PROGRAM
SOLAT SUNAT DHUHA BERJEMAAH
Program
Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah
Kebangsaan Bagan Serai , Perak DR.
Sesuailah dengan
namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20
minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai
tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang
lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum
menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu
solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya
pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi
s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas
sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya
seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab
al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Adalah amat
diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu
perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta
mencapai objektif-objektif yang di rancang.
Amal yang
sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak
tetapi jarang-jarang.Semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih
disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA
No comments:
Post a Comment