda erti tangisan..?

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.

Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.

Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Tangis adalah basahan hidup, justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Rasulullah saw bersabda lagi
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.

Rasulullah saw bersabda
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Rasulullah saw bersabda
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair
"Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Rasulullah saw bersabda
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!............."

Wednesday, December 2, 2009

Kenangan di B.I.G j-QAF PK 09





TAHUKAH ANDA

- Dizaman Rome, Air kencing lelaki diniagakan sebagai produk pewarna rambut, dan ade ketika mereka menggunakan air kencing manusia sebagai ubat gigi.

- planet uranus mempunyai 27 bulan

- Seorang wanita yang mengandung mempunyai deria yang lebih sensitif.

- wanita lebih kerap berkelip mata dari lelaki iaitu hampir sekali ganda.

- degupan jantung wanita lebih laju dari lelaki.

- Wanita lebih kerap senyum dari lelaki.

- wanita mengambil masa hampir 3 kali ganda dari lelaki apabila menggunakan tandas.

- wanita yang minum kopi lebih dari dua cawan dalam sehari mempunyai lebih peluang untuk mendapat osteoprosis.

- ketepatan menghidu anda adalah 1/20 dari anjing.

- terdapat 43,687 kes kemalangan di US pada 1996 yang melibatkan kemalangan tandas.

- harimau mempunyai kulit yang berbelang, dan bukan sahaja bulunye yang berbelang.

- untuk menghasilkan sebuah kereta, 148,000 liter air digunakan.

- 2 juta sel darah merah mati setiap saat.

- tidak seperti haiwan berkaki empat yang lain, kangaroo tidak boleh jalan mengundur.

- ayam adalah lebih banyak dimuka bumi berbanding manusia.

- Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

- kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

- Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.

- Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Tuesday, December 1, 2009

Mufti Mesir kutuk larangan menara azan

KAHERAH - Mufti Mesir, Ali Gomaa mengutuk pengundian untuk mengharamkan menara baru azan di Switzerland dengan menganggapnya sebagai penghinaan kepada orang Islam di seluruh dunia.:

Bagaimanapun, beliau menggesa umat Islam supaya tidak mencetuskan sebarang tindakan negatif berhubung isu itu.

Majoriti pengundi dalam pungutan suara itu bersetuju dengan cadangan untuk mengharamkan pembinaan menara baru azan.

"Cadangan itu bukan sahaja dianggap sebagai serangan ke atas kebebasan beragama tetapi percubaan untuk menghina perasaan orang Islam di seluruh dunia," kata Ali.:

Beliau menyarankan 400,000 penduduk Islam di Switzerland menggunakan dialog dan saluran undang-undang untuk mencabar pengharaman itu.

Sumber berita : Sinar Harian 01 Disember 2009

Monday, November 30, 2009

Senarai Nama Guru j-QAF Pendidikan Khas

Ambilan Januari 2008

01 Hazmila Bt Romli ,SK Tengku Budriah,Arau Perlis Perlis
02 Zaihasroh Bt Wahab,SK Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar Kedah.
03 Rusmawati Bt Abdullah, SK Sungai Korok Lama, Alor Setar Kedah
04 Nor Hidayah Bt Mustafa, SK Sultan Ahmad Tajuddin,Jitra Kedah.
05 Nadia Afifi Bt Daud, SK Bagan Jermal, P. Pinang Pulau Pinang
06 Siti Humaira Bt Mohd Ezani, SK Alma, Bukit Mertajam,P.Pinang. Pulau Pinang
07 Siti Zaharah Bt Mat Taib, SK Tambun ,Ipoh Perak. Perak
08 Marina Bt Idris, SK Sungai Rokam, Ipoh Perak Perak
09 Nurhidayatul Akhma Bt Selaman, SK Datin Khadijah, K.Kangsar Perak. Perak
10 Nurhanim Bt Sarion SK Raja Muda, Shah Alam. Selangor
11 Rohana Bt Johan ,SK Sungai Kantan,Kajang. Selangor
12 Aznin Hamdan, SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi Selangor
13 Mursyida Bt Aleas, SK Seri Sekamat,Kajang Selangor Selangor
14 Aziani bt Ghazali SK Putrajaya Presint 9 (2) Putrajaya W.P. Putrajaya
15 Nurul Hidayat Bt Mohammad SK Undang Rembau,N. Sembilan Negeri Sembilan
16 Rusilawati Bt Musa SK. Kampong Gelam,Port Dickson N. Sembilan. Negeri Sembilan
17 Mohd Fadzil Sulaiman SK Seri Bandar, Melaka. Melaka
18 Mohd Al Ferddaus M. Saupi SK Bukit China,Melaka Melaka
19 Norhamira Bt Ibrahim Sk Tehel , Melaka Melaka
20 Maslina Md Yusuf SK Parit Sulong, Batu Pahat Johor. Johor
21 Norazira Bt Mamat SK Pasir Gudang 2, Johor. Johor
22 Nurrul Hidayah Bt Mohd Samad SK Penghulu Salleh,Batu Pahat Johor. Johor
23 Fadzlina Bt Mohd Puzi SK Tanah Putih Baru,Kuantan Pahang. Pahang
24 Miqdad Johari B Mohd Hamidim SK Sungai Karang,Kuantan Pahang Pahang
25 Isma Suhaida Isahak SK Gelugor, K. Terenganu. Terengganu
26 Siti Rubiah Bt Mat Din SK Padang Hiliran, K. Terengganu. Terengganu
27 Rabiah Bt Ab Rahman SK. Seri Kemudi,Bachok kelantan Kelantan
28 Wan Muswani Bt Wan Mustafa SK Tanjong Mas,K.Bahru Kelantan. Kelantan
29 Siti Nor Bt Abdullah SK Hamzah (1) Machang Kelantan Kelantan

Ambilan Januari 2009
j-QAF Q1.1

01 Ahmad Salman B Shamsuddin Sk Dato' Hashim 1 Kelantan (Ketua Kelas)
02 Mohamad B Kassim, Sk Seri Tunjung, 02400 Baseri Perlis
03 Wan Mohd Haikal B Wan Muda Sk Seri Iman Kg Gong Limau Chukai Kemaman Terengganu
04 Farah Najwa Bt Ishak, Sk Pendang, 06700 Pendang Kedah
05 Fakriah Bt Mohamad, Sk Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang
06 Nor Aishah Bt Abd. Khalil, SK Kampar Perak
07 Ana Haizat Bt Aliuddin SK Serdang Selangor Selangor
08 Samsiah Bt Jamaludin Sk Batu Unjur Klang Selangor
09 Mazlina Bt A.Rahman Sk Bukit Payong Terengganu
10 Normah Bt Md. Nor Sk Putrajaya Presint 8 ( 2 ) W.P. Putrajaya
11 Azira Bt Abdullah Sk Batu Berendam 2 Melaka
12 Alyani Bt Jalil Sk Tunku Mahmood Iskandar 1 Johor
13 Nurul Saadah Bt Samsuri Sk Bukit Sekilau, 25200 Kuantan Pahang
14 Rosnita Bt Osman Sk(L) Jalan Batu, Jln. Raja Laut, 50350 W.P. K. Lumpur

Ambilan Januari 2009
j-QAF Q1.2

01 Ahmad Zailanie B Othman, Sk Bagan Serai Perak ( Ketua Kelas )
02 Mohd Anuar B Alias, Sk Dato' Wan Ahmad, 01000 Kangar Perlis
03 Mohd Faiz B Mohd Shahidin SK Taman Maluri. Jln Wirawati 6 W.P. K. Lumpur
04 Sakiroh Bt Saad, Sk Hashim Awang, 13200 Kepala Batas, S.Perai Pulau Pinang
05 Norliza Bt Ahmat Zawawi Sk Seksyen 20, Shah Alam Selangor
06 Noor Elhaiyu Bt Jumali Sk Taman Dusun Nyior, Seremban Negeri Sembilan
07 Norhaida Bt Ishak Sk Tampin, Tampin Negeri Sembilan
08 Nor Hidayah Bt Alias Sk Sri Laksamana Alor Gajah Melaka
09 Sapinah Bt Kamsin Sk Taman Johor Jaya 2 Johor
10 Nurul Ashikin Bt Shaari Sk Seri Biram, 26600 Pekan Pahang
11 Rosliza Bt Che Musa Sk Tanah Merah 1 Kelantan
12 Nor Za'emah Bt Haraman Sk Seri Kota Kelantan
13 Sharifah Norma Bt Syed Mohd Zain Sk Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas Kelantan
14 Masninah Bt Naub Sk Pekan Satu, Peti Surat 81104, 87021 Wp W.P. Labuan


Ambilan Januari 2009
j-QAF Q1.3

01 Abdul Basith B Mohamad Sharipoddin, Sk Seberang Jaya, 13700 Perai,Penang (Ketua Kelas )
02 Amir Amili B Mohd Safian, Sk Long Jaafar Perak
03 Mohd Basri B Ngah Sk Seri Budiman II K. Terangganu Terengganu
04 Rosmawati Bt Seman Sk Sungai Buloh Selangor
05 Helmi Zeimi Bt Shaari Sk Taman Seri Gombak Selangor
06 Thuiyibah Bt Mohamed, Sk Kelibang, 07000 Langkawi Kedah
07 Intan Yusliza Bt Yusoff ,Sk Sungai Layar, 08000 Sungai Petani Kedah
08 Solehah Bt Mohd Zain ,Sk Bt Pekaka Kuala Ketil Kedah Kedah
09 Sakinah Bt Idris, Sk Seri Mutiara, Ipoh Perak
10 Mazidah bt Bohari, Sk Seksyen 13, Shah Alam Selangor
11 Siti Nor Masita Bt Ahmad Sk Jelai 1 ( F ), Gemas Negeri Sembilan
12 Suhaibah Bt Abdul Latif Sk Bandar Temerloh, 28000 Pahang
13 Shuhaila Bt Ab.Jawas Sk Seri Wakaf Bharu Kelantan


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

En Ahmad Shuhaimi bin Md Isa
Cawangan Program Pendidikan Khas
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Tel: 03-88849190 / Faks: 03-88886659

E-mel: shuhaimi.isa@moe.gov.my

Thursday, November 26, 2009

Peluang lepasan SPM ikuti kursus ijazah

PUTRAJAYA 24 Nov. - Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berpeluang mengikuti kursus ijazah sarjana muda pendidikan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut bertujuan memenuhi keperluan 32,000 guru j-QAF menjelang 2010 di 6,314 buah sekolah rendah di seluruh negara.

Menurutnya, pada masa ini terdapat 13,000 guru j-QAF di 4,723 buah sekolah rendah dan jumlah tersebut perlu ditambah apabila program j-QAF diperkenalkan di sekolah menengah.

''Kita sebenarnya berdepan dengan masalah kekurangan calon guru j-QAF kerana kekurangan calon guru dari aliran agama, kalau hendak tunggu yang pulang dari Mesir dan Jordan, jumlahnya tidak ramai.

''Sekarang ini kita sedang tunggu unjuran dari bahagian penyelidikan dan pembangunan kementerian untuk mengkaji jumlah guru j-QAF yang diperlukan sebelum proses pengambilan dimulakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan diploma perguruan kepada sebahagian daripada 3,259 graduan Kursus Perguruan Lepas Ijazah j-QAF dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kursus Dalam Cuti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDC SABK) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM LPBS).

Puad menambah, pihaknya menjangkakan proses pengambilan pelajar lepasan SPM dan STAM untuk memenuhi kekurangan guru j-QAF dapat dilakukan menjelang tahun depan.

''Tentang kualiti guru, kita mahu calon-calon yang bakal dilahirkan oleh IPGM benar-benar komited dengan profesion perguruan,'' katanya.

Menurutnya, syarat pengambilan guru juga akan diperketatkan dengan menilai tahap kelulusan akademik, minat, penglibatan dalam kokurikulum dan keterampilan melalui sesi temu duga yang dijalankan.

Puad berkata, bagi pengambilan guru pada Jun lalu, kementerian menerima 67,444 permohonan di seluruh negara bagi memenuhi 2,350 kekosongan.

Katanya, Kementerian Pelajaran memerlukan lebih banyak IPGM untuk menampung masalah kekurangan guru terutama guru pilihan yang bakal berkhidmat di kawasan pendalaman.

Utusan Malaysia Online: 25 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 H...




HARI Raya Aidiladha dan ibadah korban tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s.

Sayangnya, peristiwa agung ini sekadar dilihat dari sudut sejarahnya semata-mata. Sebab itulah, acap kali tibanya Aidiladha, segelintir masyarakat Islam di negara ini meletakkan perayaan ini setaraf dengan hari-hari cuti biasa. Berbeza dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang disambut selama sebulan.

Adakah ini menunjukkan penghayatan terhadap pengertian dan pengajaran di sebalik Aidiladha itu sudah semakin terhakis dalam masyarakat kita? Jika ya, bagaimanakah seharusnya peristiwa tersohor ini dihayati pengajarannya sesuai dengan senario kehidupan sekarang.

Mengakui keperluan mendesak bagi menyemarakkan ibadah korban, Pengetua Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Faridilatras Abd. Rahman berkata, sememangnya ibadah korban dan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s tidak dapat dipisahkan.

"Sebenarnya Allah SWT menjadikan Hari Raya Haji sebagai salah satu syiar agama-Nya. Dalam istilah syarak, hari ini yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha yang bererti perayaan penyembelihan korban.

"Oleh itu, jika kita benar-benar memahami sejarah berlakunya ibadah korban serta menghayati kisah Habil dan Qabil, maka ia akan mendidik jiwa sosial yang tinggi atau dalam erti kata lain, peka terhadap sosio-ekonomi dalam masyarakat," Ibadah korban juga dapat melatih dan mendidik individu Muslim itu untuk bersikap dermawan.

Ini kerana Islam menyuruh agar daging sembelihan korban itu disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin, di samping orang yang berkorban juga harus hukumnya memakan sebahagian kecil daripada daging tersebut.Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Islam mengambil berat masalah yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik.

"Begitu juga dengan kewajipan berzakat, disunatkan sedekah dan digalakkan penyembelihan korban, di mana menunjukkan agama Islam mengajar umatnya sentiasa menjauhi sistem ekonomi liberal yang menimbulkan jurang pemisah antara golongan miskin dan kaya.

"Sebaliknya Islam menggalakkan kesamaan ekonomi, kesamarataan kekayaan dan perkongsian kemakmuran,"

Aidiladha adalah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Tegas beliau, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama sahaja berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (riwayat Abu Daud)

Oleh itu, jelaslah bahawa perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama. Malah Rasulullah SAW juga ada menyatakan tentang kelebihan ibadat korban dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Sebenarnya kata Faridilatras, masyarakat hari ini menjadikan sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding Aidiladha kerana kurang faham akan peristiwa bersejarah melibatkan dua insan iaitu Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s yang sangat tinggi nilainya.

"Sudah lebih 1,400 tahun Nabi SAW meninggalkan kita dan sudah pastinya, ibadah hari raya kita sudah ditokok tambah dengan adat-adat dan budaya atau dikurangi beberapa perkara penting sehingga ia kini sudah menjadi lebih budaya daripada agama," jelasnya.

Di samping itu, Faridilatras berpendapat antara punca utama perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha adalah disebabkan kurangnya kesedaran tentang kelebihan melaksanakan amalan sunat seperti ibadah korban.

"Oleh yang demikian, saya merasakan perlu penerapan di peringkat awal kanak-kanak tentang sejarah keagungan ibadah korban agar ia terus bersemadi di dalam pemikiran masyarakat," katanya.

Sebenarnya kedatangan bulan Zulhijjah tegas Faradilatras, adalah bersama kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Puasa sunat

Jadi, mestilah digunakan sebaiknya oleh umat Islam terutamanya dengan berpuasa sunat hari Arafah bagi yang tidak menunaikan haji, di samping melaungkan takbir bermula pagi sembilan Zulhijjah hingga berakhirnya hari 'tasyrik' iaitu hari ke 13 Zulhijjah.

"Islam amat menganjurkan amalan bertakbir (mengagungkan kekuasaan Allah SWT), bertahmid (memuji-muji kebesaran Allah SWT), bertasbih (menyucikan Allah SWT daripada sebarang kesyirikan) bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT," katanya.

Malah, kalimah takbir yang dilaungkan itu bukan satu kalimah yang kosong, sebaliknya ia mampu menyuntik semangat juang dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup yang sememangnya terpaksa kita hadapi sebelum diiktiraf tahap keimanan kita kepada Allah SWT.

"Kalau kita hayati maksud Hari Raya Aidiladha itu sendiri, ia membawa maksud Hari Raya Korban, maka kita disunatkan untuk melakukan ibadah korban.

"Ini bagi memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja untuk meninggikan agama serta menghilangkan rasa terlalu sayang pada harta kesenangan dunia.

"Tanpa didikan dan asuhan agama dalam hal berkorban ini, maka agak sukar bagi kita untuk melakukan pengorbanan yang lebih besar terutamanya dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini," katanya.

Menurut Faradilatras, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadat pada malam Aidiladha. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadat), maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dari mengingati Allah SWT)". (riwayat Ibnu Majah).

Amalan yang sunat dilakukan pada Hari Raya Aidiladha adalah melakukan korban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.

Jika diperhatikan kini, jumlah penyembelihan semakin bertambah setahun demi setahun. Malah trend terbaru ialah menunaikan ibadah korban dan akikah di luar Malaysia atau di negara-negara umat Islam yang lebih memerlukan seperti di Kemboja, Palestin dan sebagainya.

Dalam Islam pengagihan daging korban ke negara luar adalah diharuskan. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Dengan yang demikian makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah (yang fakir miskin). (al-Hajj: 28)

"Ayat ini menjelaskan bahawa, kita diperintah untuk mengagihkan dan memberi makan kepada fakir miskin tidak dikhususkan kepada negara-negara tertentu, selagi mana ia tidak terkeluar daripada perintah syarak.

"Di samping itu juga, Islam tidak melarang untuk membantu saudara kita yang berada dalam kesusahan," katanya.

Lebih baik lagi, jika daging korban dapat diagihkan kepada masyarakat yang lebih memerlukan seperti di negara-negara Islam lain, terutamanya kepada mereka yang ditimpa bencana gempa bumi, peperangan dan kebuluran.

"Dan inilah, salah satu hikmah pelaksanaan ibadah korban yang menjurus kepada perkongsian kemakmuran dan menjauhkan umat Islam daripada sistem ekonomi liberal.

"Masyarakat pada hari ini, sewajarnya menilai bahawa Allah SWT telah menganugerahkan rezeki yang banyak di Malaysia, sehingga daging-daging korban berlebihan, sedangkan ada negara Islam yang masyarakatnya ramai, namun daging korban tidak mencukupi," kata Faradilatras. Sewajarnyalah program korban dan akikah serta pengagihan di negara-negara umat Islam lain disokong oleh setiap individu Muslim.

Malah menurutnya lagi, Dr. Yusuf al-Qaradawi, dalam penulisannya yang bertajuk Yusuf Qardawi dan pandangannya tentang Fiqh Minoriti dan Maslahah menyatakan, "maslahah (kepentingan umum) bermaksud kepentingan, kebajikan atau apa-apa yang mendatangkan faedah kepada masyarakat".

Jadi, pengagihan korban ke luar negara seperti di Kemboja dan negara-negara Islam yang lain boleh dikategorikan sebagai maslahah ummah (kepentingan umum).

Menyentuh cara sambutan ibadah korban dahulu hingga sekarang, terang Faradilatras, amalan ibadah korban sebenarnya telah dilaksanakan sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehingga ke zaman Jahiliah.

Menyembelih korban di zaman nabi Adam a.s, adalah suatu sunat yang telah amat lama, yang dilakukan pertama kali oleh dua orang anak Adam, iaitu Qabil dan Habil atas perintah Adam a.s.

Firman Allah SWT: Dan baca oleh mu untuk mereka (terangkanlah olehmu untuk mereka) khabar berita dua orang anak Adam dengan sebenarnya, di kala anak Adam itu mempersembahkan korbannya maka Allah menerima korban salah seorang daripada keduanya termasuk menolak korban yang seorang lagi (iaitu Qabil). (al-Maidah 27)

Pada zaman Nabi Nuh a.s, sesudah terjadi taufan, Nabi Nuh a.s membuat tempat yang sengaja dan tertentu untuk meletakkan korban, yang nantinya korban tersebut dibakar.

Pada zaman Nabi Ibrahim a.s, yang mana pada mulanya beliau melakukan korban itu dengan memberi sedekah roti dan sebagainya. Menurut riwayat, beliau menyembelih anak sapi, kambing dan biri-biri.

Pada suatu ketika, Allah SWT menguji kekuatan iman Nabi Ibrahim a.s dengan memerintah kepadanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sebagai korban. Hal ini telah digambarkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran, surah ash-Shaffat, ayat 103 - 107.

Penyembelihan korban berterusan dilakukan hingga zaman Nabi Musa a.s iaitu membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada dua bahagian. Sebahagian dilepaskan sahaja dan sebahagian lagi disembelih.

Sebagai berkongsi pengalaman, beliau yang pernah menuntut di Universiti Islam Madinah menceritakan, kebanyakan orang Arab sentiasa berlumba-lumba terutamanya di dalam hal agama khususnya memperbanyakkan ibadah sedekah dan korban.

Ini kerana mereka meyakini setiap amalan baik akan diberi pahala yang setimpal.

Sewaktu membuat lawatan rasmi kerja di Kemboja pula, beliau dapati, masyarakat kemboja menanti-nanti daging korban daripada luar negara, ini adalah kerana mereka menghadapi kesempitan hidup berbanding negara-negara lain seperti Malaysia.

Oleh itu, saran Faradilatras, umat Islam Malaysia perlu bersyukur dengan nikmat kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan menyalurkan bantuan seperti melaksanakan ibadah korban.