Saturday, January 30, 2010

1,473 calon berjaya sertai KPLI sesi 2010

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

60,000 permohonan diterima kementerian

KUALA LUMPUR: Hanya 1,473 calon daripada kira-kira 60,000 permohonan graduan di seluruh negara, terpilih untuk memasuki Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Januari 2010.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Asariah Mior Shaharuddin, berkata semua calon ditawarkan mengikuti 17 bidang pengajian di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG).
Beliau berkata, jumlah kemasukan menurun tetapi mengikut unjuran keperluan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Selain itu katanya, syarat pengambilan turut diperketat dengan menetapkan calon mesti memiliki kelulusan ijazah pengajian yang sesuai dengan kursus.

"Berbanding dulu kementerian tidak menekankan bidang pengkhususan, tetapi sekarang calon yang hendak mengajar Matematik mesti memiliki ijazah dalam bidang itu.
"KPLI menekankan aspek pedagogi, justeru kita berharap calon sudah mendapat ilmu dalam bidang mata pelajaran yang mereka dikehendaki mengajar ketika mengikuti pengajian ijazah sarjana muda.

"Selain itu, kementerian juga membuat penambahbaikan dengan mengambil kira tempat asal calon yang memohon. Sebagai contoh jika kementerian ada keperluan guru untuk Sabah dan Sarawak, kita akan beri keutamaan kepada calon tempatan," katanya.

Katanya selepas mewakili Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI Ambilan Januari 2010 di IPG Kampus Ilmu Khas di sini, semalam.

Katanya, kementerian sedang berusaha meningkatkan jumlah pengambilan calon lelaki bagi menyertai profesion keguruan.
Ketika mengulas dakwaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa ada segelintir guru besar menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan guru yang 'tidak sebulu' Asariah berkata, beliau belum mendapat sebarang laporan rasmi tetapi guru terbabit boleh merujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing.

Berita Harian Online: 20 Januari 2010

Friday, January 29, 2010

Kementerian Pelajaran terima bantuan tambahan RM700j

CEBU 27 Jan. - Kementerian Pelajaran dijangka menerima bantuan tambahan sebanyak kira-kira RM700 juta bagi membolehkan bantuan untuk pendidikan yang dikurangkan pada Bajet 2010 lalu, diteruskan semula.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah perkiraan kasar yang dibuat kementerian beliau selepas Kabinet hari ini bersetuju meluluskan usul menimbangkan semula pemberian bantuan itu.

Beliau pada mesyuarat Kabinet itu diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalankan tugas sebagai Menteri Pelajaran.

"Kita akan berunding dengan Kementerian Kewangan berapa bantuan yang disediakan semula itu supaya mana-mana bantuan yang terpaksa kita kurangkan sebelum ini boleh dilaksanakan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat salah satu sesi perbincangan yang dihadiri beliau di sini, sempena Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEC) Ke-45.
Pada pembentangan Bajet 2010 lalu, kerajaan terpaksa mengurangkan bantuan tahunan bagi sekolah-sekolah berbanding tahun sebelum ini kerana defisit yang didepani negara.

Pengurangan bantuan itu mencakupi enam perkara iaitu skim bantuan tuisyen, bantuan pakaian sekolah beruniform, bantuan makanan asrama dan rancangan makanan tambahan.

Turut dikurangkan ialah bantuan elaun murid berkeperluan khas dan sukan serta kokurikulum.
Menurut Muhyiddin, keputusan memberikan semula bantuan bagi pendidikan itu menunjukkan kerajaan sangat prihatin dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar.

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan kerana memberi perhatian sewajarnya kepada perkara tersebut.

"Harapan saya isu bantuan kepada pendidikan selepas ini tidak lagi berbangkit di kalangan ibu bapa dan para pelajar pula tidak menjadikannya alasan untuk meneruskan pembelajaran dengan sempurna," katanya.

Sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Friday, January 22, 2010

JPA nafi potong elaun COLA, ITKA

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan beberapa elaun dinikmati kakitangan kerajaan seperti elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) akan dipotong.

"JPA ingin memaklumkan bahawa tidak ada keputusan kerajaan untuk memotong elaun-elaun seperti COLA dan ITKA," menurut jabatan itu dalam kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan JPA itu sekali gus menyangkal desas-desus yang mengatakan bantuan sara hidup kepada kakitangan awam termasuk COLA dan ITKA akan ditarik sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan.

Sejak beberapa hari lalu, kira-kira sejuta kakitangan awam berada dalam dilema berikutan tersebarnya berita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun kakitangan awam akan ditarik.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman yang turut menafikan khabar angin tersebut.

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan 23 Januari 2010

CUEPACS Nafi COLA ditarik balik...

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.

Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.

''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.

Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.

"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.

Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.

Utusan Malaysia Online: 22 Januari 2010

Jumpa Lagi Sahabat-sahabatku...

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat-sahabat sekelian.Sunyikan blog saya seminggu dua ni...Bukan apa...Saya menyibukkan diri dengan praktikum dan aktiviti sekolah.Mungkin sahabat-sahabat pun samakan...?So...Selamat Berpraktikum...Jaga Displin n Buat RPH dengan Baik.Insya Allah berjaya.

Oh ya...Berita baik...Ketika berita ini ditaip...mungkin ada yang tak tengok lagi akaun BSN masing-masing.Cuba lah tengok...Hadiah praktikum untuk anda.Bertuahnya anda semua yer.Dapat durian runtuh la kiranya bulan ni.Claim dapat...Elaun pun dah masuk..So...Apa lagi?Buat la yang terbaik untuk Praktikum yer...:)

Sebenarnya...Saya agak pening,tension n tak cool macam biasa 2 minggu lepas.Terlalu memikirkan pasal Praktikum.Saya tak tidur sampai 2 hari untuk hari pertama praktikum.Yer la...Prepare untuk Praktikum n Lawatan Sosial kali pertama.Tapi yang dikunjung tak tiba-tiba.Tup-tup...Tengok semalam saya didatangi pensyarah untuk minor kita...Pendidikan khas.En. Mustapa dari Jab. Ilmu Pendidikan IPGM Ipoh.Terkejut jugak la.Mujur dah siap semua yang diminta.

Well...Sekarang ni dah cool sebab dapat memahami dengan agak terang tentang perjalanan Praktikum tu.Semoga sahabat-sahabat pun samalah.Buat yang terbaik yer...Maybe yang agak pening lagi tentang borang2 yang terlalu banyak tu.Nak kena study lagi la.

Ok..Sebelum mengundur diri.Terima kasih tak terhingga kepada HEP IPGM IK dan Bahagian Kewangan  terutama Puan Melati diatas kelancaran perjalanan claim dan elaun kami.Semoga segala jasa baik anda akan diganjari Allah s.w.t.Insya Allah.

P/s :

1)Untuk sahabat2 j-QAF Q 1.2....Sila hantar tugasan SDP dan Pengurusan Sumber sesegera mungkin.En. Fauzi,Puan Aliza dan En.Aminuddin sedang menunggu hasil kerja anda.

2)Untuk semua sahabat j-QAF Masalah Pembelajaran ambilan Januari 2009...Pastikan GERKO 3 dihantar sebelum 25 Mac 2010.Markah untuk semua subjek akan dikumpul pada  akhir bulan 3.Sesiapa tak hantar mana-mana tugasan...sila hantar segera.

Friday, January 15, 2010

10 LALUAN YANG BAKAL DILALUI MANUSIA DARI DUNIA HINGGA KE AKHIRAT







1. Haluan menuju ke kubur
2. Berjumpa Izrail
3. Bertemu Munkar dan Nakir
4. Memberatkan timbangan
5. Amalan
6. Melalui titian Siratul-Mustaqim
7. Menjauhi dari neraka
8. Untuk masuk ke syurga
9. Berjumpa Nabi Muhamad S.A.W
10.Bertemu Allah SWT .....................



Haluan menuju ke kubur
I) Jauhkan kata umpat dan keji
II) Hindarkan perasaan irihati dan dengki
III) Jangan terpengaruh dengan emas-perak
IV) Sucikan Qadha Hajat dengan "istibrak" (batuk-batuk)


Berjumpa Izrail
I) Bersihkan diri dan bertaubat
II) Gembirakan hati orang mukmin
III) Bayar semua Qadha yang tertinggal
IV) Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala


Bertemu Munkar dan Nakir
I) Mengucap dua kalimah syahadat
II) Suka memberi sedekah
III) Berkata benar
IV) Bersihkan dan baikkan hati


Memberatkan timbangan
I) Belajar atau mengaji
II) Sucikan perkataan dan pakaian
III) Syukur dengan yang sedikit
IV) Suka dan redha yang didatangkan Allah taala


 Amalan
I) Jauhkan perkataan sia-sia
II) Pendekkan cita-cita dunia
III) Banyakkan puji pada Allah
IV) Banyakkan sedekah dan berkhairat


Melalui titian Siratul-Mustaqim
I) Kasihilah Aulia Allah taala
II) Berbaktilah kepada dua ibu-bapa
III) Pegang teguh segala hukum syarak
IV) Baikkan perkataan terhadap makhluk


Menjauhi dari neraka
I) Banyakkan membaca Al-Quran
II) Banyakkan menangis kerana dosa yang lalu
III) Tinggalkan lah apa jua maksiat
IV) Jauhi segala yang diharamkan


Untuk masuk ke syurga
I) Buat kebajikan seberapa banyak
II) Kasihilah orang yang soleh
III) Kerjakan segala suruhan Allah
IV) Merendahkan diri diantara makhluk Allah


Berjumpa Nabi Muhamad S.A.W
I) Kasihi nabi Allah
II) Kasihilah Rasulullah
III) Tuntutilah yang difardukan oleh Allah taala
IV) Banyakkan selawat pada Rasullullah


Bertemu Allah SWT
I) Serahkan seluruh diri kepada Allah taala
II) Hindarkan diri menderhakai Allah
III) Betulkan dan baikkan iktikad terhadapnya
IV) Bencilah terhadap segala yang haram



10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T


zailanie telah menulis/mengirim :

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 


 Sumber Bahan :


http://ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=1082

Tuesday, January 5, 2010

Guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan

BEBERAPA persatuan guru mengakui wujud kes terpencil guru lebih mengutamakan 'kerja luar' berbanding tugas hakiki mereka di sekolah kerana mengejar pendapatan lumayan.

Pada masa sama mereka mencadangkan guru terbabit sedar tanggungjawab dan amanah diberikan, jika tidak pun terus melepaskan jawatan bagi menjaga nama baik profesion keguruan dan masa depan anak didik.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata tindakan segelintir guru yang lebih rajin mencari pendapatan tambahan itu umpama ‘nila setitik rosak susu sebelanga‘.

“Ia boleh mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru komited menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Tidak dinafikan, di kalangan lebih 300,000 guru seluruh negara ada kes terpencil guru menjalankan kerja luar hingga hilang tumpuan terhadap tugas mengajar dan mereka ini perlu ada kesedaran untuk keluar daripada profesion perguruan.

“Hak guru mencari pendapatan tambahan tidak boleh disekat, malah ada membuktikan mereka mampu mengimbangi tuntutan kedua-dua tanggungjawab dengan baik,” katanya kepada Berita Harian.
Buat masa ini, Loke berkata, memadai jika pentadbir sekolah diberi kuasa memantau dan mengambil tindakan terhadap guru yang lebih mengutamakan kerja luar.

Mengenai cadangan pelaksanaan semula sijil kelayakan mengajar, katanya, ia memerlukan kajian jangka panjang terutama dari aspek pelaksanaan dan perundangan.

bagaimanapun, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia menyokong penuh cadangan pewujudan semula pensijilan itu sebagai mekanisme mengembalikan guru kepada tugas hakiki mereka iaitu mengajar.

Yang Dipertuanya, Ruslan Madon, berkata langkah itu membantu usaha pentadbir sekolah memantau guru yang sibuk dengan kerja luar hingga mengganggu tugas mengajar.
“Walaupun tiada halangan guru menjana pendapatan tambahan termasuk menerusi perniagaan jualan langsung dan MLM, kita tidak menggalakkan mereka berbuat demikian jika gagal memanfaatkan masa antara pengajaran dan kerja luar.

“Jika ingin dilaksanakan, kami cadang ia diperbaharui tiga tahun sekali supaya tidak memberi tekanan kepada pendidik dan membolehkan penilaian lebih adil serta menyeluruh dilaksanakan,” katanya

Berita Harian Online: 4 Januari 2010

BPG cadang laksana semula sijil layak mengajar supaya guru utamakan P&P




WALAUPUN cuti sekolah akhir tahun masih berbaki tiga atau dua minggu, lazimnya kebanyakan guru sudah pun kembali bertugas bagi menguruskan pelbagai persiapan menghadapi sesi persekolahan baru.

Apabila persekolahan bermula, pelbagai tugas tambahan pula perlu dilakukan golongan itu, selain tanggungjawab hakiki mereka iaitu mengajar.

Antaranya terpaksa melaksanakan pelbagai kerja pekeranian seperti merekod maklumat murid, menerima yuran, pinjaman buku teks dan tidak kurang pula menguruskan perkara berkaitan hingga peringkat pejabat pelajaran daerah serta negeri.

Lambakan tugas tambahan itu antara faktor menjadikan profesion itu kini kian mencabar dan tidak kurang pula menyifatkannya membebankan hingga kesatuan menerima pelbagai aduan guru mengalami tekanan kerja.

Di sebalik pelbagai keluhan akibat kekangan tugas dan waktu itu, segelintir guru pula dikatakan masih mempunyai masa untuk membuat ‘kerja luar’ bagi menambah pendapatan hingga ada antaranya melebihi gaji bulanan.

Pelbagai kerja luar dilakukan, antaranya membuka kelas tuisyen, menjalankan jualan langsung, sistem perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM), mencetak buku dan menceburi pelbagai peluang perniagaan lain.

Senario itu membimbangkan kerana dikhuatiri bukan saja mengganggu tumpuan guru terhadap tugas hakiki, malah menjejaskan usaha kerajaan yang mahu golongan pendidik mempunyai tahap pendidikan tertinggi.

Dengan minat berganda terhadap kerja luar berbanding berusaha melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau meningkatkan profesionalisme, mampukah Kementerian Pelajaran mencapai sasaran 50 peratus guru sekolah rendah dan 100 peratus di sekolah menengah memiliki ijazah?

Sikap sesetengah guru yang lebih mementingkan kerja luar itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pendidik lain yang bersungguh-sungguh dan melakukan pelbagai pengorbanan bagi meningkatkan kelayakan profesionalisme hingga peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

Seorang guru sekolah rendah berkelulusan sarjana dari Rawang, Selangor, yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Ju, berkata beliau kecewa kerana tidak mendapat insentif sewajarnya berbanding guru terbabit perniagaan jualan langsung.

“Banyak pengorbanan dilakukan guru yang melanjutkan pengajian pasca siswazah termasuk bertungkus-lumus belajar dengan separuh gaji, meninggalkan keluarga yang disayangi, malah ada yang membuat pinjaman bank.

“Segelintir guru “malas” menyambung pengajian bagi meningkatkan tahap akademik mereka, sebaliknya lebih rajin menjalankan perniagaan jualan langsung atau MLM yang turut menjejaskan tumpuan terhadap tugas.

“Dengan pendapatan tambahan diperoleh, ada antara mereka yang hanya berjawatan gred DGA29 tetapi mampu memiliki kereta mewah, sedangkan kami lulusan sarjana dan PhD hanya terdaya memandu kereta buatan tempatan.

“Malah gaji bersih selepas melunaskan pinjaman sekadar cukup menampung perbelanjaan harian,” katanya menerusi e-mel kepada Berita Harian.

Pada dasarnya, kementerian tidak menghalang guru menambah pendapatan menerusi perniagaan atau sumber lain selagi ia tidak menjejas mutu dan kelancaran tugas hakiki mereka iaitu mengajar.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Datuk Zulkifly Mohd Wazir, bagaimanapun berkata kelonggaran itu diberikan tertakluk kepada syarat tertentu termasuk mendapat kebenaran ketua jabatan dan dalam tempoh tertentu.

Sebagai contoh, katanya, guru mengajar di kelas tuisyen diberi tempoh empat jam seminggu bagi memastikan mereka memberi tumpuan utama terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah.

Beliau berkata, guru yang gagal mematuhi ketetapan itu boleh dikenakan tindakan berdasarkan Pekeliling Am Jabatan Perkhidmatan Awam, bermula dengan amaran hingga langkah terakhir dilucutkan jawatan jika berterusan gagal memberi komitmen terhadap tugas hakiki.

“Kementerian maklum sesetengah guru terbabit dalam perniagaan terutama jualan langsung bertujuan menambah pendapatan, namun kebanyakannya tetap komited dan mengutamakan tugas hakiki.

“Dalam hal ini, pentadbir sekolah perlu memastikan guru terbabit mematuhi syarat dan tidak teragak-agak mengambil tindakan jika mereka gagal mengikutinya atau mutu perkhidmatan terjejas kerana sibuk menguruskan kerja luar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pula kini meneliti pelaksanaan semula sijil layak mengajar sebagai instrumen bagi memastikan hanya pendidik benar-benar komited kekal dalam profesion keguruan.

Pengarahnya, Dr Khair Mohamad Yusof, ketika ditemui berkata pensijilan itu sebahagian cadangan dalam rangka hala tuju baru BPG yang dibentangkan pada Seminar Pendidikan Guru di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Katanya, menerusi pensijilan itu, keupayaan guru dinilai dalam empat aspek, iaitu p&p, pengurusan kelas, hubungan dengan masyarakat serta profesionalisme.

Sambil menjelaskan cadangan itu masih di peringkat kajian awal dan akan mengambil kira pandangan umum, beliau berkata, guru yang memenuhi keperluan pensijilan itu akan dianugerahkan sijil layak mengajar untuk tempoh tertentu dan perlu diperbaharui secara berterusan.

“Pensijilan guru pernah dilaksana sebelum ini, dikenali sebagai lesen mengajar dan BPG bercadang mewujudkannya semula bagi memastikan guru benar-benar menumpukan kepada p&p serta pembangunan profesionalisme secara berterusan.

“Menjadi kebimbangan apabila wujud kecenderungan sesetengah guru melakukan kerja yang terkeluar dari tugas utama p&p terutama jualan langsung dan MLM hingga menjadi budaya di sesetengah sekolah dan boleh menyebabkan perkhidmatan mereka terjejas.

“Jika pelaksanaan semula pensijilan ini diluluskan, ia membolehkan kita secara perlahan-lahan meminggirkan golongan yang tidak mempunyai jiwa pendidik daripada sistem pendidikan negara,” katanya.

Berita Harian Online: 4 Januari 2009

Saturday, January 2, 2010

Berakhirnya 2009...2010...Azam Kecemerlangan

Assalamualaikum...

Lamanya saya tak mengupdatekan cerita n info di blog kesayangan kita ni...Heheheh..Sayang ke?

Well...Sebenarnya...saya agak sibuk 2 minggu terakhir di tahun 2009.Ape ke sibuknya...Entah la...Tapi...kepala saya lebih fokus untuk menghadapi alam praktikum.Saya rasa anda semua pun pasti merasai kegusaran ini.

Kenape dengan awak?Ye...Saya memang merasai bahang praktikum kerana saya akan cuba buat yang terbaik untuk membuktikan kita adalah insan yang terpilih dan terbaik dikalangan yang dipilih.Bagaimana dengan anda wahai gur n sifu ku?

Okay lah...Sebelum saya terlewat...Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang dan ahlan wasahlan sanah jadida.Insya' ALLAH ikatan yang kita bina ini akan terus berkekalan dan subur disirami siraman kasih nan suci.