Wednesday, November 30, 2011

Kurang Tidur Mudaratkan Kesihatan



KUALA LUMPUR: Tidur yang lena pada sebelah malam membantu memperbaharui proses fizikal dan mental tetapi ramai pula yang mengalami masalah tidur.

Kekurangan tidur berpunca kerana pelbagai masalah termasuk insomnia, 'sleep apnea', 'narcolepsy' dan satu lagi masalah yang kurang diberi perhatian, tetapi lebih lazim, Gangguan Ritma Sirkadian/Ritma Harian (CR).

Bertindak sebagai jam biologi tubuh manusia CR mengawal pelbagai proses fisologi mengikut kitaran 24 jam.

CR dikawal oleh nukleus suprachiasmatic (SCN), satu sistem kawalan yang terletak di bahagian hipothalamus otak dan menjana ritma 24-jam bagi kesemua tisu tubuh berdasarkan kepada input persekitaran, khasnya cahaya.

Sistem tubuh yang berjalan mengikut CR adalah kitaran tidur-bangun, sistem kawalan suhu dan tekananan darah, serta sistem endokrin.

"Apabila jam biologi ini terganggu, ia menyebabkan Gangguan CR yang mencetuskan kesan buruk kepada kesihatan," kata Profesor Dr Azhar Md Zain semasa bercakap mengenai rawatan moden untuk menguruskan dengan lebih baik Gangguan CR.

Jadi kekurangan tidur serta simptom lain yang mengiringinya seperti kekurangan selera, suhu badan yang turun naik, lesu dan perubahan mood dengan mendadak, mungkin berpunca kerana Gangguan CR.

Perunding Psikiatri di Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) ini menjelaskan bahawa kitaran tidur-bangun yang terjejas kerana Gangguan CR adalah antara punca utama kemurungan.

"Oleh itu terdapat keperluan untuk meningkatkan kesedaran umum akan potensi kesan buruk gangguan CR," katanya sambil menambah kata bahaya yang disebabkan oleh Gangguan CR lazimnya di pandang ringan.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada Gangguan CR, termasuk makanan dan tabiat.

Contohnya, mereka yang selalu bersarapan pagi dengan nasi lemak tidak dapat tidur selepas makan nasi lemak pada malam kerana jam biologi CR melalui penyelarasan semula bagi menyesuaikan operasinya seperti pada waktu pagi.

Tempoh tidur biasa bagi mereka yang sihat adalah dari lima hingga lapan jam bergantung pada usia.

Kekurangan tidur membawa kepada kelesuan fizikal dan mental, kurangnya tumpuan, perubahan mendadak dalam mood dan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kemurungan.

Prof Dr Mohamad Hussain Habil, dari Jabatan Perubatan Psikologi University Malaya menunjukkan CR seseorang boleh mengalami gangguan apabila menjalani aktiviti tertentu pada waktu yang kurang sesuai.

"Golongan muda terutama mereka yang berusia antara 25 dan 35 tahun lebih suka bersenam selepas 7 malam. Ini kerana waktu itu lebih sesuai bagi mereka pergi ke gimnasium selepas kerja, tetapi ini tidak baik bagi tubuh. Ia adalah faktor penyumbang kepada gangguan tidur," katanya.

Natijahnya, CR yang mengalami gangguan menyelaraskan semula sistem lazim.

Adakah terdapat rawatan bagi gangguan CR? Sebenarnya masalah ini masih tidak diketahui ramai dan mereka yang mengetahuinya pun tidak mahu menjalani rawatan.

"Lebih ramai golongan muda mengalami gangguan CR sekarang ini, mereka dalam lingkungan usia 30-an boleh menerima ubat-ubatan dengan lebih baik dan lebih mudah pulih," kata Dr Mohamad.

Memahami kesan daripada Gangguan CR adalah penting kerana ia akan meningkatkan peluang untuk melanjutkan rawatan kepada bilangan pesakit yang lebih ramai.

"Kesan sampingannya adalah rendah dan oleh itu para pesakit harus mengambil ubat-ubatan antidepresan dengan penuh disiplin. Antidepresan tidak menyebabkan ketagihan.

"Sebenarnya, ubat-ubatan yang lebih berkesan dan selamat sentiasa diteroka untuk merawat dengan lebih baik mereka yang mengalami gangguan ini," tambah Dr Azhar.

Kedua-dua pakar perubatan ini mengingatkan mereka yang mencari rawatan alternatif bahawa perubatan herba atau tradisional juga tidak bebas daripada kesan sampingan.

Satu anti-kemurungan baru, Agomelatine, yang diperkenalkan setahun lalu lazimnya disyorkan memandangkan ia boleh diambil bersama ubat lain dan mempunyai kesan kardio-toksik minimum.

Anti-kemurungan itu menala semula CR apabila diambil pada waktu malam dan membolehkan tidur yang lena dan bangun lebih segar pada keesokannya bagi produktiviti optimum.- BERNAMA "


 sumber : http://www.bharian.com.my/

2011/11/08

Friday, November 25, 2011

Kelebihan Wanita Dalam Islam

Jom kita hayati kehebatan wanita yang diluar pengetahuan kita...Jom...

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Saturday, November 19, 2011

Batal kerja 9 jam

Tugas guru istimewa, berbeza: Muhyiddin

 Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengakhiri persoalan dan kebimbangan kira-kira 500,000 guru apabila mengumumkan pembatalan program rintis pengajaran sembilan jam yang dijadual dilaksanakan di Pahang, Johor, Melaka serta Sarawak, tahun depan.

Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam lain. - Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Friday, November 18, 2011

UPSR 2011 : Terbaik Dalam Tempoh 4 Tahun

PUTRAJAYA 17 Nov. - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.

Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada 55.4 peratus tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 1.07 peratus.

"Namun, pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit (0.54 peratus) iaitu daripada 10.02 peratus pada tahun lalu kepada 9.48 peratus tahun ini.

"Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan sebanyak 0.51 peratus iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Abd. Ghafar, sejumlah 497,691 murid mendaftar sebagai calon UPSR yang merangkumi 489,101 (98.3 peratus) calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 8,590 (1.7 peratus) calon sekolah swasta.
Kata beliau, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37 peratus dan 0.72 peratus.

Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat sebanyak 0.49 peratus dan 1.70 peratus.

Ini bermakna, katanya, peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu 1.21 peratus.

Abd. Ghafar berkata, pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.38 peratus.

"Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.

"Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01," katanya.


Bagi pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini, seramai 59 orang dengan calon yang mendapat pencapaian cemerlang meningkat sebanyak 0.34 peratus iaitu pertambahan seramai lima orang.

Sejumlah 17 calon yang mendapat pencapaian cemerlang terdiri daripada enam calon rabun, seorang pekak, seorang spastik dan sembilan lagi lain-lain kecacatan.

Utusan Malaysia Online: 18 November 2011

Thursday, November 17, 2011

Kem Bestari Solat Pend. Khas Peringkat Kebangsaan Zon Timur 2011

Kem Bestari Solat Pend. Khas Peringkat Kebangsaan Zon Timur 2011 di PCB Resort Kelantan telah berlangsung mulai 14 hingga 17 November 2011.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yg terlibat...Andalah insan yang dinamakan kuntum khaira ummah yg memberikan manfaat kepada manusia lain ke arah kebaikan...Semoga diredhai ilahi...Amin ya rabb..