Wednesday, April 27, 2022


 Apakah Alamat Atau Tanda-Tanda Berlakunya Lailatul Qadar?

Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh “sebahagian” hamba Allah yang diizinkanNya.

Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:

1. Malam tersebut terang dan nyaman dan tidak panas pada paginya

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’

Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

Lihat Umdah al-Qari 11/134.

 

2. Matahari terbit tidak terang dan tidak panas

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: 

Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” 

— Lihat Umdah al-Qari 11/134.


sumber : https://akuislam.com/blog/ibadah/lailatul-qadar/#tanda 

Monday, November 25, 2019

Pendidikan Islam (PI) di Pendidikan Khas

Pengenalan

Program j-QAF Pendidikan Khas adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) di Pendidikan Khas untuk :-

1. Murid Berkeperluan Khas (MBK) Bermasalah Pembelajaran, Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Penglihatan.
  •  Bagi Murid Bermasalah Pembelajaran program ini memberi penekanan khusus dalam
  •  Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran menggunakan Modul Kaedah Iqra' dan
  • Pengajaran dan Pembelajaran Fardhu Ain menggunakan Modul Amali Solat.
 2. Bagi Murid Bermasalah Pendengaran program ini memberi penekanan khusus dalam
  • Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran menggunakan Modul Kaedah Iqra',
  • Pengajaran dan Pembelajaran Fardhu Ain menggunakan Modul Amali Solat dan
  • Pengajaran dan Pembelajaran Jawi menggunakan Modul Pembelajaran Jawi.
 3. Manakala bagi Murid Bermasalah Penglihatan menggunakan sepenuh modul j-QAF aliran perdana yang dilaksanakan di peringkat  sekolah rendah.


RUJUKAN: 

https://www.moe.gov.my/pendidikan/khas/pendidikan-islam-dalam-pendidikan-khas/pengenalan

 

Bahagian Pendidikan Khas

https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-dan-unit/bahagian-pendidikan-khas

RUJUK PEKELILING UNTUK KEPASTIAN


https://www.moe.gov.my/pekeliling

Tuesday, March 19, 2019

jOM jAWAB KUIZ KBS BERSAMA USTAZ



jom layari kuiz ni...

https://quizizz.com/admin/quiz/5c90e0fdc74969001a0c2443/kuizbestarisolat





SYARAT WAJIB SOLAT


RUKUN SOLAT


RUJUKAN: RAHSIASOLAT.COM

RUKUN WUDHUK



RUJUKAN : FACEBOOK JOMSOLAH

Saturday, September 2, 2017

Guru Yang Baik





Seorang guru tidak hanya mengajarkan ilmu pengetahuan kepada murid muridnya, tetapi juga mendidik mereka. Untuk mendidik, tidak harus mengajar di bidang etika atau menjadi guru agama Mengajar dalam bidang apa pun, sesungguhnya setiap guru, dapat menerapkan pendidikan bagi para muridnya, yakni mengajar dengan hati
Menjadi guru jangan hanya ingin menjadi orang yang didengarkan kata katanya, tetapi juga harus bersedia mendengarkan kesulitan yang dihadapi oleh muridnya. Prinsip dasar inilah yang sering dilupakan, sehingga kalau kita mau bicara dengan jujur, pada masa ini, yang berdiri di depan kelas, kebanyakan adalah tenaga tenaga pengajar. Bukan seorang guru. Bagaimana mungkin menjadi guru, setelah satu tahun mengajar, masih tidak dapat menghafal nama murid muridnya.
Guru adalah arkitek sosial yang mempunyai agenda melaksanakan proses pendidikan secara berkesan bagi melahirkan pelajar yang memiliki jati diri, berilmu dan bertakwa. Dalam proses membina agenda negara ini, guru seharusnya berjiwa besar dan mampan kerana tugas ini adalah sangat kompleks dan mencabar warga guru. 

Tanpa guru yang berkualiti, adalah sukar untuk menjayakan sebarang pembangunan dan pembentukan disiplin seperti yang dirancangkan. Guru-guru juga mesti sedar betapa pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.
Jadi, hasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti mestilah dilakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh seperti menghantar guru menyertai seminar, forum, pembentangan kertas kerja dan lain-lain program baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Kementerian Pendidikan juga seharusnya mempunyai wawasan dan berkeupayaan tinggi dalam menghasilkan produk-produk guru yang berkemampuan dan berkualiti. Dengan adanya guru-guru yang berkualiti, ia merupakan aset yang penting kepada sesebuah negara dan menjadi aspirasi ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang, menepati hasrat negara bagi mewujudkan sebuah negara yang maju menjelang 2020. 

Guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta mereaisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Salah satu strategi untuk melahirkan guru yang berkualiti ialah dengan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru juga perlu diperkenalkan dengan teknik-teknik pengajaran dan terkini yang berkesan serta menarik minat pelajar. Dengan ini, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif serta manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani.

Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani. Ini bermakna, guru perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Guru adalah Seorang Pemimpin
Seorang guru adalah seorang pemimpin. Yang cara berfikir, sikap mental dan prilakunya yang tercermin dalam keseharian di depan dan luar kelas, menjadi contoh teladan bagi anak anak yang berada diasuhnya.Seorang yang tidak dapat memimpin dirisendiri, tidak mungkin akan menjadi seorang guru yang baik.

sumber : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_08.htm

Saturday, July 22, 2017

MENGUSIR SYAITAN




Al-Quran telah banyak mengingatkan kita agar berwaspada terhadap musuh nombor satu iaitu syaitan. Jika kesempurnaan mengimani setiap cabang iman dan Islam dengan mempelajari hukum-hukum yang dikandungnya seperti halal haramnya, sunah-sunah dan adabnya, maka kesempurnaan mewaspadai syaitan pun harus demikian. Faktor-faktor penyebab kelemahan dan pertentangan sajalah yang mengambil berat dan sedar bahawa kedua-dua musuh ini merupakan dalang setiap fitnah, bencana dan kerosakan. Antara cara-cara mengusir syaitan ialah:

1. Isti'azah (Berlindung kepada Allah)
Beristiazah merupakan ubat yang paling mujarab untuk setiap gangguan syaitan. Allah berfirman: "Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan maka mohon perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Fushilat 36).

2. Membaca surat:Al-Falaq dan surah Annas
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidakkah engkau tahu bahawa malam hari ini turun sejumlah ayat yang belum pernah ada seumpamanya iaitu :Qul A'uzu birabbil-falaq dan Qul A'uzu birabbin Naas." (Muslim). Aisyah r.a, Bukhari telah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. manakala naik ketempat tidur setiap malam, baginda menghimpunkan dua tapak tangannya lalu meniupkan seraya membaca: Qulhuwallahu Ahad, Qul A'uzu birabbil falaq dan Qul'A uzu birabbinnaas kemudian mengusapkan keseluruh badannya mulai dari kepalanya lalu muka dan seluruh bahagian badan depan sebanyak tiga kali."

3. Membaca ayat Kursi
Ayat Kursi disamping ia sebagai ayat yang paling agong kerana mengandungi dasar-dasar tauhid, juga ia laksana petir yang menyambar setiap syaitan yang mencuba mendekati seorang muslim saat ia membacanya menjelang tidur.

4. Menundukkan pandangan
Memandang yang diharamkan oleh Allah merupakan satu pintu syaitan yang paling berbahaya. Dengannya tidak sedikit orang masuk ke Jahannam. Dengannya iman menjadi lemah dan kelazatannya hilang. Dengannya fikiran pula menjadi keruh akal pun tumpul. Pandangan adalah pangkal dari kebanyakan bencana dan kejadian yang menimpa umat manusia. Pandangan menumbuhkan getaran perasaan, sedang getaran perasaan mendatangkan fikiran yang aneh-aneh yang melahirkan syahwat dan keinginan buruk. Sabar menahan pandangan mata jauh lebih mudah dan lebih ringan daripada menahan sabar derita dan bencana yang di akibatkannya.

5. Menjauhkan pendengaran dari hal-hal yang batil
Dalam hal menutup telinga ini kerap para pengikut kebatilan lebih ketat dari pengikut haq. Para pengikut kebatilan ini betul-betul menutup telinganya dari haq rapat-rapat sebagaimana firman Allah S.W.T.: "Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka. Mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan amat sangat." (Nuh 7).

6. Syaum (Puasa)
Puasa merupakan ubat pengganti pernikahan bagi yang belum mampu melakukannya. Rasulullah S.A.W. bersabda: Dengan puasa dapat melemahkan atau menahan hawa nafsu yang selalu mengganggunya. Dengan demikian, puasa atau syaum menjadi penghalang atau penyumbat pintu syaitan.

7. Nikah
Nikah merupakan satu cara untuk menutup pintu syaitan, kerana dengan bernikah lebih terpelihara pandangan dan kemaluan dan dengan menikah gejolak nafsu syahwat yang ditimbulkan oleh sang musuh dapat dikendalikan. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Wahai segenap pemuda, barangsiapa diantara kalian yang mampu untuk bernikah, maka menikahlah. Dan barangsiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa, kerana puasa akan menjadi perisai baginya." (Hadis Riwayat Bukhari).

8. Memperkukuhkan ikatan kekeluargaan (Ikatan Rumahtangga)
Salah satu pintu syaitan ialah bercerai berai. Antara faktor yang dapat menjamin jalinan kekeluargaan dalam Islam ialah memilih isteri yang solehah, menjauhkan kemampuan dari masyarakat jahiliah, hidup ditengah masyarakat yang Islamik, mendidik putera-puteri dengan pendidikan Islam dan sebagainya. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Orang yang paling baik di antara kalian ialah yang paling baik akhlaknya terhadap keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku."

9. Muhasabah (Memeriksa diri)
Cara ini digunakan untuk mengubati penyakit yang timbul saat mempraktikkan amal jama'I (kerja bersama), riyak, suka populariti dan sebagainya. Semua penyakit ini ditabur oleh iblis ditengah-tengah jalan sang penyeru kebenaran agar menyimpang dan gagal. Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah, hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok." (Al-Hasyr18).

10. Mengenali hakikat dunia
Al-Quran telah memberikan gambaran begitu indah tentang dunia melalui ayat: "Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia) kehidupan dunia adalah sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit,maka menjadi subur kerananya tumbuh-tumbuhan dimuka bumi,lalu tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan angin." (Al-Kahfi 45) Rasulullah S.A.W. bersabda: "Dunia dibanding akhirat tak lain bagaikan seseorang memasukkan sebuah jari tangannya kelautan,lalu ia angkat kembali jari tersebut dengan air yang dibawahnya (yang melekat padanya." (Muslim).

11. Komitmen terhadap jemaah
Komitmen terhadap jemaah muslim yang baik merupakan suatu hal yang tidak diingini oleh musuh Allah, kerana jemaah yang baik salah satu penyelamat dari neraka ketika sang musuh mengajak para pendukungnya ke neraka. Manusia itu terpengaruh oleh lingkungan yang mengelilinginya dan kebanyakkannya ia diwarnai oleh sifat-sifat masyarakat dimana ia hidup dan berkembang. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Bukhari).

12. Kata-kata lembut dan ucapan yang baik.
Kata-kata yang baik merupakan ubat untuk mengusir bisikan syaitan dari sebarang kejahatan firman Allah: "Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu, Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka." (Al-Isra 53). Kata-kata yang baik itu sedekah dan juga dapat menghindarkan diri dari api neraka. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Takutlah kamu dari neraka sekalipun dengan (sedekah) sebiji kurma. Jika tidak mendapatkannya, maka hendaklah dengan kata-kata yang baik." (Bukhari).

Salam Aidil Fitri 1438H




Pada bulan syawal yang mulia ini, kami meraikan  Hari Raya Aidilfitri, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadhan yang telah lalu.



Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua...

6 PERKARA MENJELANG KIAMAT






Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang ma'ruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim