Rupa-rupanya Allah telah memberikan kita manusia
berita dan maklumat tentang buah-buahan yang terbaik di dunia ini.
Disebabkan kekurangan pengetahuan dan lebih tepat
lagi kekurangan membaca dan memahami Al Quran kita ketinggalan ilmu penting
ini.
Buah-Buahan Dalam Al-Quran
Antara kekuatan buah-buahan yang diceritakan dalam
Al-Quran adalah:
Buah Zaiton atau nama botaninya adalah olea europea, pokok ini banyak ditanam
di kawasan Meditranean namun begitu kawasan penanaman yang paling utama adalah
di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.
Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut oleh Allah
sebanyak 7 kali iaitu 2 kali zaiton ia disebut bersendirian manakala 5 kali
lagi ia digandingkan dengan beberapa buah lain seperti tamar, delima, anggur
dan buah tin (fig).
Allah menceritakan akan khasiat buah zaitun kepada
kehidupan seperti firmanNya yang bermaksud “Dialah, yang telah menurunkan air
hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya
(menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya).
Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu
tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan.
Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah)
bagi kaum yang memikirkan.” (an-Nahl [16]: 10-11)
Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah
Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak.Kekurangan asam
linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi malahan boleh menimbulkan beberapa
penyakit kulit.
Minyak zaitun juga sangat bagus dan berkhasiat
untuk di gunakan dalam masakan. Yang yang paling utama untuk wanita ia adalah
sangat elok untuk kulit.
Ad Tin. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan,
sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya”
(tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”.
(HR Abu Darda; Suyuti). Hadis ini telah dibuktikan
dengan penemuan sains mengenai keistimewaan buah tin yang belum diterokai
sepenuhnya.
Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada
buah-buahan lain di samping kelazatan yang unik dan mempunyai nilai pemakanan
yang tinggi. Buah ini juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan
sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga
kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan galian yang lebih tinggi seperti
kalium, serat dan zat besi. Daripada kajian saintis mendapati buah tin mampu
meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.
Buah tin sumber utama dalam mengatasi masalah berat
badan. Buah tin juga dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser, di
mana ‘polyphenols’ yang tinggi dalam buah tin bertindak sebagai antioksidan.
Seperti yang semua sedia maklum antioksidan penting
untuk tubuh badan kerana ia berfungsi untuk menentang free radicals dalam badan
yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.
Secara keseluruhannya buah tin memberi kelebihan
tenaga, membantu meningkatkan fungsi otak dan boleh mengubat pasangan yang
tidak mampu mempunyai zuriat.
Delima – “Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak
berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun
dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya).
Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila
dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan
dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah
tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (al-An’aam [6]: 141) Ayat
lain “Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon
kurma dan delima,” [Surah al Rahman ayat 68].
Delima, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran,
mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari mineral-mineral lain
seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3,
dan C.
Delima penting untuk memelihara keseimbangan kadar
potassium-sodium, buah ini merupakan tunjang kepekaan saraf dan otot agar
berfungsi secara teratur, mencegah edema, dan mengurangkan kadar gula yang
beredar di dalam darah. Selain itu, Delima juga boleh menghilangkan rasa letih
otot dan menguatkan jantung.
Beberapa kajian menunjukan delima boleh
mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang
radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak
daripada rosak selepas tercedera. Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang
menjadi penawar ubat yang mujarab.
Pisang. Ayat Al Quran menceritakan: “Berada di antara pohon bidara yang tidak
berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang
terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak
berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.”(Al-Waaqi’ah [56]: 28-33).
Pisang adalah buah yang kaya dengan vitamin B6,
ianya juga buah yang sangat bergizi, terdiri dari air (75%), protein (1.3%) dan
lemak (0.6%). Setiap buah pisang mengandungi karbohidrat dan potassium dalam
jumlah yang mencukupi.
Pisang sangat membantu dalam penyembuhan banyak
penyakit seperti penyembuhan demam, gangguan sistem pencernaan, kejang-kejang
dan juga menurunkan tekanan darah, di samping itu pisang berkesan dalam
penyembuhan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh alergi.
Kurma. Dalam surah Ar-Rad [13]:4 “Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan
dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang
tidak bercabang, disirami dengan air yang sama.
Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas
sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu
terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir.”
Buah kurma mengandungi fruktosa dan glukosa yang
keduanya berkalori tinggi, dan mudah serta cepat dicerna. Kandungan gulanya
menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa aman pada jiwa.
Selain itu, kurma juga sangat bermanfaat bagi
wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui anak untuk meningkatkan kesihatan janin
di dalam perut ibu, mencegah ibu dari rasa lemah, dan membanyakkan air susu.
Kurma segar memberikan manfaat besar kepada otak,
dengan kandungan 2.2% protein, juga berisi banyak jenis vitamin A, B1, dan B2.
Mengikut pengalaman saya kurma sangat berkhasiat serta memberi tenaga walaupun
dalam jangka masa yang panjang kita tidak mengambil makanan, sangat berguna
untuk bersahur.
Anggur. Surah Al-Muminun [23]:19 “Lalu dengan air
itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam
kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebagian dari
buah-buahan itu kamu makan.”
Anggur boleh menghilangkan rasa penat untuk mereka
yang banyak menggunakan kegiatan fizikal dan mental. Kandungan besi dan gula di
dalam buah anggur yang juga mempergiat produksi darah dan menjadi ubat untuk
untuk penderita-penderita liver, ginjal, dan sistem pencernaan.
Anggur merangsang berfungsinya ginjal dan membantu
mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang
berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah.
Anggur juga menguatkan organ jantung, befaedah
dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan kecantikan kulit
kerana anggur membersihkan darah.