Seorang guru tidak hanya mengajarkan ilmu pengetahuan kepada murid muridnya, tetapi juga mendidik mereka. Untuk mendidik, tidak harus mengajar di bidang etika atau menjadi guru agama Mengajar dalam bidang apa pun, sesungguhnya setiap guru, dapat menerapkan pendidikan bagi para muridnya, yakni mengajar dengan hati
Menjadi guru jangan hanya ingin menjadi orang yang didengarkan kata katanya, tetapi juga harus bersedia mendengarkan kesulitan yang dihadapi oleh muridnya. Prinsip dasar inilah yang sering dilupakan, sehingga kalau kita mau bicara dengan jujur, pada masa ini, yang berdiri di depan kelas, kebanyakan adalah tenaga tenaga pengajar. Bukan seorang guru. Bagaimana mungkin menjadi guru, setelah satu tahun mengajar, masih tidak dapat menghafal nama murid muridnya.
Guru adalah arkitek sosial yang mempunyai agenda melaksanakan proses
pendidikan secara berkesan bagi melahirkan pelajar yang memiliki jati
diri, berilmu dan bertakwa. Dalam proses membina agenda negara ini, guru seharusnya berjiwa besar
dan mampan kerana tugas ini adalah sangat kompleks dan mencabar warga
guru.
Tanpa guru yang berkualiti, adalah sukar untuk menjayakan sebarang
pembangunan dan pembentukan disiplin seperti yang dirancangkan. Guru-guru juga mesti sedar betapa pentingnya usaha untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.
Jadi, hasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti mestilah dilakukan
dengan cara yang bersungguh-sungguh seperti menghantar guru menyertai
seminar, forum, pembentangan kertas kerja dan lain-lain program baik di
peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Kementerian Pendidikan juga seharusnya mempunyai wawasan dan
berkeupayaan tinggi dalam menghasilkan produk-produk guru yang
berkemampuan dan berkualiti. Dengan adanya guru-guru yang berkualiti, ia merupakan aset yang
penting kepada sesebuah negara dan menjadi aspirasi ke arah melahirkan
pelajar yang cemerlang, menepati hasrat negara bagi mewujudkan sebuah
negara yang maju menjelang 2020.
Guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta
mereaisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada
diri mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Salah satu strategi untuk melahirkan guru yang berkualiti ialah
dengan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru-guru juga perlu diperkenalkan dengan teknik-teknik pengajaran
dan terkini yang berkesan serta menarik minat pelajar. Dengan ini,
pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang
diajar, meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif serta manipulasi
mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses
pengajaran yang telah dijalani.
Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani. Ini bermakna, guru perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang memiliki
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan
negara.
Guru adalah Seorang Pemimpin
Seorang guru adalah seorang pemimpin. Yang cara berfikir, sikap mental dan prilakunya yang tercermin dalam keseharian di depan dan luar kelas, menjadi contoh teladan bagi anak anak yang berada diasuhnya.Seorang yang tidak dapat memimpin dirisendiri, tidak mungkin akan menjadi seorang guru yang baik.
Seorang guru adalah seorang pemimpin. Yang cara berfikir, sikap mental dan prilakunya yang tercermin dalam keseharian di depan dan luar kelas, menjadi contoh teladan bagi anak anak yang berada diasuhnya.Seorang yang tidak dapat memimpin dirisendiri, tidak mungkin akan menjadi seorang guru yang baik.
sumber : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_08.htm