Diriwayatkan  bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para  sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan  menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu  Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang  muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu  Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar  rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada  Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini  bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian  Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan  baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar  kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat  menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila  mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah  menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun  bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai  para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di  hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan  yang hitam.”
Di  zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu  mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila  mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang  membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah  mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa  ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak  membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang  memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. 
1.  Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
 
 
 
 
 

No comments:
Post a Comment