skip to main |
skip to sidebar
Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut,
dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci
dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan
membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam
dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan
“khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk
ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk”
itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke
Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W.
diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat
tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah
oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara
tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah
akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima
wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W.
menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan
peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil
tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula
seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A.
W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang
digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan
yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu
oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun)
bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman
kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.
Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah
orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka
(qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang
ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah
orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging
mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail:
Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan
itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan
dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak
terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah
orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir
mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan
bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat
fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku
tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat)
dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang
sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang
yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan
pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah
dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan
mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan
menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata
Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah
untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat
tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari
Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat
dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail
dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya.
Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya
ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui
Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga.
Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke
pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk
ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat
orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina
yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung
pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga
langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya
A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan
Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu
dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu
dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu
dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat
kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang
ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan
masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang
bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.
A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada
malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA
ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan
salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar
airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH,
WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA
BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan
ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain
yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan
bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang
berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan
pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu,
sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya
berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.
Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus
masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta
dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke
Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di
dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,
hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T.
dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah
dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan
kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan
memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan
‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang
sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada
syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan
dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan
keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah
Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu
ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah
‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar
makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan
semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu
lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui
Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh
Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan,
mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap
kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang
lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula.
Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke
Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan
beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan
Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada
malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya,
peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang
diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk
kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani
perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan
Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran
seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan
takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini
dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan
dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj
juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan
peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi
bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan
mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah
Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya
kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang
telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke
Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan
kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah
Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment