Friday, August 20, 2010

UOR : Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

Riwayat at- Tirmidzi


Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”. (Riwayat At-Tarmizi)

Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti memperbanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi seperti menyediakan makanan untuk berbuka kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

Konsep memberi (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama bulan Ramadhan malahan di bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mengeratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu. Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Dari Abu Dzar r.a katanya : “Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau; “Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka”.

Jawab Rasulullah SAW; “Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah”. Mereka bertanya; “Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?” Jawab Rasulullah SAW; “Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.” (al-Bukhari)

Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan. Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah. Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain.

Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan atau membelanjakan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya”. (al-Bukhari dan Muslim)

Semua kebaikan yang dilakukan adalah bergantung kepada niatnya. Sekiranya ia dilakukan dengan niat yang baik dan ikhlas kerana Allah SWT, maka kebaikan itu adalah satu ibadah dan diberikan ganjaran pahala. Berpandukan hadis di atas, sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya. Ini kerana mungkin dengan sedekah kita itu akan menjadi pendinding dan tauladan yang baik kepada mereka.

Thursday, August 19, 2010

Penempatan Guru j-QAF Ambilan 2009 Negeri Perak

Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Penempatan Guru j-QAF Ambilan 2009 Negeri Perak PDF Cetak emel
Khamis, 19 Ogos 2010 00:19 

1. Sukacita dimaklumkan bahawa urusan penempatan semua guru sekolah rendah harian telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Perak.

2. Menerusi e-mail yang diterima pada petang 18.8.2010 daripada unit berkenaan semua guru-guru terlibat diminta melapor diri di sekolah masing-masing. Sila muatturun surat makluman lapor diri daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian untuk makluman pihak sekolah. (Folder Surat Siaran di laman ini) Daftar ahli utk muatturan surat siaran di  http://spiperak.bpi.edu.my/

3. Surat penempatan dan surat lantikan SPP akan diproses oleh unit rendah dan dipos ke sekolah masing-masing. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Sekolah Rendah JPN Perak.

SELAMAT BERPUASA DAN BERTUGAS..

Monday, August 9, 2010

UOR : Keistimewaan Bulan Ramadhan



Bulan Ramadhan memiliki keutamaan dan keistimewaan yang besar. Semua amal soleh yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat balasan lebih banyak dan lebih baik. Oleh karena itu kita sangat dianjurkan untuk memperbanyak amal kebajikan dan meninggalkan kemaksiatan. Diantara keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan tersebut, disebutkan dalam beberapa riwayat:

1. Ramadhan adalah bulan penuh berkah :
Pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan pun dibelenggu. Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Rasulullah SAW bersabda:

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌمُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلًّ فَيْهَ الشَّيَاطَيْنُ فَيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ ألْفِ شَهْرٍ

Telah datang Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para setan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. (HR. Ahmad)

2. Allah SWT membebaskan penghuni neraka pada setiap malam bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda :

إذَا كَانَ أوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِرَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أبْوَابُ الجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِيْ مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلِكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

Jika awal Ramadhan tiba, maka setan-setan dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Sedangkan pintu-pintu surga dibuka, dan tidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan Ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu. Pada setiap malam Allah SWT memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka. (HR Tirmidzi)

3. Puasa bulan Ramadhan adalah sebagai penebus dosa hingga datangnya bulan Ramadhan berikutya. Rasulullah SAW bersabda :

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَاُن إلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاةٌ مَا بَيْنَهُنَّ إذَاجْتَنَبَ اْلكَبَائِرَ

Jarak antara shalat lima waktu, shalat jum’at dengan jum’at berikutnya dan puasa Ramadhan dengan Ramadhan berikutnya merupakan penebus dosa-dosa yang ada diantaranya, apabila tidak melakukan dosa besar. (HR Muslim)

4. Puasa Ramadhan bisa menebus dosa-dosa yang telah lewat, dengan syarat puasanya ikhlas. Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan karena Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)

5. Barangsiapa memberi buka orang yang puasa maka mendapat pahala sebanyak pahala orang puasa tersebut :

مَنْ فَطَرَ صَائِمًا كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أجْرِ الصَّا ئِمِ لَا يَنْقُصَ مِنْ أجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ

Barangsiapa memberi perbukaan (makanan atau minuman) kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut. (HR Ahmad)

6. Sedekah yang paling baik adalah pada bulan Ramadhan :

أيُّ الصَّدَقَةِ أفْضَلُ؟ قَالَ صَدَقَةٌ فَيْ رَمَضَانَ

Rasulullah SAW pemah ditanya; Sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Yaitu sedekah dibulan Ramadhan.” (HR Tirmidzi)

7. Orang yang banyak beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan, maka dosa-­dosanya diampuni oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

8. Doa orang yang berpuasa adalah mustajab Rasulullah SAW bersabda :

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٍ ؛دَعْوَةُ الصَّائِمِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ

Ada tiga macam doa yang mustajab, yaitu doa orang yang sedang puasa, doa musafir dan doa orang yang teraniaya. (HR Baihaqi)

9. Puasa dan ِAl-Qur’an yang dibaca pada malam Ramadhan akan memberi syafaat kepada orang yang mengerjakannya kelak dihari kiamat. Rasulullah SAW bersabda :

اَلصُّيَامُ وَاْلقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ يَقُوْلُ اَلصِّيَامُ أيْ رَبِّ مَنَعْتُهُُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتَ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِى فَيْهِ وَيَقُوْلُ اْلقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِالَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيْهِ قَالَ فَيُشَفِّعَانِ

Puasa dan Al-Qur’an akan memberikan syafaat seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Ya Rabbi, aku mencegahnya dari makan dan minum di siang hari”, ِAl-Qur’ an juga berkata: “Aku mencegahnya dari tidur dimalam hari, maka kami mohon syafaat buat dia.” Beliau bersabda: “Maka keduanya dibolehkan memberi syafaat.” (HR Ahmad)

10. Orang yang melaksanakan Umrah pada bulan Ramadhan maka mendapat pahala seperti melakukan Haji. Rasulullah SAW bersabda :

فَإِنَّ عُمْرَةَ فِيْ رَمَضَانَ حَجَّةٌ

Sesungguhnya umrah dibulan Ramadhan sama dengan pahala haji. (HR Bukhari)

sumber : http://mbahjogo.wordpress.com/

Universiti Ramadhan 1431H...Maafkan Kami...

Insya Allah kalau tiada aral melintang....Esok aku akan mendaftarkan diri di Universiti Ramadhan.Pengajian yang menawarkan Bachelor of Taqwa ini akan memulakan sesi pertamanya pada malam ini.Kecut rasanya perutku menghadapi Ramadhan kali ini.Kalau tahun lepas aku berjaya melepasi tahap sederhana dalam peperiksaan akhir...Tahun ini aku akan pastikan akan mendapat cemerlang.Sekurang-kurangnya 3.8.

Aduh...Bolehkah aku menghadapi exam kali ini dengan baik...?Aku rasa persediaan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.Tahun ini aku lebih bersemangat kerana kehadiran si cilik yang sudah pandai pot pet mengaturkan menu dan mengawal selia pergerakan abi dan uminya.Semoga kehadirannya memeriahkan lagi Ramadhan kali ini.

Oh ya...Untuk menghadapi xm dibulan mulia ini...Jom kita tengok hadis ni dan spot check( muhasabah ) diri kita....Jommmmm...


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia
tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika Kami sekeluarga ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan...

Undian Piala Malaysia 2010: Kelantan, Negeri Sembilan Satu Kumpulan

                                                                                  Piala Malaysia

KELANA JAYA – Dua finalis Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan dan Kelantan bakal berentap lebih awal apabila diundi dalam satu kumpulan dalam kempen TM Piala Malaysia musim ini.

Majlis pengundian TM Piala Malaysia 2010 telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Negeri Sembilan, juara Piala Malaysia musim lalu menghadapi cabaran getir apabila bukan sahaja terpaksa menghadapi seterunya, Kelantan malahan bakal mendapat tentangan sengit daripada KL Plus FC dan juga pasukan ketiga terbaik Liga Perdana musim ini, PKNS FC yang diletakkan dalam kumpulan A.

Kelantan dilihat pasukan pilihan pilihan untuk mejuarai kumpulan ini, namun Negeri Sembilan, pasukan yang dua kali tewas ditangan Kelantan musim ini pasti menyedari saingan Piala Malaysia amat berbeza dengan Liga Super.

Cabaran KL Plus FC dan PKNS FC yang dibimbing oleh Abdul Rahman Ibrahim juga tidak boleh diketepikan begitu sahaja. KL Plus FC bangkit untuk menduduki tangga pertengahan liga setelah mengalami kemerosotan diawal musim, manakala PKNS FC tetap memasang impian dalam kempen ini biarpun hajat untuk layak ke Liga Super musim depan dinafikan oleh Sabah disaat-saat terakhir.

Sementara itu, dua pasukan Pantai Timur, Terengganu dan Pahang diundi dalam kumpulan B bersama dengan Kuala Lumpur dan juga pendatang baru Liga Super musim depan, Sabah.

Diatas kertas, Terengganu sedikit berkelebihan apabila muncul pasukan ketiga terbaik Liga Super musim ini, sementara pencapaian sederhana Pahang dan Kuala Lumpur juga tidak boleh diketepikan. Saingan daripada pasukan Sabah, yang kembali ke kancah Liga Super musim depan juga tidak boleh dinafikan setelah muncul naib juara Liga Perdana musim ini dibelakang Felda United FC.

Dalam kumpulan C, Kedah dan Johor FC mungkin dilihat pasukan pilihan ke peringkat suku akhir andai prestasi mereka dalam saingan liga musim ini dijadikan ukuran. Begitu pun, barisan pemain muda Perak juga boleh mencipta kejutan sekiranya dipandang rendah.

Satu lagi pasukan, ATM turut berada didalam kumpulan ini yang menyaksikan kekuatan  pasukan ini pasti menjadi persoalan  ketiga-tiga pasukan yang lain.

Pertembungan paling menarik berlaku dalam undian kumpulan D. Kehebatan Juara Liga Super musim ini, Selangor bakal teruji apabila diundi bersama dengan Juara Liga Perdana, Felda United FC. Dua lagi pasukan dalam kumpulan ini, Perlis dan pasukan berstatus kelab, T-Team juga tetap memasang impian untuk mencipta kejutan layak ke peringkat suku akhir.

Undian yang disifatkan lebih adil dan terbuka ini sudah pasti menjanjikan saingan dan kehangatan yang berbeza dalam kejohanan bola sepak yang disifatkan paling berprestij di negara ini.

Pada majlis semalam juga, Penolong Setiausaha Agung Kafa, Arif Hassan, turut diumumkan sebagai General KoordinatorTerbaik TM Liga Malaysia musim ini.

KUMPULAN A
  • Kelantan
  • Negeri Sembilan
  • KL Plus
  • Selangor PKNS
KUMPULAN B
  • Terengganu
  • Pahang
  • Kuala Lumpur
  • Sabah
KUMPULAN C
  • Johor FC
  • Kedah
  • Perak
  • ATM
KUMPULAN D
  • Selangor
  • T-Team
  • Perlis
  • Felda United
Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan:
  • Pusingan Pertama: 14, 17 dan 20 September
  • Pusingan Kedua: 3, 6 dan 9 Oktober
Jadual Suku Akhir (12 dan 16 Oktober 2010):
  • Match #1: Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan D
  • Match #2: Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan C
  • Match #3: Juara Kumpulan C vs Naib Juara Kumpulan B
  • Match #4: Juara Kumpulan D vs Naib Juara Kumpulan A
Jadual Separuh Akhir (20 dan 23 Oktober 2010):
  • Pemenangan Match #1 vs Pemenang Match #3
  • Pemenangan Match #2 vs Pemenang Match #4
Jadual Perlawanan Akhir: 30 Oktober 2010:
  • Pemenangan Match #2 @ #4 vs Pemenang Match #1 @ #3

Saturday, August 7, 2010

Piala Malaysia : Doakan semoga menjadi milik Kelantan..


Sukar untuk meramalkan siapa yang paling layak untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia tahun ini selepas semua pasukan utama menerima undian seimbang pada majlis undian yang diadakan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya, semalam.


Bagaimanapun empat pasukan pilihan Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor FC dilihat mempunyai peluang untuk mara ke pusingan suku akhir jika dapat mengekalkan rentak terbaik mereka seperti di saingan Liga Super yang berakhir Selasa lalu.


Kelantan yang hampir menjulang Piala Malaysia pada edisi sebelum ini , berazam untuk merampasnya pada kali ini.Kesungguhan dan kemampuan Kelantan lebih membara selepas perlantikan Presiden KAFA sebagai Timbalan Presiden FAM pada Kongres FAM yang berakhir Julai lalu.Selain itu Kelantan juga mempunyai wakil bagi Naib Presiden dan 2 orang AJK Eksekutif FAM.

Keprihatinan Kerajaan Negeri juga melonjakkan lagi semangat keperwiraan The Red untuk menjulang Piala Malaysia.Gomo Kelate Gomo pasti membingitkan lagi stadium berdekatan anda.Jom bagi sokongan kepada pasukan kesayangan semua.Kelate for All.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia akan bermula pada 14 September, manakala perlawanan akhir diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Oktober.

Friday, August 6, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

ADA APA DENGAN RAMADHAN?

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "
( QS Al-Baqarah : 183)

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bu-lan yang juga tidak kurang keistimewaannya

KELEBIHAN RAMADHAN
1. DIBELENGGU PARA SYAITAN DAN JIN.
Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

2. AMALAN SUNAT DIBERI PAHALA FARDHU DAN FARDHU DIGANDA 70 KALI.
Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:-
“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan su-nat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan se-siapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”
3. PINTU NERAKA DITUTUP.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaraan). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. DIBUKA SEMUA PINTU SYURGA.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. DILEPASKAN TAHANAN NERAKA
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan se-mua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan doa’nya.”

6.RAMADHAN IALAH TETAMU YANG MENDATANGKAN KEAMPUNAN ALLAH
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu”.Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diam-punkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu” (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Leptospirosis



Pengenalan
Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh
berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira
berbentuk lingkaran (spiral shape).

Nama-nama lain.
Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Ricefield
fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur,
Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.
Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air
yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas

Faktor risiko termasuklah:
• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang,
pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem
pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai
di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing,
binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan
yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Tanda dan Gejala-Gejala :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini
melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit
perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau
hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu
atau ruam.

Tanda dan ujian makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50%
pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field
microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air
tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal
diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit
(illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit
dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:
• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk.
• Respiratory distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh
diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan
bermasalah.

Pencegahan
Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim
tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline
boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Leptospirosis.pdf
Semakan Akhir : 22 April 2008