skip to main |
skip to sidebar
Pada zaman dahulu penyakit darah tinggi dikenali sebagai “penyakit
lemah”. Pesakit biasanya dilarang makan makanan yang terlalu masin,
berlemak dan daging kambing. Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak
menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi
dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor
adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut:
• Serangan jantung
• Angin ahmar
• Kegagalan jantung
• Kerosakan buah pinggang
Petua Perubatan Melayu Tradisional
Pilihan 1: Minum rebusan rumput ambin atau kelek anak. Sukatan yang
digunakan untuk sekali minum ialah secekak jari manis rumput ambin, buah
direbus dengan 3 cawan air. Rumput ini direbus sehingga airnya tinggal
kira-kira secawan. Air rebusan ini diminum tiap-tiap pagi dan malam.
Pilihan 2: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
Pilihan 3: Rebus beberapa helai daun pandan wangi
dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan meminum ramuan tradisional ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 4: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,
bolehlah direbus. Ia mampu menghancurkan penggumpulan darah.
Pilihan 5: Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 6: Makan biji buah Peria.
Pilihan 7: Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
Pilihan 8: Minum air rebusan daun pokok Ati-Ati.
Pilihan 9: Amalkan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman seharian.
Pilihan 10: Minum air rebusan pokok Dukung Anak.
Pilihan 11: Belimbing buluh boleh menghilangkan penyakit darah tinggi
dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda, 2 biji sehari.
Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda.
Anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan daging
serta makanan yang mengandungi lemak.
Pilihan 12: Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E
dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak
kacang tanah mampu merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah.
Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan.
Pilihan 13: Celurkan pucuk dan bunga betik hingga masak dan makan. Ia
boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang
sedikit pahit, tetapi amat berkesan untuk mengubati penyakit darah
tinggi.
Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu
masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah
dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur. Jangan campurkan dengan
air. Dapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau
cawan. Selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum
minum atau makan, anda hendaklah diminum air pati daun kucai serta
dengan selawat 3 kali. Amalkan selama 3 hari berturut-turut.
Pilihan 15: Makan buah Mengkudu. Ia mampu menurunkan kolesterol tinggi,
menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan kadar gula dalam darah.
Petua Perubatan Moden
1.Periksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali
setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda.
2.Jangan merokok kerana narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung
berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus
menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi
keperluan badan anda.
3.Kurangkan pengambilan garam. Garam berlebihan dalam darah boleh
menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini
mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.
4.Kurangkan lemak kerana lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang
5.Kekalkan berat badan unggul.
6.Bersenam secara berkala.
7.Elakkan pengambilan alkohol.
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik
perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam
rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut
apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah
kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita
untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat
tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga
kali.
"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang
pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah
kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu
menyakiti seseorangpun."
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa
masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air,
setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan
air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke
seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam
kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat
di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini
dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan
keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua
nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik
dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah
dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan
diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang
bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang
menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu
malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor
dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya,
dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya
Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan
perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan
segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari
kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu
yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan
sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi
(kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa.
Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat
terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan
hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari
setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat
mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari
segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan
tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia
dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru
rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan
izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat
yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah
menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian
lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa
kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah
memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan
kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan
kekuasaan-Nya.
SUMBER: Misteri & keajaiban alam
www.facebook.com/mayeenazrich